Monday, October 20, 2008

Nak jadi pahat ker??

Assalamualaikum wbt..

Tak tahula kenapa yer..makin hari makin malas jadinya..padahal byk lagi labwork tak buat..lagi 2 minggu nak kena present utk postgrade seminar..result pun tak tunjuk lagi kat saupervisor..nak jadi pahat ker?nak kena ada tukul yg mengetuk baru nak buat keje?my supervisor plak tersangat la sportingnya sampaikan langsung tak push..adus..apa nak jadi dgn den ni..kata nak cepat dpt keje tetap..ha..cepat2la habiskan Master tu..baru senang nk dpt keje tetap...kesian hubby..dia jer yg nak kena tanggung all the things..kalau ikutkan tinggal lagi 2 sem jer termasuk sem ni yg dah nak melabuhkan tirainya 2 bulan je lagi...sekejap betul masa berlalu..tapi tu la...kenapa la eden ni tak sodar2 diri ni???

Sebelum nak pegi ofis bukan main semnagat nih nak edit data, analyze data, prepare sample..alih2 bila dah sampai ofis,bukak labtop, layan email, layan blog, layan facebook, friendster..data ntah ke mana, lab ntah ke mana...hmm..banyak sgt melalut kot nih..rasanya kena slow kan la aktiviti2 nih..kena betul2 bahagikan masa..dah tak boleh dah nak menyelam minum air..time menyelam, menyelam jer..time minum air, minum air jer..tak boleh cilok2 dah..nak habis Master ke tak?(sendiri tanya sendiri jawablaa)

So, mungkin lepas ni eden akan kurangkan dah aktiviti2 blog, facebook, frenster etc..kalau tak update tu sorila yer..nak FOKUSSSSSS!

Ok..hujan daj turun, jam dah pukul 2.15pm..nak pegi solat Zuhur and FOKUSSS!

Ni eden jump kat web mana ntah..comel la plak..sempat ler buat utk family den..


Pyzam Family Sticker Toy

Get your own Family Sticker Maker & MySpace Layouts.






Until then, everybody, enjoy your life and bagi yg dah keje tetap tu, bersyukurlah dan buatlah keje elok2..semoga den jugak akan dapat keje tetap bila dah habis Master nanti..Aminnnn.

Friday, October 17, 2008

Sakura Batik Cake

Assalamualaikum wbt..

Semalam dah siapkan tempahan kek batik seberat lebih kurang 2.5kg. Eden namakan dia "Sakura Batik Cake" hehehe...Pagi tadi just decorate sikit jer..pening jugak pikir nak jual harga berapa..kek ni memang nampak senang tapi bila di'details''kan dia punya bahan2..agak mahal jugak kosnya..tengok kat internet ada yg jual RM40/kg..berapa nak jual ni?hmm..main letak je la..boleh sapa2 teka berapa harga eden letak kat kek batik den ni?berat lebih kurang 2.5kg..






so sapa2 berminat nak tempah bolehla..harga boleh dirundingkan...kalau nak resipi pun boleh.tapi kek batik ni sebenarnya senang jer nak buat..rajin dgn malas jer..hehehe..

Jamuan Raya PPTS 2008

Assalamualaikum wbt..

Nak citer pasal jamuan raya PPTS 2008 yg telah berlangsung pada 15/10 hari tu..best jugak..kitaorg rewang masak kat pkc..ni antara gambar yg sempat dsnap..

Sebelum kejadian..






Semasa Kejadian..




Selepas kejadian...
1. sesi tapau menapau





2. Sesi mengemas..






Tapi masa makan tak sempat nak ambik gambar pun sebab masing2 khusyuk mengunyah daging kambing BBQ...sedap walaupun liat..And yg paling best tu masa jamuan ni eden bawak ler kek batik..tak disangka mendapat sambutan yg hangat..siap dapat 2 tempahan lagi..bleh wat bisnes nih..hehehe..

Monday, October 13, 2008

Nak share produk menarik

Assalamualaikum wbt..

Just nak share satu produk kesihatan yg menarik untuk dicuba..
Ia merupakan produk kesihatan yang dhasilkan menggunakan ramuan herba tempatan dan makanan sunnah - madu, zaitun, tiin, kurma, za'faran, habbatus sauda', air zam-zam, gingko biloba, sireh dan berbagai herba terpilih khusus untuk kesihatan dan kekuatan dalaman dan luaran lelaki dan wanita. Ia dapat membantu membekalkan tubuh badan dengan nutrien dan zat penting. Dan yang paling penting produk ini dihasilkan dengan piawaian Amalan Pengilangan Islam untuk memelihara kesucian rohani produk.

Bagi sesiapa yg berminat untuk mencuba boleh hubungi saya @ 012-2757875. Harga untuk satu botol cuma RM71.90 dan bagi sesiapa yg berminat untuk menjadi pembekal juga dialu-alukan. Produk ni baru saja muncul dan ianya adalah satu2nya yg terawl dipasaran yg mematuhi syarat pengilangan Islam. Halal & Suci.



Semoga usaha ini akan mendapat sambutan masyarakat Islam serta keredhaan daripada Allah jua, Insya Allah.

Friday, October 10, 2008

Entry raya 2008

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah..hari ni dah masuk hari ke-10 syawal dan kita semua masih diberi peluang utk menikmati hidup oleh Allah SWT. Hmm..citer pasal Aidilfitri tahun ni?..macam biasa jer..bezanya tahun ni anak2 dah makin besar..Najwa dah semakin kenal erti raya and Nabila dah boleh jalan sikit2..tahun ni kitaorg tak berjalan sgt..entahlah kenapa..malas betul..just pegi umah my mak sedara, umah nenek and abang2 hubby..rasanya lama jugak kat kampung tapi tak terasa sgt..nak pegi umah kawan2 pun tak sempat..banyak habiskan masa lepak kat rumah je..penat dok bergilir rumah mak & mertua jer..

First day raya kat rumah my parents kat tanah merah..just me & kakak no 3 jer yg balik..my first brother beraya kat medan, kakak yg 2nd kat rumah dia (dkt jer dgn umah mak), abang yg no 4 beraya umah mertua dia kat Melaka..so tinggal me & my sister je la…mak masak nasi dagang and tempah roti jala jer pagi raya..for sure tahun ni still tak dpt pegi semayang raya sebab si kecik tu belum boleh dicontrol lagi..

Cuma raya tahun ni ada kisah yg mungkin tak dpt dilupakan..berkaitan dgn kes yg diceritakan dlm my previous entry about budak kontrakstor yg buat porch kitaorg tu..kes tu berlarutan sampaikan hubungan mak & adik beradik my hubby dgn family abang dia (abg ipar kpd budak hingusan tu) agak dingin…apa2 pun my hubby dah bersemuka dan jelaskan segala buktiyg ada kat abg dia tu..lantak dial ah nak percaya ke tak…tp yg nyata dia lebih percayakan adik ipar dia dr adik sendiri..akhir kisahnya…see you in court la…

Duit raya?hmm..budget raya tahun ni memang agak banyak la berbanding sebelum2 ni..bab baju anak2 jer dah beratus2..biskut raya..duit raya..hmm..lepas raya ni kena budget la sikit..huhu..yg lagi tak puas hati tu…tak byk pic yg dpt disnap..hubby pun tak beriya sgt nak snap gamba best2..hmm..nasib ler..

Lepas raya ni byk keje nak kena buat..huhu..hopefully dpt siapkan labwork by early next year so boleh tumpu pada thesis writing jer..and cari keje..hehehe…okla..nak analyze data plak..ni antara gamba yg sempat disnap di pagi raya..



Wassalam