Friday, December 26, 2008

2009??

Assalamualaikum wbt..

Tq to farah sbb bagi kad yg menyedarkan kyus bahawasanya 2008 dah nak melabuhkan tirainya..

kejap betul 2008 ni rasanya..tak sempat apa2 pun..thesis pun belum sampai separuh jalan lagi..huhu..bila nak habis MSc aku ni???
anyway...apa2 pun life must go on..the first two month of 2009 aku for sure kena lalui sorang2 bersama2 the two princess sbb hubby kena outstation jauh nun di rantau orang..tawakkal je la..and aku jugak terpaksa men'defer'kan MSc aku utk semester depan atas sebab2 yg tak dpt dielakkan..hopefully aku dpt siapkan all the labworks before mid 2009 and siapkan thesis aku asap..so that aku sempat grad 2010.huhu..lama tuuu.......
so okla..for the time being aku masih 'bekerja' di rumah..dgn dibantu oleh 2 orang PA yg memang rajin tak payah disuruh kat rumah nii...hehe..nak bagi mandi PA2 aku ni plak..chow!!

Thursday, December 18, 2008

I'm back!!!

Assalamualaikum wbt...

Alooo everybody...haha..i'm back!!!Lama jugak rasanya tak jenguk blog nih..macam2 dah berlaku kat member2 blogger kat sini yer...huhu..thanks to yah yg sudi bagi AWARD yg cute kat bawah ni kat saya..

nak kena tag 5 bloggers and bagi award ni plak ker?adeh...sapa ek??ok..

1. Yah (orang yg bagi award ni la)
2. Lisa (mak buyung)
3. Rauhunt (bakal Dr falsampah..hehe)
4. Dak Oda (mama Adam yg vogue)
5. K'Ija (lama tak jumpa yer..)

cukup la tu..hmm..actually hari ni i'm still in mood cuti..malas lagi nk masuk lab...so 3/4 hari ni i'm a full time housewife..hehe...bila la nk start balik keje lab ni??Najwa & Nabila pun lama benar cuti ni tak tau la bleh adapt balik dgn school masing2 ke tak...so okla..just for refreshment of my blog..dah azan zuhur tu..sementara Nabila tido baik solat dulu..ok..chow!

Tuesday, November 18, 2008

Pengajaran..

Assalamualaikum wbt..

Dah 6 hari arwah Farah pergi meninggalkan keluarganya…semoga rohnya tenang dan dirahmati Allah selalu. Arwah ni sedara aku, cucu kpd tok sedara aku. Umurnya baru masuk 19 tahun kot sebab tahun ni arwah sepatutnya menduduki peperiksaan STPM.Walaupun aku tak rapat dengan arwah tapi aku sentiasa menjadi saksi setiap peristiwa sedih yg menimpa keluarga arwah, sejak pemergian ibunya hinggalah kematian arwah. Dan setiap itulah aku tak mampu menahan airmata sebak melihat dugaan Allah pada keluarga mereka.

Keadaan di rumah mayat hospital putrajaya petang khamis hari tu memang sayu..sapa saja yg hadir pasti tersentuh dengan nasib yg menimpa keluarga arwah. Dari 7 beradik kini tinggal 4 beradik. Maha hebat dugaan Allah pada keluarga ini dan kisah mereka menyedarkan aku betapa bersyukurnya Allah beri kehidupan aku bahagia hingga ke saat ini.

Kalau tak silap kisah sedih keluarga ni bermula bila ibu mereka (kitaorg panggil ‘akak’) menderita sakit buah pinggang dan kencing manis tahun 2005 kalau tak silap. Anaknya yg sulung yg kitaorang panggil Long yg menjaganya. Ketika ibu mereka sedang tenat, abang (no.2) yg kitaorang panggil Ngah ditimpa kemalangan dan berada dalam keadaan koma. Lebih malang lagi isteri Ngah pula menuntut cerai setelah beberapa bulan suaminya koma. Long jugalah yg menjaga Ngah pada waktu tu..Sedang Ngah dalam koma, ibu mereka telah dipanggil mengadap Ilahi. Akak menghembuskan nafas terakhir dlm perjalanan ke hospital kajang. Selepas arwah akak meninggal dunia, suaminya kahwin lain dan tinggal bersama isteri baru. Anak-anak semua dijaga oleh Long yg dah pun berkahwin dan sekarang dah ada 5 anak. Beberapa minggu selepas arwah akak meninggal, Ngah pula dipanggil mengadap Ilahi setelah berbulan2 koma.

Beberapa bulan selepas itu, adik kepada arwah Ngah yg kitaorang panggil De’ pula ditimpa kemalangan masa on the way nak ke tempat kerjanya di shah alam. Nasibnya juga sama dengan arwah Ngah, koma dan akhirnya menghembuskan nafas terakhir di hospital universiti. Tabah sungguh aku tengok Long menghadapi dugaan yg menimpa walaupun kadangkala dia tak dapat menahan airmatanya dari jatuh bercucuran. Aku hanya mampu menenangkannya dan memberi sokongan agar dia tetap kuat.

Setelah arwah De’ pergi, tinggal lah mereka 5 beradik, Long, Ta (No.4), Teh (No.5), Farah (No.6) dan Ika (bongsu). Ta dah pun berkahwin dan sekarang dah punya sorang anak. Teh pula telah bekerja di sebuah hotel di putrajaya, manakala Farah dan Ika masih bersekolah masing-masing di tingkatan enam dan lima.

Kisah sedih mereka berulang lagi 2 minggu yg lalu bila Farah yg sejak kecil mengidap kencing manis tiba2 muntah dan minta dibawa ke hospital. Sampai di hospital dia pengsan dan doktor memaklumkan kepada Long yang Farah bukan sakit kencing manis seperti biasa, sebaliknya dia mengidap penyakit lain yg lebih serius dan telah mencecah tahap kritikal iaitu radang paru2 (pneumonia). Farah terus dibawa ke ICU dan doktor sahkan dia berada dlm keadaan koma. Aku sempat menziarah dia sewaktu di ICU dan kalau dilihat dari zahirnya, keadaan Farah tidaklah seteruk mana. Tak sangka Farah akan pergi meninggalkan kitaorang jugak akhirnya. Selepas 6 hari koma, malaikat maut telah menjemputnya pergi pada petang khamis lalu lebih kurang jam 2.30pm. Arwah dibawa balik ke kuala lipis lebih kurang jam 7pm untuk dikebumikan di tempat bersemadinya ibu dan kedua abang arwah keesokan harinya.

Sesungguhhnya ajl maut tidak mengenal usia,pangkat dan darjat..tiba masanya kita akan dijemput pergi mngadap Yang Maha Esa..Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka sekeluarga dan ditempatkan bersama roh orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Thursday, November 13, 2008

Tak puas hati..

Assalamualaikum wbt..

Tajuk entry: Tak puas hati?..Kenapa?Hmm..ni kes nak guna kupon sogo la ni..disebabkan kupon tu hanya boleh guna sampai 7 Dis je so semalam kitaorg pegi la sogo untuk menggunaka kupon tu..pening sungguh sebab dlm kepala otak takde mood untuk shopping..so susahnya la kitaorg nk cari barang nk beli..memandangkan kesuntukan masa, at last kitaorg decide nk belikan toys utk the kids..berkenan la dgn Dora The Explorer punya play-tent tu..harga dia RM179.90 after 10% discount..kupon yg ada RM60 so kitaorg kena add another RM120 la..lepas byr ingat nk check dulu kat kaunter tp bila org kat kaunter tu ckp bila dha bukak susah nk lipat balik, and kitaorg pun dah lambat, kitaorg pun ignore je la..terus balik...sekali bila bukak kat rumah..hampeh..harap mahal je..tapi tak kukuh langsung..sekali nabila tolak jer terus tumbang..pakai plastik je as tongkat tent tu..hampeh betul..cantik memang cantik tapi tak tegak elok macam tent biasa..kena pegi tukar dgn brg lain la gamaknya ni..tak puas hati betul!Terpaksa la pegi sogo balik ni...
ni la gambar play-tent yg kitaorg beli tu..




Hmm..hari ni dah siap prepare sample and control pH distill water utk start inoculation esok..next week memang busy la dgn labwork nampaknya..ni la baby MSc aku..


Wednesday, November 12, 2008

Bertukar wajah..

Assalamualaikum wbt..

Hari ni quite busy preparing sample utk start next experiment this friday tapi seems that dah agak boring dgn wajah blog lama, so amik masa jap to change my blog into the new looks..cerah sikit mata tengok..takdela 'ayu' sangat..hehehe...

So..ok.just got a call from my hubby ajak teman dia pegi kl to settle his visa (he's going to leave me alone with the kids)and alang2 tu nk pegi sogo sekali..hehe..sambil menyelam minum air la..so okla...nothing much to update..oh..by the way..this weekend ada tetamu kat rumah and may be they will stay longer memandngkan cuti sekolah dah mula..so quite busy la..dgn keje lab lagi..huh...hope i can handle all the matters..

Wish me luck!

Monday, November 10, 2008

KL-Manir-Cherating-KL

Assalamualaikum wbt..

Waa..hari ni dah masuk ofis balik..banyak keje2 lab yg nak dibuat nih..tp tu la..sebelum buat apa2 kena FB dgn blogging dulu..hehehe..dah nak tengahari ni..takpe petang karang masuk lab..nak prepare sample jer pun..hmm..just nak update..

Weekend hari tu kitaorang pegi K.Tgnu..attend wedding my cousin yg kawin dgn org Manir..bertolak dari KL lebih kurang pukul 6.30am (kesian budak2 kena angkat mausk kete tengah tidur)..and sampai K.Tgnu pukul 11.30am.. dlm pukul 2pm rombongan lelaki (termasuk kitaorang la)sampai umah pengantin perempuan..panas betul masa tu..kesian budak2 ni..my cousin ni anak bongsu my auntie..kiranya cousin lelaki yg aku paling rapat la..dah kawin dah ko ye Wan..semoga bahagia ke anak cucu..

Lepas wedding kitaorang singgah rumah my sister kat gong badak..mulanya ingat nk terus balik kl..tapi teringat pulak kat one of my friends yg dah terpisah sejak form 4 dulu..lama tu..dekat 12 tahun tu..dia dok kat chendering..nasib baik my hubby offer nak jumpa ke tak..so kitaorg dropped by la kat rumah dia kat kuarters LKIM kat pelabuhan chendering..best rumah dia..mengadap laut and port tempat ikan naik..lain betul dia..anak pun dua macam aku gak..swtandard la tu..hehe..

Kitaorg bertolak dari rumah dia lepas maghrib dah..and cari tempat nak check in cherating..malang sungguh nasib kami..semua hotel penuh..ingat nk check in holiday villa or the legend..penuh jugak...last sekali jumpa cherating bay resort depan residence inn tu..mujur ada lagi bilik kosong..so kitaorg check in kat situ la..esoknya lepas breakfast dlm pkl 12 tghr check out..pegi cari satar & otak2 kat kedai faveret yg selalu kitaorg pegi tu tapi tutup lagi..kena l beli kat tempat lain.hmm..not bad jugak satar & otak2 dia..beli keropok lekor & keropok keping sikit pas tu terus bertolak balik kl..my hubby biasa la..cherating-kl dalam 2 jam setengah jer..pkl 4pm kitaorg sampai bangi..

Kat rumah masa tengah kemas2 brg pulak, my cousin talipon bagitau one of my sedara yg dok kat shah alam dok kat ICU putrajaya..aku pun tak sure dia sakit apa...kalau tak silapkencing manis..sampai masuk ICU tu..budak lagi..baru nak masuk 20-an kot..perempuan..kesian dia..tp tu la..Allah tu MAHA mengetahui..dulu arwah mak dia meninggal kencing manis, darah tinggi,lepas tu arwah abang dia meninggal lepas koma eksiden berbulan-bulan, lepas tu pulak sorang lagi abang dia meninggal sebab eksiden jugak..dan sekarang dia pulak sedang bertarung nyawa..kesian betul..bapak dia pulak dah kawin lain lepas arwah mak dia meninggal and tak peduli sangat hal diaorang adik beradik..kaka dia yg sulung la yg jaga and tanggung semua adik beradik dia..ingat kejap lagi nak pegi tengok la kat hospital..

Oklah..ni some picture updates semenjak dua menjak ni...

Some pics taska Najwa py majlis konvokesyen..Najwa macam biasa kena jd tweety la..







Ni plak gamba my cousin yg kawin tu..

Tuesday, November 04, 2008

BZ seBZ BZnya...

Assalamualaikum wbt..

Lama jugak tak menulis kat sini..busy bebenor haa..ini pun baru je habis presentation utk postgrad seminar..fuhh..leganya…so nk kena siapkan progress report plak..nk kena submit before 9/11 nih…2/3 minggu ni agak stress sikit..banyak goals nk kena achieve..yg paling stress adalh masa interview dgn M**** hr tuh..fuh..mencabar sungguh..tak tahula..ada rezeki ada la..takde nk wat camner…habiskan je la MSc ni and baru apply keje..huhu…

The kids py update..hmm..last Saturday kakak ada event convocation playschool dia kat UKM..tensionnya bila dia tak nak join the groups buat persembahan..dia boleh dok tercegat je kat depan tu dgn buat muka tak puas hati dia..eee..geramnya rasa..tak taula macam mana nk buat ek..dia macam tak bergaul sgt dgn budak2 kat playschool dia tu..dah la ramai boys..nk tukar pun..sayang plak..tp every morning kalau nk pegi playschool dia mesti bad mood and pesan suruh mama keje sikit je..tp time amik petang nmpk ok je dia main dgn budak2 lain…unpredictable betul la….

Si adik pulak sekarang dah expert dah jalan..perangai pun bukan main dah sekarang.. pantang tak kena angina dia jer..terus sujud..merajuk la tu..pastu buat badan ala2 liuk lintuk gitu..heee..penat betul dibuatnya..kalau nk masak kat dapur memang tak bleh aman..dia dah pandai bukak pintu cabinet dapur and dgn bangganya menyepah2 kan apa yg ada…tak bagi kang dia mengamuk kacau kita masak..biar je la..tp penat plak la nak mengemasnya…huh..mencabar keimanan sungguh..

Next week kalau tak ada perubahan schedule papa akan berangkat ke kanada selama sebulan..huhu…tak tahula macammana nak survive sebulan papa takde tu..raya haji pun tak tahu lagi balik kampung ke idak ni..dengan keje MSc yg masih berlambak…huh..penat betul nk pikir la…tp apa2 pun by hook or by crook, life must go on.. .Cuma suffer sikit la..strees jugak bila pikir sempat ke habis MSc aku ni by middle of next year..huhu…takut!!!!

Oklah..nk prepare progress report ni..kang tak sempat nk amik signature Prof plak..tak bleh submit GS-11 aku nih..tak pasal2 sem ni dapat title TM karang..huhu…tidak!!!

So..everybody wish me luck and doakan ke’survivan’ku nanti ye!
Wassalam.

Monday, October 20, 2008

Nak jadi pahat ker??

Assalamualaikum wbt..

Tak tahula kenapa yer..makin hari makin malas jadinya..padahal byk lagi labwork tak buat..lagi 2 minggu nak kena present utk postgrade seminar..result pun tak tunjuk lagi kat saupervisor..nak jadi pahat ker?nak kena ada tukul yg mengetuk baru nak buat keje?my supervisor plak tersangat la sportingnya sampaikan langsung tak push..adus..apa nak jadi dgn den ni..kata nak cepat dpt keje tetap..ha..cepat2la habiskan Master tu..baru senang nk dpt keje tetap...kesian hubby..dia jer yg nak kena tanggung all the things..kalau ikutkan tinggal lagi 2 sem jer termasuk sem ni yg dah nak melabuhkan tirainya 2 bulan je lagi...sekejap betul masa berlalu..tapi tu la...kenapa la eden ni tak sodar2 diri ni???

Sebelum nak pegi ofis bukan main semnagat nih nak edit data, analyze data, prepare sample..alih2 bila dah sampai ofis,bukak labtop, layan email, layan blog, layan facebook, friendster..data ntah ke mana, lab ntah ke mana...hmm..banyak sgt melalut kot nih..rasanya kena slow kan la aktiviti2 nih..kena betul2 bahagikan masa..dah tak boleh dah nak menyelam minum air..time menyelam, menyelam jer..time minum air, minum air jer..tak boleh cilok2 dah..nak habis Master ke tak?(sendiri tanya sendiri jawablaa)

So, mungkin lepas ni eden akan kurangkan dah aktiviti2 blog, facebook, frenster etc..kalau tak update tu sorila yer..nak FOKUSSSSSS!

Ok..hujan daj turun, jam dah pukul 2.15pm..nak pegi solat Zuhur and FOKUSSS!

Ni eden jump kat web mana ntah..comel la plak..sempat ler buat utk family den..


Pyzam Family Sticker Toy

Get your own Family Sticker Maker & MySpace Layouts.






Until then, everybody, enjoy your life and bagi yg dah keje tetap tu, bersyukurlah dan buatlah keje elok2..semoga den jugak akan dapat keje tetap bila dah habis Master nanti..Aminnnn.

Friday, October 17, 2008

Sakura Batik Cake

Assalamualaikum wbt..

Semalam dah siapkan tempahan kek batik seberat lebih kurang 2.5kg. Eden namakan dia "Sakura Batik Cake" hehehe...Pagi tadi just decorate sikit jer..pening jugak pikir nak jual harga berapa..kek ni memang nampak senang tapi bila di'details''kan dia punya bahan2..agak mahal jugak kosnya..tengok kat internet ada yg jual RM40/kg..berapa nak jual ni?hmm..main letak je la..boleh sapa2 teka berapa harga eden letak kat kek batik den ni?berat lebih kurang 2.5kg..






so sapa2 berminat nak tempah bolehla..harga boleh dirundingkan...kalau nak resipi pun boleh.tapi kek batik ni sebenarnya senang jer nak buat..rajin dgn malas jer..hehehe..

Jamuan Raya PPTS 2008

Assalamualaikum wbt..

Nak citer pasal jamuan raya PPTS 2008 yg telah berlangsung pada 15/10 hari tu..best jugak..kitaorg rewang masak kat pkc..ni antara gambar yg sempat dsnap..

Sebelum kejadian..






Semasa Kejadian..




Selepas kejadian...
1. sesi tapau menapau





2. Sesi mengemas..






Tapi masa makan tak sempat nak ambik gambar pun sebab masing2 khusyuk mengunyah daging kambing BBQ...sedap walaupun liat..And yg paling best tu masa jamuan ni eden bawak ler kek batik..tak disangka mendapat sambutan yg hangat..siap dapat 2 tempahan lagi..bleh wat bisnes nih..hehehe..

Monday, October 13, 2008

Nak share produk menarik

Assalamualaikum wbt..

Just nak share satu produk kesihatan yg menarik untuk dicuba..
Ia merupakan produk kesihatan yang dhasilkan menggunakan ramuan herba tempatan dan makanan sunnah - madu, zaitun, tiin, kurma, za'faran, habbatus sauda', air zam-zam, gingko biloba, sireh dan berbagai herba terpilih khusus untuk kesihatan dan kekuatan dalaman dan luaran lelaki dan wanita. Ia dapat membantu membekalkan tubuh badan dengan nutrien dan zat penting. Dan yang paling penting produk ini dihasilkan dengan piawaian Amalan Pengilangan Islam untuk memelihara kesucian rohani produk.

Bagi sesiapa yg berminat untuk mencuba boleh hubungi saya @ 012-2757875. Harga untuk satu botol cuma RM71.90 dan bagi sesiapa yg berminat untuk menjadi pembekal juga dialu-alukan. Produk ni baru saja muncul dan ianya adalah satu2nya yg terawl dipasaran yg mematuhi syarat pengilangan Islam. Halal & Suci.



Semoga usaha ini akan mendapat sambutan masyarakat Islam serta keredhaan daripada Allah jua, Insya Allah.

Friday, October 10, 2008

Entry raya 2008

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah..hari ni dah masuk hari ke-10 syawal dan kita semua masih diberi peluang utk menikmati hidup oleh Allah SWT. Hmm..citer pasal Aidilfitri tahun ni?..macam biasa jer..bezanya tahun ni anak2 dah makin besar..Najwa dah semakin kenal erti raya and Nabila dah boleh jalan sikit2..tahun ni kitaorg tak berjalan sgt..entahlah kenapa..malas betul..just pegi umah my mak sedara, umah nenek and abang2 hubby..rasanya lama jugak kat kampung tapi tak terasa sgt..nak pegi umah kawan2 pun tak sempat..banyak habiskan masa lepak kat rumah je..penat dok bergilir rumah mak & mertua jer..

First day raya kat rumah my parents kat tanah merah..just me & kakak no 3 jer yg balik..my first brother beraya kat medan, kakak yg 2nd kat rumah dia (dkt jer dgn umah mak), abang yg no 4 beraya umah mertua dia kat Melaka..so tinggal me & my sister je la…mak masak nasi dagang and tempah roti jala jer pagi raya..for sure tahun ni still tak dpt pegi semayang raya sebab si kecik tu belum boleh dicontrol lagi..

Cuma raya tahun ni ada kisah yg mungkin tak dpt dilupakan..berkaitan dgn kes yg diceritakan dlm my previous entry about budak kontrakstor yg buat porch kitaorg tu..kes tu berlarutan sampaikan hubungan mak & adik beradik my hubby dgn family abang dia (abg ipar kpd budak hingusan tu) agak dingin…apa2 pun my hubby dah bersemuka dan jelaskan segala buktiyg ada kat abg dia tu..lantak dial ah nak percaya ke tak…tp yg nyata dia lebih percayakan adik ipar dia dr adik sendiri..akhir kisahnya…see you in court la…

Duit raya?hmm..budget raya tahun ni memang agak banyak la berbanding sebelum2 ni..bab baju anak2 jer dah beratus2..biskut raya..duit raya..hmm..lepas raya ni kena budget la sikit..huhu..yg lagi tak puas hati tu…tak byk pic yg dpt disnap..hubby pun tak beriya sgt nak snap gamba best2..hmm..nasib ler..

Lepas raya ni byk keje nak kena buat..huhu..hopefully dpt siapkan labwork by early next year so boleh tumpu pada thesis writing jer..and cari keje..hehehe…okla..nak analyze data plak..ni antara gamba yg sempat disnap di pagi raya..



Wassalam

Wednesday, September 24, 2008

Akibat nak tolong sedara aka 'worih'

Assalamulaikum wbt..

Alkisah suatu cerita, kononnya bermula di sebuah desa, rakyatnya berbilang bangsa..eh..tiba2 je teringat lagu tema ni..kalau sapa2 ingat dulu2 masa zaman saya sekolah rendah (80an) ada sitkom kalau tak silap tajuk dia 'Hikayat Hang Setia'..layan jugak la masa kecik2 dulu..dlm citer tu ada watak Hang Setia + Hang2 lain dan Dang Wangi + Dang2 lain yg tak dpt diingat...

Hmm..sebenarnya nak citer pasal tajuk entry kat atas tu..disebabkan nak tolong sedara punya pasal..my hubby semalam dpt sms berbentuk ugutan. Tak pasal2 budak tu nak marah my hubby tau..citernye mcm ni...

KItaorg buat renovation skit utk extend porch kat depan rumah tu. Pada awalnya kitaorg buat dgn ada kontraktor cina tu..dah byr 40%, nasib malang menimpa..kontraktor tu hilang tanpa jejak..then masa kita buat kenduri kesyukuran hr tu, my hubby punya sister in law punya adik yg dok kat kl (bagi nama dia si P) ada dtg and kebetulan dia pun buat keje yg jenis2 renovate rumah la..bila citer2 dgn hubby dia sanggup nak buat. so oklah..hubby pun pikir2 bolehla..dpt juga tolong sedara katanya..sekali sedara makan sedara daa..byk sgt problemnya..mula2 pekerja indon dia jual besi yg ada kat depan rumah kat lori yg beli besi tu, nasib baik ada jiran depan rumah tu nampak..bila tanya mula2 tak nak ngaku..at last terkantoi jugak.

Lepas kejadian tu, si P ni pun tukar la pekerja indon dia yg lain..okla..dtg la buat keje 2/3 hari..lepas tu tak dtg..kereta rosak la..talipon anak buang dlm kuali la..macam2 alasan..janji nak datang, tak datang pun..banyak kali jugak..sampai kitaorg dah malu dgn jiran sebelah..nasib baik kitaorg bayar ikut progress keje sebab takut kena tipu kan..bila 3/4 hari tak datang..call pun tak angkat..hubby dah rasa semacam la..so my hubby pun sms la dia..ckp la dgn dia ingatkan nak tolong sedara, sekali sedara makan sedara..malu dgn jiran2..tak sangka pulak si P ni boleh balas sms tu dgn kata2 yg kesat + maki hamun..siap ugut nak ajar kalau jumpa kt kelate..gila punya org..patutnya kita yg marah dia sebab buat keje tak siap, dia plak yg marah macam nk giler kat kita..agaknya dia marah sebab kitaorg tak bagi semua duit kat dia kot..memang tak boleh pakai la budak P ni..hampeh..kesian my hubby..kitaorg decide nak report polis takut juagk kan apa2 jadi..org macam tu bukan boleh pakai tu..risau jugak..yg peliknya si P nilangsung takde rasa malu dgn sedara sendiri..kalau kitaorg tunjuk sms dia kat kakak dia, tak tahu la apa jadi...buat masa ni kitaorg simpan dulu sms tu..hopefully takde la benda2 buruk yg jadi..nau'zubillah..

Begitulah ceritenyer..tu la..memang mencabar keimanan betul di bulan puasa nih..semoga Allah beri petunjuk kepada si P.

Oklah..kejap lagi nak balik dah..and mungkin lepas raya la baru boleh bukak balik blog nih..so until then,nak amik kesempatan nak ucap SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR & BATIN..Semoga hari raya tahun ni membawa keberkatan dan kebahagiaan kepada kita semua..Aminnn.


p/s: kengkawan yg dekat tu, jemput la dtg rumah..

Monday, September 22, 2008

Berbuka @ Kagumas

Assalamualaikum wbt..

Hari ni kitaorg try cuba test gi bukak puasa kat Kagumas yg letaknya hanya 3 minit dari rumah kitaorg..asyik lalu je tiap2 hari tp tak pernah masuk..so today last minute decision kitaorg nak try la buffet bukak puasa kat situ..RM30/person..nak kata best tu takde la sgt..tp boleh la..kekenyangan yg amat la..but all the food dkt situ memang tak pedas and sgt ssuai utk budak2..Najwa & Nabila pun makan banyak gak..antara menu yg ada nasi biasa dgn lauk ikan keli masak merah, sayur campur, gulai lemak ikan kering & masak lemak cili padi daging salai. Steambot pun ada gak..tapi udang dia tak fresh sgt tak macam yg dekat Seoul Garden Restoran yg kitaorg pegi dulu..lagi..ada mee/kuew tiau/bubur/ikan, daging, & kerang bakar. Overall, okla utk RM30 tu..tempat pun agak selesa coz kitaorg amik yg kat dlm bilik ada aircond..bagi yg nak menghirup udara luar pun ada tapi agak sesak sikit la..ni antara pic yg sempat disnap sbb sibuk dok melayan si kecik tu makan..



Kejap jer rasanya..hari ni dah masuk hari yg ke-22 kita puasa dan lebih kurang seminggu je lagi nak sambut raya..so far kitaorg py persiapan raya agak complete dah la..me myself tak ada apa pun..banyak fokus kat the kids..rambang mata btul tgk baju budak2 nih..Nabila pun nampaknya dha berani bangun and menapak lebih advance..so raya ni boleh la berjalan peragakan baju kurung dia..dah berjalan baru best nak pakaikan dia gaun..Biskut raya?masih ada yg belum siap..hehe..almond london ada sebalang lagi tak salut..tak sempat..nak fokus pada literature review yg kena submit seminggu lepas raya..this coming thursday ada kelas Prof nak check progress kitaorg..huhu..(tp sempat lagi melalut dlm blog nih..hehe..tenangkan fikiran jap)..actually sekarang ni pukul 1.40am..since weekend hari tu stay up utk siapkan literature review ni..bukan senang sebenarnya..nampak jer macam senang..

Oklah..nak upload gamba my daughters pun agak kemalasan..so next time la..nak continue writing my literature review nih...kejap lagi karang nak masak utk sahur plak...selamat tidur semua!!!

Monday, September 15, 2008

Dapat hadiah & entry semalam

Assalamualaikum wbt..

First of all nk say TQ to my senior, k'wan yg sudi bagi hadiah ni


Timakacih banyak2..
2nd one, nak upload entry yg tak sempat diupload..

Entry ni ditulis pada 14 sept 2008 jam 4.18am tp baru upload hr ni..hehe..

Sekarang jam 4.18am..nak tido takut terlajak sahur hubby plak..lepas sahur kang baru tido la..tadi dok mengadap biskut cornflakes dapatla 100 cup kot. Time rakyat jelata tu tido aman sikit buat keje..kalau tak memang kirim salam ler..nasib baik mata ni boleh layan tak mengantuk.lagipun tadi masa tidurkan si kecik tu dlm pkl 9pm dah layan lena dah..tak sedar langsung sampai pkl 12.30am. Hubby keluar pegi hospital jenguk my cousin pun tak sedar..oh ya..ptg tadi my cousin kena tahan kat ward kat pusat rawatan islam az-zahrah dekat dgn my rumah ni..demam and muntah2..doktor kata ada jangkitan virus..hopefully he will recover soon..kesian tunang dia kat tengganu sana.mesti risau..

Dah la my cousin tu baru je menghadapi peristiwa rompakan kat rumah kakak dia (my cousin jugakla) kat bdr baru salak tinggi..nasib baik perompak yg buat keje tu indon2 yg tak professional..so takde la teruk sgt..tapi the whole family kena ikat la except my cousin yg masuk wad tu sbb dia sempat mengurungkan diri dlm bilik dia dan menahan tendangan 3 perompak yg nak buka pintu bilik dia..so dia sempat call 999 mintak bantuan. Selamat la labtop & handphone dia. Bila dah bising2 tu jiran sebelah bunyikan alarm kereta and perompak tu lari. Diaorang sempat grab 5 biji hp (3 yg jenis 3G punye), barang kemas kepunyaan mertua sepupu yg kebetulan ada kat rumah dia and duit dlm rm400. Alhamdulillah takde sapa2 yg cedera..

Risau jugak bila dgr kes2 rompakan macam tu. Nak2 pulak baru jer keluar berita yg kes rompak & bunuh tu..ngeri sungguh. Manusia sekarang ni dah takde perikemanusiaan..dah lebih kejam dari binatang..especially indon2 ni..memang jenis yg tak sedar diri..sorry la kalau ada yg terasa tp bukanla nak tujukan pada semua, segelintirnya la..tapi memang mostly indon yg byk terlibat dlm kes2 macam ni..dah la dok dlm negara orang, buat hal plak..tembak jer..senang citer..

Hmm..tadi call ayah kat mekah, diaorg akan tawaf wida’ pkl 2.30am (waktu mekah) dan terus bertolak ke airport Jeddah. Dari Jeddah diaorg akan transit di Jordan kemudian Bangkok then baru ke KLIA. Jauh sungguh perjalanan..dijangka sampai KLIA pkl 10pm mlm isnin. Hopefully semuanya berjalan lancar dan mereka selamat kembali ke tanahair. Bestnya dpt berpuasa dan bertarawikh di mekah..tadi tengok siaran langsung solat terawikh kat masijidil haram rasa macam syahdunya..rindu plak rasanya nak duduk dlm masjidi lharam tu..sejuk je..insyaAllah kalau dipanjangkan umur dan diizinkan Allah, nak sangat kembali ke tanah suci tu.

Hmm..okla..dah pkl 4.45 am ni..nk masuk dapur dah..kejap lagi dah boleh kejut hubby bersahur..chow!

And hari ni..i'm still writing my literature review yg entah bila la nak siap nih..jenuh jugak nak mengarang sebab dah lama meninggalkan bidang karangan nih..huhu..tinggal 10 hari lagi before class utk check progress..hopefully this week dpt ler siap..adios!

Wednesday, September 10, 2008

Grab je lah

Assalamualaikum wbt..

At last dapat jugak baju kurung raya for me and the kids..ptg semalam balik awal sikit and singgah pkns bangi..ada la jumpa baju kurung for the two princess yg sedondon dgn baju papa,ada size utk 2 org tu so grab je la..kain cotton bunga kecik2 rm59/pair. ok lah..for me? grab je sepasang baju kurung china silk yg corak dia ada la kaler yg sedondon dgn baju papa..dah malas dah nak cari2 tpt lain..so agak complete la shopping raya tahun ni..ops ada lagi tak cukup..baju kakak kena beli lagi kot sepasang dua and baju tidur kakak pun mostly dah tak boleh pakai..kecik..tinggal brp pasang je yg boleh pakai..kena beli saiz baru..me pun nk cari sandal la sepasang..hehe..ala..tudung pun kena beli gak..kena pegi shopping lagi la ni..baju utk ayah & mak pun tak beli lagi..ler..banyak la plak..weekend ni la..

Next week nak fokus biskut raya plak..teringin pulak nk blajar buat cupcakes..hehe..ntah jadi ntah tak..tengok ler..kalau sempat...ops..next week my parents akan pulang dari mengerjakan umrah..hmm..nampaknya kena buat majlis bukak puasa la ni kat rumah..paling kurang 4 family jugak ni..kena start cari menu nak masak ni..hehehe.

Bila la nak siap literature review ni?adus..ingatkan next week nak start fermentation tp elisa reader kat lab bwh rosak la plak..tak bleh nak analyze sample..kang contaminate plak sample aku macam hari tu..tak larat nak repeat..hold dulu la sampai alat tu sembuh..

so ok la..kejap lagi nak start tadarus plak..hmm.ckp psl tadarus ni..tahun ni agak laju jugak pada awalnya sebab ramai..tapi skrg dah slow sikit sbb ahli berkurang..tinggal 4 org je..itupun gilir2 'cuti'..yg permanent sorang jer..hehe..so far dah masuk juzuk 18 dah..alhamdulillah..

ok.chow chin chau!

Tuesday, September 09, 2008

Puasa & Shopping Raya

Assalamualaikum wbt..

Hari ni dah masuk hari ke-9 puasa..alhamdulillah kita masih diberi kesihatan untuk melaksanakan ibadah puasa dgn sempurna. Sahur buat masa ni hanya missed sekali jer..ok la tu!

Well..time ni memang dah ramai yg sedang bertungkus lumus membuat persiapan raya..tapi mungkin ramai yg noticed that tahun ni promosi jualan biskut raya agak berkurangan..mungkin sebab barang2 dah naik harga kot..kat ofis saya ni ada org promote almond london RM42/100pc.Kalau tak silap last year baru RM35kan? buat sendiri la jawabnya...minggu depan nak amik cuti 1 or 2 days buat biskut raya.buat yg simple2 dah le..2 or 3 jenis..yg wajib almond london dgn biskut cornflakes la..

Kat pasar ramadhan pun nampaknya kuih muih agak berkurangan..lauk-pauk banyak la..ramadhan kali ni lauk untuk bukak puasa memang beli je la kalau hari keje..tak sempat nak masak dgn si kecik tu lagi..masak utk sahur je..

Shopping raya?hmm..so far si kecik dgn papa dia dah dpt baju raya masing2..kakak dah ada 3 pasang..cuma baju kurung belum cari lagi sbb susah la nak dpt baju kurung yg sama kaler & corak utk 2 beradik ni..mama belum beli apa pun lagi..just dpt levi's dari papa for this year b'day present..baju kurung mama pun belum lagi..tema tahun ni turquoise kaler..biasanya tema raya akan ikut kaler baju melayu papa yg dia berkenan..tahun lepas kaler apa ek?maroon kot..tak ingat dah ler..tp sejak 5 tahun kawin,kaler tema - biru,merah, biru balik, dark green, maroon. tahun ni tahun ke-6. Azam time raya tahun ni mesti kena amik gambar satu family sbb raya2 sebelum ni asyik tak sempat je nak amik gambar kitaorg 1 family..insyaAllah..

And the best is tahun ni first raya turn rumah parents i...so tak yah le sibuk kena masak pagi raya..hehehe...(ayat menantu yg ala2 hantu ni)..kat rumah i my mom is the best chef in the world..betsnya kalau dpt makan gulai itik yg mak masak pagi raya..fuh!And nampaknya tahun ni memang tak boleh pegi semayang raya sbb si kecik tu belum pandai lagi..tahun depan insyaAllah.

Nabila hopefully raya ni dah boleh berjalan..baru best pakai baju kurung & gaun..oh ya..citer pasal gaun lupa lak nk story pasal saya pegi sogo masa member's sale last weekend..masyaAllah..lautan manusia..nak bayar kena beratur dekat 2 jam.itu baru kat department kanak-kanak..sesak betul..tapi berbaloi jugakla dpt baju budak2 ni 3 pasang kot sorang..mama dapat ladylike je sehelai..itupun kali kedua pegi mlm last sale.ingat nak usha handbag 50% + 70%..tapi tak sempat la..tahun depan ler..

So okla..sampai di sini dulu utk kali ini..hehehe..actually saya ni kena siapkan literature review utk subject reserach topics. 25th ni ada class utk check progress before submit lepas raya..hehehe..sempat lagi membebel kat sini dulu..ok.

SELAMAT BERBUKA PUASA AND SHOPPING RAYA!!!

Thursday, September 04, 2008

Tadarus

Assalamualaikum wbt..

Satu lagi entry utk hr ni dapat dari www.eramuslim.com. Pengertian tadarus yg sebenarnya..

Istilah tadarus Al-Quran sebenarnya agak berbeda antara bentuk yang kita saksikan sehari-hari denganmakna bahasanya. Tadarus atau tadarusan biasanya berbentuk sebuah majelis di mana para pesertanya membaca Al-Quran bergantian. Satu orang membaca dan yang lain menyimak. Dan umumnya dilaksanakan di masjid atau mushalla di malam-malam bulan Ramadhan.

Padahal kata tadarus berasal dari asal kata darasa yadrusu, yang artinya mempelajari, meneliti, menelaah, mengkaji dan mengambil pelajaran. Lalu ketambahan huruf ta’ di depannya sehingga menjadi tadarasa yatadarasu, maka maknanya bertambah menjadi saling belajar, atau mempelajari secara lebih mendalam.

Adapun kegiatan ‘tadarusan’ yang kita lihat sehari-hari di negeri kita ini, sepertinya nyaris tanpa pengkajian makna tiap ayat, yang ada hanya sekedar membaca saja.

Bahkan terkadang benar dan tidaknya bacaan itu, tidak terjamin. Karena tidak ada ustadz’ yang ahli di bidang membaca Al-Quran.

Bentuk tadarusan seperti itu lebih tepat menggunakan istilah tilawah wal istima’. Kata tilawah berarti membaca, dan kata istima’ berasal dari kata sami’a yasma’u, yang berarti mendengar.

Membaca Al-Quran

Kalau para peserta sudah fasih dan menguasai teknik membaca Al-Quran yang baik, maka tidak mengapa bila masing-masing membaca sendiri-sendiri. Kalaupun mau disima’ (didengarkan) juga tidak mengapa. Karena membaca dan mendengar sama-sama mendatangkan pahala.

Allah SWT telah memerintahkan kita selain untuk membaca, juga mendengarkan Al-Quran.
Dan apabila dibacakan Al-Qur’an, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat .(QS. Al-A’rah: 204)

Namun apabila para seperti masih lemah bacaannya, sebaiknya mereka tidak dilepas membaca Al-Quran sendirian. Perlu ada ustadz yang membetulkan bacaannya. Sehingga yang perlu dilakukan bukan ‘tadarusan’, tetapi belajar membaca Al-Quran. Atau istilah yang sekarang populer adalah tahsin Al-Quran atau tahsin tilawah. Tahsin artinya membaguskan bacaan.

Tentu saja harus ada ustadz yang ahli dalam membaca Al-Quran. Dan tidak boleh seseorang dibiarkan membaca dengan salah baik makhraj maupun tajiwidnya. Mereka harus didampingi oleh yang sudah baik bacaannya, dibimbing dan dibenahi bacaannya dengan baik.

Tadarus di Masa Nabi

Tadarus dalam arti yang sebenarnya, yaitu mempelajari isi dan kandungan al-Quran di masa nabi SAW adalah dengan cara mempelajari beberapa ayat, setelah mendalam dan mengerti, baru diteruskan lagi beberapa ayat.

Dari Ibnu Mas’ud ra berkata: “Adalah seorang dari kami jika telah mempelajari 10 ayat maka ia tidak menambahnya sampai ia mengetahui maknanya dan mengamalkannya”
Hadits ini di-shahih-kan oleh Syaikh Ahmad Muhammad Syakir dalam tahqiq-nya atas tafsir At-Thabari (I/80).

Bahwa mereka yang menerima bacaan dari Nabi SAW(menceritakan) adalah mereka apabila mempelajari 10 ayat tidak pernah meninggalkannya (tidak menambahnya) sebelum mengaplikasikan apa yang dikandungnya, maka kami mempelajari ilmu Al-Qur’an dan amalnya sekaligus.


Wallahu'alam.

Mengajak ke arah kebaikan..



Assalamualaikum wbt..

Hari ni masuk hari ke 4 puasa..hmm..mlm tadi termiss sahur la plak..huhu..dah tidurnya lambat, penat plak tu..memang la..kesian tomyam campur, telur bungkus dan sotong goreng tepung yg ditapau mlm tadi tak sempat dijamah waktu sahur tadi..postpone jd lauk berbuka petang ni la jawabnya. Semalam agak penat sebab si kecik Nabila tidur lambat..mungkin tak selesa sebab sepanjang hari semalam dia tak buang air besar..pukul 11.30pm baru dia 'uuk'..lepas cebok, main kejap baru nak masuk tido..sian mama miss terawikh semalam..

Hmm..sebenarnya entry ni nk meluahkan perasaan..ada la yg tak puas hati sikit.kadang2kita boleh naik heran dan tak paham dgn perangai manusia n kan?..yg tak tercapai dek akal kita pun ada...tp ni perkara remeh je sebenarnya..meh nak citer skit..ni bukan tujuan nk mengumpat tp just nk kongsi pandangan dan buat pengajaran kita semua..

Ada hamba2 Allah atas dunia ni yg memang susah sangat nak diajak buat kebaikan..di bulan yg mulia ni la kita nk bykkan ibadah..bukannya susah pun..setakat bertadarus lebih kurang 30 minit/1 jam (waktu rehat) jer..bukan ke banyak pahalanya jika kita perbanyakkan membaca kitab suci al-Quran di bulan yg penuh keberkatan ni?itupun susah ke? alasan2 biasa-

1. MALU..macam tak matured je alasan tu..bukan kita bertadarus nak judge org tu pandai baca ke tak..takkan la tak bleh baca langsung..sama2 la kita belajar kalau betul2 tak pandai.kita bertadarus untuk sama2 mendapat pahala..orang lain pun bukanlah pandai sangat tp sama2la belajar dan dapat pahala.

Dari Aisyah radhiallahu 'anhu, katanya: Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
"Orang yang membaca Al-Qur'an dengan mahir adalah bersama para malaikat yang mulia lagi taat, sedangkan orang yang membaca Al-Quran dengan tergagap dan susah membacanya baginya dua pahala. " (Hadits Muttafaq 'Alaih).
Dua pahala, yakni pahala membaca dan pahala susah payahnya.


2. ADA KEJE..hmm waktu rehat la..takpun kalau betul2 nak join, pandai2 la budget masa nak wat keje tu..

Sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam :
"Bacalah Al-Qur'an, karena ia akan datang pada hari Kiamat sebagai pemberi syafa 'at bagi pembacanya. " (HR. Muslim dari Abu Umamah)

Dari An-Nawwas bin Sam'an radhiallahu 'anhu, katanya : Aku mendengar Rasul shallallahu 'alaihi wasallam bersabda :
"Didatangkan pada hari Kiamat Al-Qur'an dan para pembacanya yang mereka itu dahulu mengamalkannya di dunia, dengan didahului oleh surat Al Baqarah dan Ali Imran yang membela pembaca kedua surat ini. " (HR. Muslim)

Dari Utsman bin Affan radhiallahu 'anhu, katanya: Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
"Sebaik-baik kalian adalah orang yang mempelajari Al-Qur'an dan mengajarkannya. " (HR. Al-Bukhari)

Dari Ibnu Mas'ud radhiallahu 'anhu, katanya: Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
"Barangsiapa membaca satu huruf dari kitab Allah maka baginya satu kebaikan, dan satu kebaikan itu dibalas sepuluh kali lipatnya. Aku tidak mengatakan alif lam mim itu satu huruf; tetapi alif satu huruf; lam satu huruf dan mim satu huruf. " (HR. At-Tirmidzi, katanya: hadits hasan shahih)


Ntahla kan..lain orang lain cara pemikirannya..mungkin budak2 zaman sekarang dah kurang minat nak baca Quran dan itulah tandanya kita sudah di akhir zaman. Tepuk dada tanya iman..Wallahu'alam.

Semoga amal ibadat kita diterima Allah SWT dan menjadi benteng api neraka di akhirat nanti. Aminn.

Wednesday, September 03, 2008

Ramadhan 2008

Assalamualaikum wbt..

Seminggu tak berblog..dah masuk bulan Ramadhan pun kita..Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk menunaikan ibadah puasa pada tahun ini..semoga segala amal ibadah kita akan menjadi saham di akhirat nanti.

Hari ni dah masuk hari ketiga puasa..sahur buat masa ni tak miss lagi..hehe. first day puasa berbuka kat rumah my brother kat bukit puchong because my parents ada kat rumah dia. Act mak & ayah nk ke mekah menunaikan umrah dan berpuasa di tanah suci selama 2 minggu..bestnya..flight esok. So the next day (semalam la) kitaorg semua pegi hantar kat klia around pkl 6.00pm and potluck buka puasa kat rumah my cousin kat salak tinggi. Semoga Mak & Ayah sentiasa selamat dlm perjalanan dan dpt menunaikan ibadah di tanah suci dlm keadaan yg sihat walafiat.Teringin jugak nak berpuasa di sana, insyaAllah ada rezeki, kelapangan dan diizinkan Allah...

Bila mula puasa, mula la sibuk nak shopping raya..tukang jahit plak mostly dah tak nak terima tempahan dah..huhu (nasibler..lambat sgt)..terpaksa cari baju yg dah siap..but for the kids la leceh sikit..susah nak cari baju siap yg match.weekend ni kena pegi sogo cari kat sana plak..

Keje lab pun dah start balik..hmm..literature review tak buat lagi ni..asyik tertangguh jer..(mengadap blog bleh la plak..hehe)..esok start lah.

Apa2 pun, nak amik kesempatan mohon kemaafan kepada semua kalau2 ada terguris hati dgn apa2 saja yg terkandung dlm blog saya ni..



SELAMAT BERPUASA.

P/S:blog bertular baju plak hari ni..hehe..boring dgn template lama..tukar lain plak...

Thursday, August 28, 2008

Siap satu kerja..

Assalamualaikum wbt..

Fuh..lega..baru je lepas submit abstract (softcopy & hardcopy) utk Biotech colloquium yg datelinenya esok. Thanks to my supervisor yg very commited membetulkan ayat2 omputih saya yg sememangnya tak berapa betul tu..lega rasanya..so kena start buat preparation utk presentation for the colloquium and ada lagi satu dateline kena kejar - literature review utk research topic subject...checking progress dlm sebulan lagi..sempat..

Hmm..ni nk kena jawab tag dari http://wfaiziah.blogspot.com/..

1) What is the most important thing in your life?

A : of course suami & anak2


2) What is the last thing that you bought with your own money?

A : tadi kejap pegi beli teh ais faeret kat kedai k'teh


3) Where do you wish to get married?

A : dulu berangan nak kahwin ala2 mat salleh dlm taman yg dipenuhi roses..memang angan2 je la..majlis kahwin buat kat rumah..biasa la adat orang kelantan..hehehe


4) How old do you think you will be permanently owned by your love?

A: till heaven



5) Are you in love?

A : Hmm..dah sah2 ler..


6) Where was the last restaurant you had dinner?

A : SOHO Seafood Bangi



7) Name the latest book that you bought?

A: Anjung Seri


8)What is your full name?

A : keiko shimizu (dlm bahasa jepun)



9) Do you prefer your mother or father?

A : both la..tapi kalau nk mintak apa2 mesti ckp kat mak dulu sbb dia yg akan sampaikan kat ayah..hehe



10) Name a person that you really wish to meet in real life for the first time.

A: bakal anak lelaki huhu (opposite dgn k'wan)



11) Christina or Britney?

A : hmm..dua2 tak minat..better siti nurhaliza



12) Do you do your own laundry?

A : of course la..kalau tak sapa lagi nk buat..



13) The most exciting place you want to go?

A: 1. Mecca of course 2. Autumn in Japan



14) Hugs or kisses?

A; both



15) Point out 5 things about the person who tagged you.

A : 1. kak prefect yg digeruni tapi cute

2. selalu bagi usrah kat adik2

3. antara senior glamer hehe

4. dah jd doktor dah

5. bijak dan lemah lembut orangnya..


16)8 things I am passionate about:

A: 1. finish my MSc

2. Hiasan dalaman (english country)

3. Baju budak2 pompuan

4. Pakaian wanita

5. Girlz accessories

6. handphone

7. blogging

8. cooking with my colleagues


17)8 things I say too often:

A:1. Hello

2. Assalamualaikum

3. Yang!

4. Najwa!

5. Adik!

6. Tak tahu

7. Adoi penatnya

8. Ya Allah!


18)4 books I’ve read recently:

A: 1. Magazine dari Sogo (promotions!!!)

2. Impiana

3. Anjung Seri

4. Biotech Colloquium VII abstract collections


19)8 songs I could listen to over and over again:

A : Sekarang dok layan lagu Bayangan Gurauan dari Mega..tapi lagu2 lama 80-an & 90-an memang boleh layan whole day la..

20)8 things I learned last year:

A: Last year..adus kena rewind balik nih..

1. Belajar jd student yg commited dan rajin
2. Belajar jadi ibu kepada 2 girls
3. Belajar jadi jiran baru yg peramah
4. Belajar menguruskan rumah double storey
5. Belajar guna photoshop
6. Belajar masak guna oven built in yg digilai oleh my hubby
7. Belajar mengejar dateline
8. Macam2 la..


Fuh..habis dah..yay!!!Thanks to K'wan yg menge'tag' saya dan memaksa rela saya memerah otak utk menjawab tag itu..hehehe.

Wednesday, August 27, 2008

Rojak

Assalamualaikum wbt..

Entry hr ni wpun tajuknya rojak..tapi bukan ler nak citer psl rojak..tp 'rojak' sebab macam-macam benda yg nak dibebelkan kat sini..

1st - pastinya pasal keputusan pilihanraya P44 Permatang Pauh yg telahpun dimenangi oleh DSAI yg sememangnya telah dijangka oleh semua. Kubu kuat memang susah nak goyah..orang P44 memang pekakkan telinga dan butakan mata dgn isu2 yg mnimpa DSAI..harap semua berpuas hati dgn keputusan itu dan takde lagi yg mempertikaikan ketelusan SPR..kesian diaorg..tapi kalau calon BN yg menang sudah pasti SPR jadi mangsa..apa2 pun semoga kehadiran DSAI dlm parlimen akan lebih membawa faedah dan bukannya lebih menggamatkan suasana dewan rakyat yg dah macam pasar ikan tu..

2nd - MAHA 2008 dahpun melabuhkan tirainya..hmm..macam2 ragam manusia..tapi MAHA kali ni agak teratur sikit la..public transport pun banyak and perkhidmatan utk OKU dan warga emas pun bleh dikira bagus la..sempat jugak bwk Najwa masuk kandang rabbit RM3/entry tu..Nabila sian tak bleh masuk sbb selsema..teruja jugak tgk pokok2 orkid yg berbunga mekar tu tapi nak beli takut tak terbela..simpan dulu la..next MAHA mungkin boleh kot..






3rd - Najwa, setelah seminggu cuti tak masuk taska sbb nenek & cousin dia ada kat rumah, minggu ni start taska balik..sbuk nak bawak goodies ke taska dia tp mama asyik lupa nak beli beg goodies..nanti2 la yer

4th - Nabila minggu ni dah ada improvement..dah berani bangun tanpa sokongan and menapak 4/5 langkah..hopefully sebelum raya ni dia dah boleh jalan..baru cantik pakai baju kurung..huhu..bila nak shopping raya ni???


5th - Next week my parents akan berangkat ke Mekah utk mengerjakan umrah di awal bulan puasa..nampak gaya 2nd day puasa kitaorg semua kena berbuka di airport sebab flight daorg pkl 8pm.Mesti best kan puasa kat tanah suci..sembahyang terawikh kat masjidil haram tu...rindunya..

Seronoknya membebel dlm blog nih..jumaat ni dateline kena htr abstrak utk postgrad seminar..br td first time jumpa Prof utk review abstrak tu..byk gak correction..esok kena kacau Prof lg utk re-review sebelum dptkn approval and submit jumaat before 5pm..

Merdeka?tak rasa pun macam nak sambut merdeka tahun ni..kerajaan pun tak berkempen sgt mungkin sbb banyak sgt masalah dalaman and sibuk dgn kes DSAI sampai tak sempat nak kempen merdeka..apa2 pun semoga Malaysia sentiasa aman dan damai di bawah lindungan Allah SWT.

Minggu depan dah start puasa..kejap jer masa berlalu..insyaAllah kita sama2 pertingkatkan ibadah dan amalan di bulan puasa ini..mana tahu kan puasa tahun ni adalah puasa yg terakhir utk kita? So, di kesempatan ini sy nk mintak maaf kepada semua yg membaca coretan2 di blog saya mana la tahu kalau2 ada ayat2 yg menyinggung hati sapa2 kan..maaf la yer..

SELAMAT BERPUASA SEMUA!!!