Tuesday, November 18, 2008

Pengajaran..

Assalamualaikum wbt..

Dah 6 hari arwah Farah pergi meninggalkan keluarganya…semoga rohnya tenang dan dirahmati Allah selalu. Arwah ni sedara aku, cucu kpd tok sedara aku. Umurnya baru masuk 19 tahun kot sebab tahun ni arwah sepatutnya menduduki peperiksaan STPM.Walaupun aku tak rapat dengan arwah tapi aku sentiasa menjadi saksi setiap peristiwa sedih yg menimpa keluarga arwah, sejak pemergian ibunya hinggalah kematian arwah. Dan setiap itulah aku tak mampu menahan airmata sebak melihat dugaan Allah pada keluarga mereka.

Keadaan di rumah mayat hospital putrajaya petang khamis hari tu memang sayu..sapa saja yg hadir pasti tersentuh dengan nasib yg menimpa keluarga arwah. Dari 7 beradik kini tinggal 4 beradik. Maha hebat dugaan Allah pada keluarga ini dan kisah mereka menyedarkan aku betapa bersyukurnya Allah beri kehidupan aku bahagia hingga ke saat ini.

Kalau tak silap kisah sedih keluarga ni bermula bila ibu mereka (kitaorg panggil ‘akak’) menderita sakit buah pinggang dan kencing manis tahun 2005 kalau tak silap. Anaknya yg sulung yg kitaorang panggil Long yg menjaganya. Ketika ibu mereka sedang tenat, abang (no.2) yg kitaorang panggil Ngah ditimpa kemalangan dan berada dalam keadaan koma. Lebih malang lagi isteri Ngah pula menuntut cerai setelah beberapa bulan suaminya koma. Long jugalah yg menjaga Ngah pada waktu tu..Sedang Ngah dalam koma, ibu mereka telah dipanggil mengadap Ilahi. Akak menghembuskan nafas terakhir dlm perjalanan ke hospital kajang. Selepas arwah akak meninggal dunia, suaminya kahwin lain dan tinggal bersama isteri baru. Anak-anak semua dijaga oleh Long yg dah pun berkahwin dan sekarang dah ada 5 anak. Beberapa minggu selepas arwah akak meninggal, Ngah pula dipanggil mengadap Ilahi setelah berbulan2 koma.

Beberapa bulan selepas itu, adik kepada arwah Ngah yg kitaorang panggil De’ pula ditimpa kemalangan masa on the way nak ke tempat kerjanya di shah alam. Nasibnya juga sama dengan arwah Ngah, koma dan akhirnya menghembuskan nafas terakhir di hospital universiti. Tabah sungguh aku tengok Long menghadapi dugaan yg menimpa walaupun kadangkala dia tak dapat menahan airmatanya dari jatuh bercucuran. Aku hanya mampu menenangkannya dan memberi sokongan agar dia tetap kuat.

Setelah arwah De’ pergi, tinggal lah mereka 5 beradik, Long, Ta (No.4), Teh (No.5), Farah (No.6) dan Ika (bongsu). Ta dah pun berkahwin dan sekarang dah punya sorang anak. Teh pula telah bekerja di sebuah hotel di putrajaya, manakala Farah dan Ika masih bersekolah masing-masing di tingkatan enam dan lima.

Kisah sedih mereka berulang lagi 2 minggu yg lalu bila Farah yg sejak kecil mengidap kencing manis tiba2 muntah dan minta dibawa ke hospital. Sampai di hospital dia pengsan dan doktor memaklumkan kepada Long yang Farah bukan sakit kencing manis seperti biasa, sebaliknya dia mengidap penyakit lain yg lebih serius dan telah mencecah tahap kritikal iaitu radang paru2 (pneumonia). Farah terus dibawa ke ICU dan doktor sahkan dia berada dlm keadaan koma. Aku sempat menziarah dia sewaktu di ICU dan kalau dilihat dari zahirnya, keadaan Farah tidaklah seteruk mana. Tak sangka Farah akan pergi meninggalkan kitaorang jugak akhirnya. Selepas 6 hari koma, malaikat maut telah menjemputnya pergi pada petang khamis lalu lebih kurang jam 2.30pm. Arwah dibawa balik ke kuala lipis lebih kurang jam 7pm untuk dikebumikan di tempat bersemadinya ibu dan kedua abang arwah keesokan harinya.

Sesungguhhnya ajl maut tidak mengenal usia,pangkat dan darjat..tiba masanya kita akan dijemput pergi mngadap Yang Maha Esa..Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka sekeluarga dan ditempatkan bersama roh orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Thursday, November 13, 2008

Tak puas hati..

Assalamualaikum wbt..

Tajuk entry: Tak puas hati?..Kenapa?Hmm..ni kes nak guna kupon sogo la ni..disebabkan kupon tu hanya boleh guna sampai 7 Dis je so semalam kitaorg pegi la sogo untuk menggunaka kupon tu..pening sungguh sebab dlm kepala otak takde mood untuk shopping..so susahnya la kitaorg nk cari barang nk beli..memandangkan kesuntukan masa, at last kitaorg decide nk belikan toys utk the kids..berkenan la dgn Dora The Explorer punya play-tent tu..harga dia RM179.90 after 10% discount..kupon yg ada RM60 so kitaorg kena add another RM120 la..lepas byr ingat nk check dulu kat kaunter tp bila org kat kaunter tu ckp bila dha bukak susah nk lipat balik, and kitaorg pun dah lambat, kitaorg pun ignore je la..terus balik...sekali bila bukak kat rumah..hampeh..harap mahal je..tapi tak kukuh langsung..sekali nabila tolak jer terus tumbang..pakai plastik je as tongkat tent tu..hampeh betul..cantik memang cantik tapi tak tegak elok macam tent biasa..kena pegi tukar dgn brg lain la gamaknya ni..tak puas hati betul!Terpaksa la pegi sogo balik ni...
ni la gambar play-tent yg kitaorg beli tu..




Hmm..hari ni dah siap prepare sample and control pH distill water utk start inoculation esok..next week memang busy la dgn labwork nampaknya..ni la baby MSc aku..


Wednesday, November 12, 2008

Bertukar wajah..

Assalamualaikum wbt..

Hari ni quite busy preparing sample utk start next experiment this friday tapi seems that dah agak boring dgn wajah blog lama, so amik masa jap to change my blog into the new looks..cerah sikit mata tengok..takdela 'ayu' sangat..hehehe...

So..ok.just got a call from my hubby ajak teman dia pegi kl to settle his visa (he's going to leave me alone with the kids)and alang2 tu nk pegi sogo sekali..hehe..sambil menyelam minum air la..so okla...nothing much to update..oh..by the way..this weekend ada tetamu kat rumah and may be they will stay longer memandngkan cuti sekolah dah mula..so quite busy la..dgn keje lab lagi..huh...hope i can handle all the matters..

Wish me luck!

Monday, November 10, 2008

KL-Manir-Cherating-KL

Assalamualaikum wbt..

Waa..hari ni dah masuk ofis balik..banyak keje2 lab yg nak dibuat nih..tp tu la..sebelum buat apa2 kena FB dgn blogging dulu..hehehe..dah nak tengahari ni..takpe petang karang masuk lab..nak prepare sample jer pun..hmm..just nak update..

Weekend hari tu kitaorang pegi K.Tgnu..attend wedding my cousin yg kawin dgn org Manir..bertolak dari KL lebih kurang pukul 6.30am (kesian budak2 kena angkat mausk kete tengah tidur)..and sampai K.Tgnu pukul 11.30am.. dlm pukul 2pm rombongan lelaki (termasuk kitaorang la)sampai umah pengantin perempuan..panas betul masa tu..kesian budak2 ni..my cousin ni anak bongsu my auntie..kiranya cousin lelaki yg aku paling rapat la..dah kawin dah ko ye Wan..semoga bahagia ke anak cucu..

Lepas wedding kitaorang singgah rumah my sister kat gong badak..mulanya ingat nk terus balik kl..tapi teringat pulak kat one of my friends yg dah terpisah sejak form 4 dulu..lama tu..dekat 12 tahun tu..dia dok kat chendering..nasib baik my hubby offer nak jumpa ke tak..so kitaorg dropped by la kat rumah dia kat kuarters LKIM kat pelabuhan chendering..best rumah dia..mengadap laut and port tempat ikan naik..lain betul dia..anak pun dua macam aku gak..swtandard la tu..hehe..

Kitaorg bertolak dari rumah dia lepas maghrib dah..and cari tempat nak check in cherating..malang sungguh nasib kami..semua hotel penuh..ingat nk check in holiday villa or the legend..penuh jugak...last sekali jumpa cherating bay resort depan residence inn tu..mujur ada lagi bilik kosong..so kitaorg check in kat situ la..esoknya lepas breakfast dlm pkl 12 tghr check out..pegi cari satar & otak2 kat kedai faveret yg selalu kitaorg pegi tu tapi tutup lagi..kena l beli kat tempat lain.hmm..not bad jugak satar & otak2 dia..beli keropok lekor & keropok keping sikit pas tu terus bertolak balik kl..my hubby biasa la..cherating-kl dalam 2 jam setengah jer..pkl 4pm kitaorg sampai bangi..

Kat rumah masa tengah kemas2 brg pulak, my cousin talipon bagitau one of my sedara yg dok kat shah alam dok kat ICU putrajaya..aku pun tak sure dia sakit apa...kalau tak silapkencing manis..sampai masuk ICU tu..budak lagi..baru nak masuk 20-an kot..perempuan..kesian dia..tp tu la..Allah tu MAHA mengetahui..dulu arwah mak dia meninggal kencing manis, darah tinggi,lepas tu arwah abang dia meninggal lepas koma eksiden berbulan-bulan, lepas tu pulak sorang lagi abang dia meninggal sebab eksiden jugak..dan sekarang dia pulak sedang bertarung nyawa..kesian betul..bapak dia pulak dah kawin lain lepas arwah mak dia meninggal and tak peduli sangat hal diaorang adik beradik..kaka dia yg sulung la yg jaga and tanggung semua adik beradik dia..ingat kejap lagi nak pegi tengok la kat hospital..

Oklah..ni some picture updates semenjak dua menjak ni...

Some pics taska Najwa py majlis konvokesyen..Najwa macam biasa kena jd tweety la..







Ni plak gamba my cousin yg kawin tu..

Tuesday, November 04, 2008

BZ seBZ BZnya...

Assalamualaikum wbt..

Lama jugak tak menulis kat sini..busy bebenor haa..ini pun baru je habis presentation utk postgrad seminar..fuhh..leganya…so nk kena siapkan progress report plak..nk kena submit before 9/11 nih…2/3 minggu ni agak stress sikit..banyak goals nk kena achieve..yg paling stress adalh masa interview dgn M**** hr tuh..fuh..mencabar sungguh..tak tahula..ada rezeki ada la..takde nk wat camner…habiskan je la MSc ni and baru apply keje..huhu…

The kids py update..hmm..last Saturday kakak ada event convocation playschool dia kat UKM..tensionnya bila dia tak nak join the groups buat persembahan..dia boleh dok tercegat je kat depan tu dgn buat muka tak puas hati dia..eee..geramnya rasa..tak taula macam mana nk buat ek..dia macam tak bergaul sgt dgn budak2 kat playschool dia tu..dah la ramai boys..nk tukar pun..sayang plak..tp every morning kalau nk pegi playschool dia mesti bad mood and pesan suruh mama keje sikit je..tp time amik petang nmpk ok je dia main dgn budak2 lain…unpredictable betul la….

Si adik pulak sekarang dah expert dah jalan..perangai pun bukan main dah sekarang.. pantang tak kena angina dia jer..terus sujud..merajuk la tu..pastu buat badan ala2 liuk lintuk gitu..heee..penat betul dibuatnya..kalau nk masak kat dapur memang tak bleh aman..dia dah pandai bukak pintu cabinet dapur and dgn bangganya menyepah2 kan apa yg ada…tak bagi kang dia mengamuk kacau kita masak..biar je la..tp penat plak la nak mengemasnya…huh..mencabar keimanan sungguh..

Next week kalau tak ada perubahan schedule papa akan berangkat ke kanada selama sebulan..huhu…tak tahula macammana nak survive sebulan papa takde tu..raya haji pun tak tahu lagi balik kampung ke idak ni..dengan keje MSc yg masih berlambak…huh..penat betul nk pikir la…tp apa2 pun by hook or by crook, life must go on.. .Cuma suffer sikit la..strees jugak bila pikir sempat ke habis MSc aku ni by middle of next year..huhu…takut!!!!

Oklah..nk prepare progress report ni..kang tak sempat nk amik signature Prof plak..tak bleh submit GS-11 aku nih..tak pasal2 sem ni dapat title TM karang..huhu…tidak!!!

So..everybody wish me luck and doakan ke’survivan’ku nanti ye!
Wassalam.