Wednesday, December 28, 2005

Kecanggihan Teknologi-Bawa Padah

Assalamualaikum wbt...

Hari tu aku terbaca dlm harian metro pasal kes remaja terlampau.Sedih betul aku baca betapa dasyatnya remaja2 BODOH yang bakal menerajui negara di masa akan datang (kalau sempat la..).

Kecanggihan teknologi terutamanya telefon bimbit yang pelbagai guna sekarang ni telah disalah gunakan oleh remaja2 yang tidak berakhlak..sapa sebenarnya yg harus disalahkan? Yang paling sedih mereka yang terlibat ni adalah anak2 melayu yang beragama Islam! Astaghfirullah...mana mak bapak mereka ni? Yaa Allah..rasa macam nak menangis pun ada..sedih..cukup sedih..mereka dgn tanpa segan silu merakam aksi2 lucah lepas tu sebarkan kpd org lain...apa yang patut kita lakukan utk mencegahnya?

Apa dah jadi dgn budak yg 'melakonkan' watak2 dalam video2 tu? Adakah mereka masih bebas dgn aktiviti2 sebegitu atau dah kena cekup dgn pihak berkuasa masuk pusat serenti atau dah kena kurung dgn mak bapak mereka atau dah kena bunuh oleh jantan2 keparat?

Aku pun tak tau apa nak jadi dgn dunia sekarang.Nak tunggu sampai Allah turunkan bala baru nak insaf ker?

Kepada sesiapa yg mempunyai video2 tersebut tolonglah delete kan dari telefon anda. Takde faedahnya anda simpan video2 macam tu..tambah DOSA lagi ada la...tak malu ke tengok anak bangsa sendiri buat macam tu..bayangkan macam anda tgk adik/kakak/anak anda yang buat macam tu...sanggup anda tengok?

Wallahua'lam...