Friday, February 22, 2008

MaRiLaH MaRi..PeRgi MenGuNdi..

Jom kita pakat tunaikan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia..walaupun mungkin sukar untuk memilih, pilihlah dengan menggunakan akal fikiran yg waras..jangan ikut nafsu dan emosi..yg penting kita dapat hidup dengan aman dan harmoni dalam negara Malaysia yang tercinta ini..
Tentu kita semua tak mahu tanahair kita ni menjadi seperti negara2 Islam lain yang huru-hara, sentiasa diancam bahaya, demonstrasi sana demonstrasi sini..kenangkan masa depan anak2 kita nanti...
Kita harus terima kenyataan yang negara kita ini mempunyai penduduk yg pelbagai kaum dan agama. Why don't kita hormatkan sesama manusia dan bahagikan apa2 sahaja secara adil dan saksama supaya semua puas hati. Dengan ini tidak akan timbul kemarahan dari mana2 pihak dari mana2 agama/kaum dan kita boleh hidup dalam aman dan sejahtera dalam negara kita..kerajaan yang memerintah pun tak yah pening2 kepala...
Ini tidak, sesama agama dan bangsa pun dok bertelagah, tak bersatupadu..kutuk mengutuk antara satu sama lain..org luar dok tepuk tangan..tak malu ke????Tak payah la dok cakap pasal agama kalau diri sendiri pun dok mengutuk orang suka2 hati jer...

TAK PAHAM BETUL LAAAA!!!!

No comments: