Assalamualaikum wbt…
Hari ni still nak cerita pasal politik..saya ni pun memang minat gak dgn masalah negara ni..teringin pulak nak aktif dlm politik..hehehe..tapi ini hanyalah sekadar pandangan peribadi saya yg memang tak arif dlm hal2 ni..just nk meluahkan perasaan yg terbuku ni..
Still waiting comments from che det..susah nak cakap sebab kita bukanlah orang yg tahu selok belok pasal ekonomi..Cuma dari pandangan seorang yg daif, perdebatan semalam tidak byk membantu dlm menangani masalah yg sebenarnya..nampaknya Shabery bukanlah lawan Anwar. Kenapalah Pak Lah atau Najib yg turun padang?
Secara peribadi, sedikit kecewa dgn hujah yg diberikan oleh Shabery yg asyik menyerang peribadi Anwar dan mengungkit peristiwa lama berulang2..walaupun mungkin fakta dan strategi yg dicadangkan oleh Anwar itu tidak relevan, sekurang2nya ada usaha di pihak Anwar utk menerangkan kpd rakyat mengenai cara utkmenangani masalah ekonomi negara, tapi di pihak Shabery langsung tidak menerangkan kpd rakyat mengapa kerajaan tidak perlu ditukar utk mengatasi masalah ekonomi negara. Pada pandangan saya, itu yg sepatutnya diterangkan kpd rakyat. Supaya rakyat tahu yg kerajaan yg ada sekarang ini mampu membela nasib rakyat tanpa perlu bertukar ke kerajaan baru.
Terlalu sukar untuk rakyat sekarang ini untuk membuat penilaian dan memilih pemimpin kerana pelbagai masalah. Pelbagai pandangan dari cerdik pandai mengenai debat semalam juga agak bervariasi. Ada yg mengatakan hujah Anwar tidak relevan, Shabery banyak memberi isi dlm hujah, Anwar byk membuat andaian mengikut logik akal manakala shabery menceritakan realiti sebenar yg berlaku tapi dinafikan oleh Anwar,pelbagai…
Mungkin debat seperti ini patut diadakan lagi tapi kali ini antara Anwar, Pak Lah@Najib dan juga Tun Mahathir. Dari sudut pandangan peribadi saya, Tun Mahathir lebih berpengalaman dlm mendebatkan isu ekonomi negara. Kenapa Pak Lah tak pegi mintak nasihat Tun M untuk membantu menyelesaikan masalah sekarang? Tolonglah Pak Lah..jgn ler ego sangat..apala salahnya berbincang dan dptkan nasihat dari mereka2 yg lebih arif…tolongla…
p/s: kawe meme suko politik nih..tapi tokdey nok bergiat aktif..banyok komitmen laing..kalu buleh nok jugok aktif politikni..tengok dari jauh jah la.
No comments:
Post a Comment