Tuesday, November 18, 2008

Pengajaran..

Assalamualaikum wbt..

Dah 6 hari arwah Farah pergi meninggalkan keluarganya…semoga rohnya tenang dan dirahmati Allah selalu. Arwah ni sedara aku, cucu kpd tok sedara aku. Umurnya baru masuk 19 tahun kot sebab tahun ni arwah sepatutnya menduduki peperiksaan STPM.Walaupun aku tak rapat dengan arwah tapi aku sentiasa menjadi saksi setiap peristiwa sedih yg menimpa keluarga arwah, sejak pemergian ibunya hinggalah kematian arwah. Dan setiap itulah aku tak mampu menahan airmata sebak melihat dugaan Allah pada keluarga mereka.

Keadaan di rumah mayat hospital putrajaya petang khamis hari tu memang sayu..sapa saja yg hadir pasti tersentuh dengan nasib yg menimpa keluarga arwah. Dari 7 beradik kini tinggal 4 beradik. Maha hebat dugaan Allah pada keluarga ini dan kisah mereka menyedarkan aku betapa bersyukurnya Allah beri kehidupan aku bahagia hingga ke saat ini.

Kalau tak silap kisah sedih keluarga ni bermula bila ibu mereka (kitaorg panggil ‘akak’) menderita sakit buah pinggang dan kencing manis tahun 2005 kalau tak silap. Anaknya yg sulung yg kitaorang panggil Long yg menjaganya. Ketika ibu mereka sedang tenat, abang (no.2) yg kitaorang panggil Ngah ditimpa kemalangan dan berada dalam keadaan koma. Lebih malang lagi isteri Ngah pula menuntut cerai setelah beberapa bulan suaminya koma. Long jugalah yg menjaga Ngah pada waktu tu..Sedang Ngah dalam koma, ibu mereka telah dipanggil mengadap Ilahi. Akak menghembuskan nafas terakhir dlm perjalanan ke hospital kajang. Selepas arwah akak meninggal dunia, suaminya kahwin lain dan tinggal bersama isteri baru. Anak-anak semua dijaga oleh Long yg dah pun berkahwin dan sekarang dah ada 5 anak. Beberapa minggu selepas arwah akak meninggal, Ngah pula dipanggil mengadap Ilahi setelah berbulan2 koma.

Beberapa bulan selepas itu, adik kepada arwah Ngah yg kitaorang panggil De’ pula ditimpa kemalangan masa on the way nak ke tempat kerjanya di shah alam. Nasibnya juga sama dengan arwah Ngah, koma dan akhirnya menghembuskan nafas terakhir di hospital universiti. Tabah sungguh aku tengok Long menghadapi dugaan yg menimpa walaupun kadangkala dia tak dapat menahan airmatanya dari jatuh bercucuran. Aku hanya mampu menenangkannya dan memberi sokongan agar dia tetap kuat.

Setelah arwah De’ pergi, tinggal lah mereka 5 beradik, Long, Ta (No.4), Teh (No.5), Farah (No.6) dan Ika (bongsu). Ta dah pun berkahwin dan sekarang dah punya sorang anak. Teh pula telah bekerja di sebuah hotel di putrajaya, manakala Farah dan Ika masih bersekolah masing-masing di tingkatan enam dan lima.

Kisah sedih mereka berulang lagi 2 minggu yg lalu bila Farah yg sejak kecil mengidap kencing manis tiba2 muntah dan minta dibawa ke hospital. Sampai di hospital dia pengsan dan doktor memaklumkan kepada Long yang Farah bukan sakit kencing manis seperti biasa, sebaliknya dia mengidap penyakit lain yg lebih serius dan telah mencecah tahap kritikal iaitu radang paru2 (pneumonia). Farah terus dibawa ke ICU dan doktor sahkan dia berada dlm keadaan koma. Aku sempat menziarah dia sewaktu di ICU dan kalau dilihat dari zahirnya, keadaan Farah tidaklah seteruk mana. Tak sangka Farah akan pergi meninggalkan kitaorang jugak akhirnya. Selepas 6 hari koma, malaikat maut telah menjemputnya pergi pada petang khamis lalu lebih kurang jam 2.30pm. Arwah dibawa balik ke kuala lipis lebih kurang jam 7pm untuk dikebumikan di tempat bersemadinya ibu dan kedua abang arwah keesokan harinya.

Sesungguhhnya ajl maut tidak mengenal usia,pangkat dan darjat..tiba masanya kita akan dijemput pergi mngadap Yang Maha Esa..Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka sekeluarga dan ditempatkan bersama roh orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

4 comments:

cikJintan said...

*speechless*
Al-Fatihah

raihan hassan said...

takziah ut yus n family...saya pula bila bc n3 ni..sesungguhnya kehidupan,ajal dan maut bkn kita yg merancang..

mommy otai said...

ermm so sad..takziah tuk famili

Mama Danish said...

isk sedih arr bace cite kak yus nih..takziah gak