Assalamualaikum wbt...
Entry ke-2 hari ni after entry luahan perasaan pagi tadi..balik rumah sidai kain etc and terus bukak labtop sbb nk update dgn gso pasal deferment approval..ok dah..sambil2 tu tengok program nasi lemak kopi O kat TV9.discuss pasal palestin la yg semakin teruk dikerjakan oleh orang Yahudi yg langsung takde perikemanusiaan..Siapa Israel sebenarnya?Aku pun nk gak study sikit psl puak Israel ni..
Israel sebenarnya lebih kepada sebuah jajahan takluk semata-mata oleh yahudi zionis di Asia Barat.Islam tidak mengiktiraf kenegaraan Israel walaupun Israel telah mencanangkannya pada dunia. Pada tahun 1947, Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu PBB memutuskan untuk membahagi-bahagikan daerah mandat British, iaitu negara Palestin. Keputusan ini ditentang keras oleh negara-negara Timur Tengah serta negara Muslim lain di seluruh dunia. Menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu PBB, kaum Yahudi perlu mendapat 55% dari seluruh wilayah tanah di Palestin tersebut meskipun penduduk Israel hanya merupakan 30% dari seluruh penduduk di daerah ini. Manakala Baitulmuqqadis, Muslim dan Kritisan dirancang oleh mereka untuk dijadikan kelompok bandar antarabangsa.
Israel mendapat kemerdekaan pada tanggal 14 Mei 1948. Namun keesokan harinya, Israel telah diserang oleh tentera Islam dari negara Lubnan, Syira, Jordan, Mesir, Iraq serta negara Arab yang lain.Peperangan ini adalah satu usaha bagi merosakkan rancangan jahat Israel dari merampas tanah suci Palestin.
Walaubagaimanapun, dalam peperangan ini, Israel telah mengalahkan tentera bersekutu Islam tersebut malah merampas lebih kurang 70% dari keluasan wilayah Palestin.
Dan kini Israel semakin ganas dan kejam membedil dan mengebom rakyat palestin yg tidak berdosa..apa tujuan mereka sebenarnya?Kenapa negara Islam lain takut utk bertindak?Betapa besarnya pengaruh Yahudi ke atas seluruh negara2 dunia hinggakan tiada siapa yg berani bersuara..Apa yg perlu kita buat sebagai tanggungjawab kita membantu saudara Islam kita?
Mungkin kita tak mampu utk berjuang menggunakan senjata fizikal..tetapi mungkin satu2nya cara yg kita boleh lakukan utk membantu mereka ialah memboikot segala yg berkaitan dgn Yahudi..boikot ni bkn saja produk2 yg berkaitan tapi juga cara hidup yahudi yg sekarang ni semakin menular di kalangan remaja2 Islam. Nau'zubillah...
Antara produk2 yg selalu digunakan tapi harus diboikot adalah
1) McDonalds (xleh mkn prosperity burger dah)
2) KFC (yg ni x sure mgkin blkeh check dlm web JAKIM)
3) Johnson & Johnson (brg baby selalu guna brand ni)
4) Brylcreem (hubby guna minyak rambut ni)
5) Disney (slalu gak bli bajuk brand ni utk anak2)
6) Danone (biskut2)
7) Carrefour (haha..selalu beli brg dapur kat pasaraya ni)
8) Maybelline (brg make-up aku ni..nk tukar brand apa ek?)
9) Nestle (kitkat Najwa suka tu..)
10) Maggi (stok byk kt rumah..huhu..dr kecik dok bai duit kat israel bei maggi nih..ceh..)
11) Ambi Pur (pewangi dlm kereta aku ni)
12) Kotex (kena tukar brand lain dah ler..)
13) Huggies (nasib baik dha tukar pakai Drypers)
14) Kimberly-Clark (tisu kat lab byk pakai brand ni)
15) Nokia (handset hubby..aku dah tukar sony ericsson)
Byk jugak nak kena tukar ke brand lain ni..kuat betul pengaruh Yahudi ni kan?dari kita kecik lagi kita tak sedar yg kita dah secara tak langsung 'menderma' kepada Yahudi..Nau'zubillah..so mulai hari ini tak nak beli dah produk2 ni..habiskan stok yg ada..nk cuba caroi alternatif produk2 keluaran orang Islam..
Wallahua'lam.
1 comment:
ye laa..kbykn kite guna brg puak2 ni laa..adehh..kena boikot nih..tk se guna dh phni..huhu..
Post a Comment