Thursday, February 12, 2009

Kutu kepala..

Assalamualaikum wbt...

Hmm..jap td Najwa mengadu gatal kepala..aku pun try la selak2 rambut dia..sekali jumpa TELUR KUTU!!!Adus...leceh betul ni..dh mula dah..ni la risiko nya budak2 kat nursery/taska/sekolah..bila ada pembawa semua kena...banyak gak aku dpt 'tindas' telur kutu tu td..ada la dlm 7-8 biji (biji ke penjodoh bilangan dia?hehe)..esok kena pegiklinik mtk ubat kutu ni..karang dgn aku2 sekali berjangkit kutu tu..ni info psl kutu kepala yg aku jumpa

Kutu Kepala

Kutu kepala adalah serangga yang pipih dan tidak mempunyai sayap. Kutu kepala hidup pada rambut manusia. Panjang kutu kepala adalah kira-kira 2-4 mm dan mereka biasanya ditemui pada kulit kepala di bahagian belakang. Kutu kepala menghisap darah manusia. Semasa menghisap darah, air liur mereka tertumpah pada kulit kepala. Ini menyebabkan rasa gatal.

Kutu kepala betina menghasilkan kira-kira 6 biji telur setiap hari. Telur ini yang dipanggil ‘nit’, adalah terlekat dengan kuat pada pangkal rambut. Telur ini menetas dalam masa satu minggu, dan menghasilkan lebih banyak kutu. Kutu kepala tidak hanya memilih persekitaran yang kotor sahaja. Mereka hidup dalam keadaan rambut yang bersih mahupun yang kotor. Masalah kutu kepala adalah biasa di kalangan kanak-kanak sekolah.

Kitar hidup

Kutu kepala menyerang pada kulit kepala. Parasit-parasit ini makan dengan menghisap darah perumah mereka. Kutu betina menghasilkan telur yang melekat kepada bahagian bawah lembaran rambut. Telur kutu ini akan menetas dalam masa 8 -10 hari dan menjadi matang dalam masa 2 minggu dan seluruh kitar hidup akan bermula lagi. Kutu kepala dapat disebarkan daripada seseorang kepada orang lain sama ada dengan merangkak atau jatuh ke atas pakaian atau cadar dan berpindah ke perumah lain, atau melalui perkongsian aksesori rambut seperti sikat, berus, tuala dan sebagainya.

Simptom
v Rasa yang sangat gatal pada kulit kepala atau di belakang telinga dan leher.
v Sentiasa menggaru sehingga menyebabkan ruam yang kerapkali kelihatan di belakang
telinga.
v Bintik-bintik putih pada rambut (iaitu telur kutu) yang melekat kepada rambut.
v Nodus limfa yang bengkak di sebalik telinga dalam keadaan yang teruk.
v Dalam kes-kes yang teruk, jangkitan bakteria sekunder mungkin berlaku pada kawasan
kulit yang pecah akibat digaru dengan kuat.

Apa yang anda boleh buat

v Gunakan syampu berubat atau losen kutu kepala (Tanya doctor atau ahli farmasi mengenai losen yang sesuai) untuk membunuh kutu. Keringkan rambut anda dengan sempurna,kemudian buangkan semua kutu yang mati dan telur kutu dengan sikat yang bergigi halus(sikat kutu). Ulangi rawatan sekali setiap minggu yang berikutnya sehingga semua kutu yang baru menetas dibunuh. Ini kerana syampu ini tidak membunuh telur kutu. Contoh losen yang boleh digunakan untuk merawat kutu kepala adalah seperti losen yang mengandungi lindane (gamma benzin heksaklorida) dan permethrin. Bagi kanak-kanak, lindane harus digunakan seperti yang diarahkan. Penggunaan yang berlebihan akan menyebabkan kesan mudarat yang teruk. Secara umumnya, bagi rawatan yang lengkap,sapukan produk tersebut (50 ml losen atau 50-100 ml pembilas krim) pada kulit kepala lebih kurang 2 kali dengan selang masa 7 hari di antara kedua-duanya. Kulit kepala harus dibalut dengan tuala dan ubat harus dibiarkan di situ selama sekurang-kurangnya 12 jam.
v Buangkan telur kutu – Celupkan sikat bergigi halus ke dalam cuka suam sebelum menyikat rambut, kerana cuka boleh melonggarkan bahan seperti gam yang melekatkan telur kutu kepada rambut.
v Periksa rambut ahli keluarga dan rawat jika perlu. Elakkan daripada menggunakan losen kutu pada bayi di bawah usia 1 tahun dan wanita hamil. Dalam kes-kes ini, pembuangankutu secara manual harus dilakukan secara perlahan-lahan.
v Topi harus dicuci-keringkan.
v Semua berus dan sikat dan bahan lain yang telah digunakan pada rambut yang telah
dijangkiti dengan kutu kepala harus direndam dalam losyen kutu atau alkohol selama
beberapa jam, dicuci dan dikeringkan sepenuhnya.
v Semua cadar dan alas kerusi harus dicuci dengan air panas dan dikeringkan di bawah
cahaya matahari atau dalam kitar panas mesin pengering.
v Vakumkan semua tilam, permaidani, alas kaki dan perabot yang dibalut dengan kain.
v Bagi jangkitan sekunder pada ruam atau calar, berjumpalah dengan doctor untuk rawatan.
v Gunakan semua ubat kutu seperti yang diarahkan.

Pencegahan

v Elakkan daripada berkongsi berus, sikat dan aksesori rambut dan sebagainya.
v Elakkan daripada berkongsi tuala.
v Jangan menghantar kanak-kanak yang diinfestasi kutu ke sekolah sehingga mereka telah dirawat dengan sempurna.

Aku pun tak perasan sejak bila dia membela telur kutu di kepalanya..masalah..masalah...

Wassalam

5 comments:

rauhunt said...

guno la sisir kapit

Anonymous said...

ish cepatnyo telur kutu tu nettah..erm sisir kapit..lamo doh tok napok sisir kapit

YuS~N3 said...

tu la..kt psr mlm bangi kt shell tu ado lagi kot jual sisir kapit tuh..

mommy otai said...

cha pon ritu keno jgk..jangkit sepupu jah..sedar2 siap ado ibu kutu dale 20ekor..tidaakkk...
tkleh tdo dih selagi tk hbes cari kan...kann....

YuS~N3 said...

hmm..so far ok doh..3 mlm berturut balut ppalo dio dgn ubat kutu beli kat klinik tu..nasib baik..