Friday, October 17, 2008

Jamuan Raya PPTS 2008

Assalamualaikum wbt..

Nak citer pasal jamuan raya PPTS 2008 yg telah berlangsung pada 15/10 hari tu..best jugak..kitaorg rewang masak kat pkc..ni antara gambar yg sempat dsnap..

Sebelum kejadian..






Semasa Kejadian..




Selepas kejadian...
1. sesi tapau menapau





2. Sesi mengemas..






Tapi masa makan tak sempat nak ambik gambar pun sebab masing2 khusyuk mengunyah daging kambing BBQ...sedap walaupun liat..And yg paling best tu masa jamuan ni eden bawak ler kek batik..tak disangka mendapat sambutan yg hangat..siap dapat 2 tempahan lagi..bleh wat bisnes nih..hehehe..

Monday, October 13, 2008

Nak share produk menarik

Assalamualaikum wbt..

Just nak share satu produk kesihatan yg menarik untuk dicuba..
Ia merupakan produk kesihatan yang dhasilkan menggunakan ramuan herba tempatan dan makanan sunnah - madu, zaitun, tiin, kurma, za'faran, habbatus sauda', air zam-zam, gingko biloba, sireh dan berbagai herba terpilih khusus untuk kesihatan dan kekuatan dalaman dan luaran lelaki dan wanita. Ia dapat membantu membekalkan tubuh badan dengan nutrien dan zat penting. Dan yang paling penting produk ini dihasilkan dengan piawaian Amalan Pengilangan Islam untuk memelihara kesucian rohani produk.

Bagi sesiapa yg berminat untuk mencuba boleh hubungi saya @ 012-2757875. Harga untuk satu botol cuma RM71.90 dan bagi sesiapa yg berminat untuk menjadi pembekal juga dialu-alukan. Produk ni baru saja muncul dan ianya adalah satu2nya yg terawl dipasaran yg mematuhi syarat pengilangan Islam. Halal & Suci.



Semoga usaha ini akan mendapat sambutan masyarakat Islam serta keredhaan daripada Allah jua, Insya Allah.

Friday, October 10, 2008

Entry raya 2008

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah..hari ni dah masuk hari ke-10 syawal dan kita semua masih diberi peluang utk menikmati hidup oleh Allah SWT. Hmm..citer pasal Aidilfitri tahun ni?..macam biasa jer..bezanya tahun ni anak2 dah makin besar..Najwa dah semakin kenal erti raya and Nabila dah boleh jalan sikit2..tahun ni kitaorg tak berjalan sgt..entahlah kenapa..malas betul..just pegi umah my mak sedara, umah nenek and abang2 hubby..rasanya lama jugak kat kampung tapi tak terasa sgt..nak pegi umah kawan2 pun tak sempat..banyak habiskan masa lepak kat rumah je..penat dok bergilir rumah mak & mertua jer..

First day raya kat rumah my parents kat tanah merah..just me & kakak no 3 jer yg balik..my first brother beraya kat medan, kakak yg 2nd kat rumah dia (dkt jer dgn umah mak), abang yg no 4 beraya umah mertua dia kat Melaka..so tinggal me & my sister je la…mak masak nasi dagang and tempah roti jala jer pagi raya..for sure tahun ni still tak dpt pegi semayang raya sebab si kecik tu belum boleh dicontrol lagi..

Cuma raya tahun ni ada kisah yg mungkin tak dpt dilupakan..berkaitan dgn kes yg diceritakan dlm my previous entry about budak kontrakstor yg buat porch kitaorg tu..kes tu berlarutan sampaikan hubungan mak & adik beradik my hubby dgn family abang dia (abg ipar kpd budak hingusan tu) agak dingin…apa2 pun my hubby dah bersemuka dan jelaskan segala buktiyg ada kat abg dia tu..lantak dial ah nak percaya ke tak…tp yg nyata dia lebih percayakan adik ipar dia dr adik sendiri..akhir kisahnya…see you in court la…

Duit raya?hmm..budget raya tahun ni memang agak banyak la berbanding sebelum2 ni..bab baju anak2 jer dah beratus2..biskut raya..duit raya..hmm..lepas raya ni kena budget la sikit..huhu..yg lagi tak puas hati tu…tak byk pic yg dpt disnap..hubby pun tak beriya sgt nak snap gamba best2..hmm..nasib ler..

Lepas raya ni byk keje nak kena buat..huhu..hopefully dpt siapkan labwork by early next year so boleh tumpu pada thesis writing jer..and cari keje..hehehe…okla..nak analyze data plak..ni antara gamba yg sempat disnap di pagi raya..



Wassalam

Wednesday, September 24, 2008

Akibat nak tolong sedara aka 'worih'

Assalamulaikum wbt..

Alkisah suatu cerita, kononnya bermula di sebuah desa, rakyatnya berbilang bangsa..eh..tiba2 je teringat lagu tema ni..kalau sapa2 ingat dulu2 masa zaman saya sekolah rendah (80an) ada sitkom kalau tak silap tajuk dia 'Hikayat Hang Setia'..layan jugak la masa kecik2 dulu..dlm citer tu ada watak Hang Setia + Hang2 lain dan Dang Wangi + Dang2 lain yg tak dpt diingat...

Hmm..sebenarnya nak citer pasal tajuk entry kat atas tu..disebabkan nak tolong sedara punya pasal..my hubby semalam dpt sms berbentuk ugutan. Tak pasal2 budak tu nak marah my hubby tau..citernye mcm ni...

KItaorg buat renovation skit utk extend porch kat depan rumah tu. Pada awalnya kitaorg buat dgn ada kontraktor cina tu..dah byr 40%, nasib malang menimpa..kontraktor tu hilang tanpa jejak..then masa kita buat kenduri kesyukuran hr tu, my hubby punya sister in law punya adik yg dok kat kl (bagi nama dia si P) ada dtg and kebetulan dia pun buat keje yg jenis2 renovate rumah la..bila citer2 dgn hubby dia sanggup nak buat. so oklah..hubby pun pikir2 bolehla..dpt juga tolong sedara katanya..sekali sedara makan sedara daa..byk sgt problemnya..mula2 pekerja indon dia jual besi yg ada kat depan rumah kat lori yg beli besi tu, nasib baik ada jiran depan rumah tu nampak..bila tanya mula2 tak nak ngaku..at last terkantoi jugak.

Lepas kejadian tu, si P ni pun tukar la pekerja indon dia yg lain..okla..dtg la buat keje 2/3 hari..lepas tu tak dtg..kereta rosak la..talipon anak buang dlm kuali la..macam2 alasan..janji nak datang, tak datang pun..banyak kali jugak..sampai kitaorg dah malu dgn jiran sebelah..nasib baik kitaorg bayar ikut progress keje sebab takut kena tipu kan..bila 3/4 hari tak datang..call pun tak angkat..hubby dah rasa semacam la..so my hubby pun sms la dia..ckp la dgn dia ingatkan nak tolong sedara, sekali sedara makan sedara..malu dgn jiran2..tak sangka pulak si P ni boleh balas sms tu dgn kata2 yg kesat + maki hamun..siap ugut nak ajar kalau jumpa kt kelate..gila punya org..patutnya kita yg marah dia sebab buat keje tak siap, dia plak yg marah macam nk giler kat kita..agaknya dia marah sebab kitaorg tak bagi semua duit kat dia kot..memang tak boleh pakai la budak P ni..hampeh..kesian my hubby..kitaorg decide nak report polis takut juagk kan apa2 jadi..org macam tu bukan boleh pakai tu..risau jugak..yg peliknya si P nilangsung takde rasa malu dgn sedara sendiri..kalau kitaorg tunjuk sms dia kat kakak dia, tak tahu la apa jadi...buat masa ni kitaorg simpan dulu sms tu..hopefully takde la benda2 buruk yg jadi..nau'zubillah..

Begitulah ceritenyer..tu la..memang mencabar keimanan betul di bulan puasa nih..semoga Allah beri petunjuk kepada si P.

Oklah..kejap lagi nak balik dah..and mungkin lepas raya la baru boleh bukak balik blog nih..so until then,nak amik kesempatan nak ucap SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR & BATIN..Semoga hari raya tahun ni membawa keberkatan dan kebahagiaan kepada kita semua..Aminnn.


p/s: kengkawan yg dekat tu, jemput la dtg rumah..

Monday, September 22, 2008

Berbuka @ Kagumas

Assalamualaikum wbt..

Hari ni kitaorg try cuba test gi bukak puasa kat Kagumas yg letaknya hanya 3 minit dari rumah kitaorg..asyik lalu je tiap2 hari tp tak pernah masuk..so today last minute decision kitaorg nak try la buffet bukak puasa kat situ..RM30/person..nak kata best tu takde la sgt..tp boleh la..kekenyangan yg amat la..but all the food dkt situ memang tak pedas and sgt ssuai utk budak2..Najwa & Nabila pun makan banyak gak..antara menu yg ada nasi biasa dgn lauk ikan keli masak merah, sayur campur, gulai lemak ikan kering & masak lemak cili padi daging salai. Steambot pun ada gak..tapi udang dia tak fresh sgt tak macam yg dekat Seoul Garden Restoran yg kitaorg pegi dulu..lagi..ada mee/kuew tiau/bubur/ikan, daging, & kerang bakar. Overall, okla utk RM30 tu..tempat pun agak selesa coz kitaorg amik yg kat dlm bilik ada aircond..bagi yg nak menghirup udara luar pun ada tapi agak sesak sikit la..ni antara pic yg sempat disnap sbb sibuk dok melayan si kecik tu makan..



Kejap jer rasanya..hari ni dah masuk hari yg ke-22 kita puasa dan lebih kurang seminggu je lagi nak sambut raya..so far kitaorg py persiapan raya agak complete dah la..me myself tak ada apa pun..banyak fokus kat the kids..rambang mata btul tgk baju budak2 nih..Nabila pun nampaknya dha berani bangun and menapak lebih advance..so raya ni boleh la berjalan peragakan baju kurung dia..dah berjalan baru best nak pakaikan dia gaun..Biskut raya?masih ada yg belum siap..hehe..almond london ada sebalang lagi tak salut..tak sempat..nak fokus pada literature review yg kena submit seminggu lepas raya..this coming thursday ada kelas Prof nak check progress kitaorg..huhu..(tp sempat lagi melalut dlm blog nih..hehe..tenangkan fikiran jap)..actually sekarang ni pukul 1.40am..since weekend hari tu stay up utk siapkan literature review ni..bukan senang sebenarnya..nampak jer macam senang..

Oklah..nak upload gamba my daughters pun agak kemalasan..so next time la..nak continue writing my literature review nih...kejap lagi karang nak masak utk sahur plak...selamat tidur semua!!!

Monday, September 15, 2008

Dapat hadiah & entry semalam

Assalamualaikum wbt..

First of all nk say TQ to my senior, k'wan yg sudi bagi hadiah ni


Timakacih banyak2..
2nd one, nak upload entry yg tak sempat diupload..

Entry ni ditulis pada 14 sept 2008 jam 4.18am tp baru upload hr ni..hehe..

Sekarang jam 4.18am..nak tido takut terlajak sahur hubby plak..lepas sahur kang baru tido la..tadi dok mengadap biskut cornflakes dapatla 100 cup kot. Time rakyat jelata tu tido aman sikit buat keje..kalau tak memang kirim salam ler..nasib baik mata ni boleh layan tak mengantuk.lagipun tadi masa tidurkan si kecik tu dlm pkl 9pm dah layan lena dah..tak sedar langsung sampai pkl 12.30am. Hubby keluar pegi hospital jenguk my cousin pun tak sedar..oh ya..ptg tadi my cousin kena tahan kat ward kat pusat rawatan islam az-zahrah dekat dgn my rumah ni..demam and muntah2..doktor kata ada jangkitan virus..hopefully he will recover soon..kesian tunang dia kat tengganu sana.mesti risau..

Dah la my cousin tu baru je menghadapi peristiwa rompakan kat rumah kakak dia (my cousin jugakla) kat bdr baru salak tinggi..nasib baik perompak yg buat keje tu indon2 yg tak professional..so takde la teruk sgt..tapi the whole family kena ikat la except my cousin yg masuk wad tu sbb dia sempat mengurungkan diri dlm bilik dia dan menahan tendangan 3 perompak yg nak buka pintu bilik dia..so dia sempat call 999 mintak bantuan. Selamat la labtop & handphone dia. Bila dah bising2 tu jiran sebelah bunyikan alarm kereta and perompak tu lari. Diaorang sempat grab 5 biji hp (3 yg jenis 3G punye), barang kemas kepunyaan mertua sepupu yg kebetulan ada kat rumah dia and duit dlm rm400. Alhamdulillah takde sapa2 yg cedera..

Risau jugak bila dgr kes2 rompakan macam tu. Nak2 pulak baru jer keluar berita yg kes rompak & bunuh tu..ngeri sungguh. Manusia sekarang ni dah takde perikemanusiaan..dah lebih kejam dari binatang..especially indon2 ni..memang jenis yg tak sedar diri..sorry la kalau ada yg terasa tp bukanla nak tujukan pada semua, segelintirnya la..tapi memang mostly indon yg byk terlibat dlm kes2 macam ni..dah la dok dlm negara orang, buat hal plak..tembak jer..senang citer..

Hmm..tadi call ayah kat mekah, diaorg akan tawaf wida’ pkl 2.30am (waktu mekah) dan terus bertolak ke airport Jeddah. Dari Jeddah diaorg akan transit di Jordan kemudian Bangkok then baru ke KLIA. Jauh sungguh perjalanan..dijangka sampai KLIA pkl 10pm mlm isnin. Hopefully semuanya berjalan lancar dan mereka selamat kembali ke tanahair. Bestnya dpt berpuasa dan bertarawikh di mekah..tadi tengok siaran langsung solat terawikh kat masijidil haram rasa macam syahdunya..rindu plak rasanya nak duduk dlm masjidi lharam tu..sejuk je..insyaAllah kalau dipanjangkan umur dan diizinkan Allah, nak sangat kembali ke tanah suci tu.

Hmm..okla..dah pkl 4.45 am ni..nk masuk dapur dah..kejap lagi dah boleh kejut hubby bersahur..chow!

And hari ni..i'm still writing my literature review yg entah bila la nak siap nih..jenuh jugak nak mengarang sebab dah lama meninggalkan bidang karangan nih..huhu..tinggal 10 hari lagi before class utk check progress..hopefully this week dpt ler siap..adios!

Wednesday, September 10, 2008

Grab je lah

Assalamualaikum wbt..

At last dapat jugak baju kurung raya for me and the kids..ptg semalam balik awal sikit and singgah pkns bangi..ada la jumpa baju kurung for the two princess yg sedondon dgn baju papa,ada size utk 2 org tu so grab je la..kain cotton bunga kecik2 rm59/pair. ok lah..for me? grab je sepasang baju kurung china silk yg corak dia ada la kaler yg sedondon dgn baju papa..dah malas dah nak cari2 tpt lain..so agak complete la shopping raya tahun ni..ops ada lagi tak cukup..baju kakak kena beli lagi kot sepasang dua and baju tidur kakak pun mostly dah tak boleh pakai..kecik..tinggal brp pasang je yg boleh pakai..kena beli saiz baru..me pun nk cari sandal la sepasang..hehe..ala..tudung pun kena beli gak..kena pegi shopping lagi la ni..baju utk ayah & mak pun tak beli lagi..ler..banyak la plak..weekend ni la..

Next week nak fokus biskut raya plak..teringin pulak nk blajar buat cupcakes..hehe..ntah jadi ntah tak..tengok ler..kalau sempat...ops..next week my parents akan pulang dari mengerjakan umrah..hmm..nampaknya kena buat majlis bukak puasa la ni kat rumah..paling kurang 4 family jugak ni..kena start cari menu nak masak ni..hehehe.

Bila la nak siap literature review ni?adus..ingatkan next week nak start fermentation tp elisa reader kat lab bwh rosak la plak..tak bleh nak analyze sample..kang contaminate plak sample aku macam hari tu..tak larat nak repeat..hold dulu la sampai alat tu sembuh..

so ok la..kejap lagi nak start tadarus plak..hmm.ckp psl tadarus ni..tahun ni agak laju jugak pada awalnya sebab ramai..tapi skrg dah slow sikit sbb ahli berkurang..tinggal 4 org je..itupun gilir2 'cuti'..yg permanent sorang jer..hehe..so far dah masuk juzuk 18 dah..alhamdulillah..

ok.chow chin chau!

Tuesday, September 09, 2008

Puasa & Shopping Raya

Assalamualaikum wbt..

Hari ni dah masuk hari ke-9 puasa..alhamdulillah kita masih diberi kesihatan untuk melaksanakan ibadah puasa dgn sempurna. Sahur buat masa ni hanya missed sekali jer..ok la tu!

Well..time ni memang dah ramai yg sedang bertungkus lumus membuat persiapan raya..tapi mungkin ramai yg noticed that tahun ni promosi jualan biskut raya agak berkurangan..mungkin sebab barang2 dah naik harga kot..kat ofis saya ni ada org promote almond london RM42/100pc.Kalau tak silap last year baru RM35kan? buat sendiri la jawabnya...minggu depan nak amik cuti 1 or 2 days buat biskut raya.buat yg simple2 dah le..2 or 3 jenis..yg wajib almond london dgn biskut cornflakes la..

Kat pasar ramadhan pun nampaknya kuih muih agak berkurangan..lauk-pauk banyak la..ramadhan kali ni lauk untuk bukak puasa memang beli je la kalau hari keje..tak sempat nak masak dgn si kecik tu lagi..masak utk sahur je..

Shopping raya?hmm..so far si kecik dgn papa dia dah dpt baju raya masing2..kakak dah ada 3 pasang..cuma baju kurung belum cari lagi sbb susah la nak dpt baju kurung yg sama kaler & corak utk 2 beradik ni..mama belum beli apa pun lagi..just dpt levi's dari papa for this year b'day present..baju kurung mama pun belum lagi..tema tahun ni turquoise kaler..biasanya tema raya akan ikut kaler baju melayu papa yg dia berkenan..tahun lepas kaler apa ek?maroon kot..tak ingat dah ler..tp sejak 5 tahun kawin,kaler tema - biru,merah, biru balik, dark green, maroon. tahun ni tahun ke-6. Azam time raya tahun ni mesti kena amik gambar satu family sbb raya2 sebelum ni asyik tak sempat je nak amik gambar kitaorg 1 family..insyaAllah..

And the best is tahun ni first raya turn rumah parents i...so tak yah le sibuk kena masak pagi raya..hehehe...(ayat menantu yg ala2 hantu ni)..kat rumah i my mom is the best chef in the world..betsnya kalau dpt makan gulai itik yg mak masak pagi raya..fuh!And nampaknya tahun ni memang tak boleh pegi semayang raya sbb si kecik tu belum pandai lagi..tahun depan insyaAllah.

Nabila hopefully raya ni dah boleh berjalan..baru best pakai baju kurung & gaun..oh ya..citer pasal gaun lupa lak nk story pasal saya pegi sogo masa member's sale last weekend..masyaAllah..lautan manusia..nak bayar kena beratur dekat 2 jam.itu baru kat department kanak-kanak..sesak betul..tapi berbaloi jugakla dpt baju budak2 ni 3 pasang kot sorang..mama dapat ladylike je sehelai..itupun kali kedua pegi mlm last sale.ingat nak usha handbag 50% + 70%..tapi tak sempat la..tahun depan ler..

So okla..sampai di sini dulu utk kali ini..hehehe..actually saya ni kena siapkan literature review utk subject reserach topics. 25th ni ada class utk check progress before submit lepas raya..hehehe..sempat lagi membebel kat sini dulu..ok.

SELAMAT BERBUKA PUASA AND SHOPPING RAYA!!!

Thursday, September 04, 2008

Tadarus

Assalamualaikum wbt..

Satu lagi entry utk hr ni dapat dari www.eramuslim.com. Pengertian tadarus yg sebenarnya..

Istilah tadarus Al-Quran sebenarnya agak berbeda antara bentuk yang kita saksikan sehari-hari denganmakna bahasanya. Tadarus atau tadarusan biasanya berbentuk sebuah majelis di mana para pesertanya membaca Al-Quran bergantian. Satu orang membaca dan yang lain menyimak. Dan umumnya dilaksanakan di masjid atau mushalla di malam-malam bulan Ramadhan.

Padahal kata tadarus berasal dari asal kata darasa yadrusu, yang artinya mempelajari, meneliti, menelaah, mengkaji dan mengambil pelajaran. Lalu ketambahan huruf ta’ di depannya sehingga menjadi tadarasa yatadarasu, maka maknanya bertambah menjadi saling belajar, atau mempelajari secara lebih mendalam.

Adapun kegiatan ‘tadarusan’ yang kita lihat sehari-hari di negeri kita ini, sepertinya nyaris tanpa pengkajian makna tiap ayat, yang ada hanya sekedar membaca saja.

Bahkan terkadang benar dan tidaknya bacaan itu, tidak terjamin. Karena tidak ada ustadz’ yang ahli di bidang membaca Al-Quran.

Bentuk tadarusan seperti itu lebih tepat menggunakan istilah tilawah wal istima’. Kata tilawah berarti membaca, dan kata istima’ berasal dari kata sami’a yasma’u, yang berarti mendengar.

Membaca Al-Quran

Kalau para peserta sudah fasih dan menguasai teknik membaca Al-Quran yang baik, maka tidak mengapa bila masing-masing membaca sendiri-sendiri. Kalaupun mau disima’ (didengarkan) juga tidak mengapa. Karena membaca dan mendengar sama-sama mendatangkan pahala.

Allah SWT telah memerintahkan kita selain untuk membaca, juga mendengarkan Al-Quran.
Dan apabila dibacakan Al-Qur’an, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat .(QS. Al-A’rah: 204)

Namun apabila para seperti masih lemah bacaannya, sebaiknya mereka tidak dilepas membaca Al-Quran sendirian. Perlu ada ustadz yang membetulkan bacaannya. Sehingga yang perlu dilakukan bukan ‘tadarusan’, tetapi belajar membaca Al-Quran. Atau istilah yang sekarang populer adalah tahsin Al-Quran atau tahsin tilawah. Tahsin artinya membaguskan bacaan.

Tentu saja harus ada ustadz yang ahli dalam membaca Al-Quran. Dan tidak boleh seseorang dibiarkan membaca dengan salah baik makhraj maupun tajiwidnya. Mereka harus didampingi oleh yang sudah baik bacaannya, dibimbing dan dibenahi bacaannya dengan baik.

Tadarus di Masa Nabi

Tadarus dalam arti yang sebenarnya, yaitu mempelajari isi dan kandungan al-Quran di masa nabi SAW adalah dengan cara mempelajari beberapa ayat, setelah mendalam dan mengerti, baru diteruskan lagi beberapa ayat.

Dari Ibnu Mas’ud ra berkata: “Adalah seorang dari kami jika telah mempelajari 10 ayat maka ia tidak menambahnya sampai ia mengetahui maknanya dan mengamalkannya”
Hadits ini di-shahih-kan oleh Syaikh Ahmad Muhammad Syakir dalam tahqiq-nya atas tafsir At-Thabari (I/80).

Bahwa mereka yang menerima bacaan dari Nabi SAW(menceritakan) adalah mereka apabila mempelajari 10 ayat tidak pernah meninggalkannya (tidak menambahnya) sebelum mengaplikasikan apa yang dikandungnya, maka kami mempelajari ilmu Al-Qur’an dan amalnya sekaligus.


Wallahu'alam.

Mengajak ke arah kebaikan..



Assalamualaikum wbt..

Hari ni masuk hari ke 4 puasa..hmm..mlm tadi termiss sahur la plak..huhu..dah tidurnya lambat, penat plak tu..memang la..kesian tomyam campur, telur bungkus dan sotong goreng tepung yg ditapau mlm tadi tak sempat dijamah waktu sahur tadi..postpone jd lauk berbuka petang ni la jawabnya. Semalam agak penat sebab si kecik Nabila tidur lambat..mungkin tak selesa sebab sepanjang hari semalam dia tak buang air besar..pukul 11.30pm baru dia 'uuk'..lepas cebok, main kejap baru nak masuk tido..sian mama miss terawikh semalam..

Hmm..sebenarnya entry ni nk meluahkan perasaan..ada la yg tak puas hati sikit.kadang2kita boleh naik heran dan tak paham dgn perangai manusia n kan?..yg tak tercapai dek akal kita pun ada...tp ni perkara remeh je sebenarnya..meh nak citer skit..ni bukan tujuan nk mengumpat tp just nk kongsi pandangan dan buat pengajaran kita semua..

Ada hamba2 Allah atas dunia ni yg memang susah sangat nak diajak buat kebaikan..di bulan yg mulia ni la kita nk bykkan ibadah..bukannya susah pun..setakat bertadarus lebih kurang 30 minit/1 jam (waktu rehat) jer..bukan ke banyak pahalanya jika kita perbanyakkan membaca kitab suci al-Quran di bulan yg penuh keberkatan ni?itupun susah ke? alasan2 biasa-

1. MALU..macam tak matured je alasan tu..bukan kita bertadarus nak judge org tu pandai baca ke tak..takkan la tak bleh baca langsung..sama2 la kita belajar kalau betul2 tak pandai.kita bertadarus untuk sama2 mendapat pahala..orang lain pun bukanlah pandai sangat tp sama2la belajar dan dapat pahala.

Dari Aisyah radhiallahu 'anhu, katanya: Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
"Orang yang membaca Al-Qur'an dengan mahir adalah bersama para malaikat yang mulia lagi taat, sedangkan orang yang membaca Al-Quran dengan tergagap dan susah membacanya baginya dua pahala. " (Hadits Muttafaq 'Alaih).
Dua pahala, yakni pahala membaca dan pahala susah payahnya.


2. ADA KEJE..hmm waktu rehat la..takpun kalau betul2 nak join, pandai2 la budget masa nak wat keje tu..

Sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam :
"Bacalah Al-Qur'an, karena ia akan datang pada hari Kiamat sebagai pemberi syafa 'at bagi pembacanya. " (HR. Muslim dari Abu Umamah)

Dari An-Nawwas bin Sam'an radhiallahu 'anhu, katanya : Aku mendengar Rasul shallallahu 'alaihi wasallam bersabda :
"Didatangkan pada hari Kiamat Al-Qur'an dan para pembacanya yang mereka itu dahulu mengamalkannya di dunia, dengan didahului oleh surat Al Baqarah dan Ali Imran yang membela pembaca kedua surat ini. " (HR. Muslim)

Dari Utsman bin Affan radhiallahu 'anhu, katanya: Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
"Sebaik-baik kalian adalah orang yang mempelajari Al-Qur'an dan mengajarkannya. " (HR. Al-Bukhari)

Dari Ibnu Mas'ud radhiallahu 'anhu, katanya: Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
"Barangsiapa membaca satu huruf dari kitab Allah maka baginya satu kebaikan, dan satu kebaikan itu dibalas sepuluh kali lipatnya. Aku tidak mengatakan alif lam mim itu satu huruf; tetapi alif satu huruf; lam satu huruf dan mim satu huruf. " (HR. At-Tirmidzi, katanya: hadits hasan shahih)


Ntahla kan..lain orang lain cara pemikirannya..mungkin budak2 zaman sekarang dah kurang minat nak baca Quran dan itulah tandanya kita sudah di akhir zaman. Tepuk dada tanya iman..Wallahu'alam.

Semoga amal ibadat kita diterima Allah SWT dan menjadi benteng api neraka di akhirat nanti. Aminn.

Wednesday, September 03, 2008

Ramadhan 2008

Assalamualaikum wbt..

Seminggu tak berblog..dah masuk bulan Ramadhan pun kita..Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk menunaikan ibadah puasa pada tahun ini..semoga segala amal ibadah kita akan menjadi saham di akhirat nanti.

Hari ni dah masuk hari ketiga puasa..sahur buat masa ni tak miss lagi..hehe. first day puasa berbuka kat rumah my brother kat bukit puchong because my parents ada kat rumah dia. Act mak & ayah nk ke mekah menunaikan umrah dan berpuasa di tanah suci selama 2 minggu..bestnya..flight esok. So the next day (semalam la) kitaorg semua pegi hantar kat klia around pkl 6.00pm and potluck buka puasa kat rumah my cousin kat salak tinggi. Semoga Mak & Ayah sentiasa selamat dlm perjalanan dan dpt menunaikan ibadah di tanah suci dlm keadaan yg sihat walafiat.Teringin jugak nak berpuasa di sana, insyaAllah ada rezeki, kelapangan dan diizinkan Allah...

Bila mula puasa, mula la sibuk nak shopping raya..tukang jahit plak mostly dah tak nak terima tempahan dah..huhu (nasibler..lambat sgt)..terpaksa cari baju yg dah siap..but for the kids la leceh sikit..susah nak cari baju siap yg match.weekend ni kena pegi sogo cari kat sana plak..

Keje lab pun dah start balik..hmm..literature review tak buat lagi ni..asyik tertangguh jer..(mengadap blog bleh la plak..hehe)..esok start lah.

Apa2 pun, nak amik kesempatan mohon kemaafan kepada semua kalau2 ada terguris hati dgn apa2 saja yg terkandung dlm blog saya ni..



SELAMAT BERPUASA.

P/S:blog bertular baju plak hari ni..hehe..boring dgn template lama..tukar lain plak...

Thursday, August 28, 2008

Siap satu kerja..

Assalamualaikum wbt..

Fuh..lega..baru je lepas submit abstract (softcopy & hardcopy) utk Biotech colloquium yg datelinenya esok. Thanks to my supervisor yg very commited membetulkan ayat2 omputih saya yg sememangnya tak berapa betul tu..lega rasanya..so kena start buat preparation utk presentation for the colloquium and ada lagi satu dateline kena kejar - literature review utk research topic subject...checking progress dlm sebulan lagi..sempat..

Hmm..ni nk kena jawab tag dari http://wfaiziah.blogspot.com/..

1) What is the most important thing in your life?

A : of course suami & anak2


2) What is the last thing that you bought with your own money?

A : tadi kejap pegi beli teh ais faeret kat kedai k'teh


3) Where do you wish to get married?

A : dulu berangan nak kahwin ala2 mat salleh dlm taman yg dipenuhi roses..memang angan2 je la..majlis kahwin buat kat rumah..biasa la adat orang kelantan..hehehe


4) How old do you think you will be permanently owned by your love?

A: till heaven



5) Are you in love?

A : Hmm..dah sah2 ler..


6) Where was the last restaurant you had dinner?

A : SOHO Seafood Bangi



7) Name the latest book that you bought?

A: Anjung Seri


8)What is your full name?

A : keiko shimizu (dlm bahasa jepun)



9) Do you prefer your mother or father?

A : both la..tapi kalau nk mintak apa2 mesti ckp kat mak dulu sbb dia yg akan sampaikan kat ayah..hehe



10) Name a person that you really wish to meet in real life for the first time.

A: bakal anak lelaki huhu (opposite dgn k'wan)



11) Christina or Britney?

A : hmm..dua2 tak minat..better siti nurhaliza



12) Do you do your own laundry?

A : of course la..kalau tak sapa lagi nk buat..



13) The most exciting place you want to go?

A: 1. Mecca of course 2. Autumn in Japan



14) Hugs or kisses?

A; both



15) Point out 5 things about the person who tagged you.

A : 1. kak prefect yg digeruni tapi cute

2. selalu bagi usrah kat adik2

3. antara senior glamer hehe

4. dah jd doktor dah

5. bijak dan lemah lembut orangnya..


16)8 things I am passionate about:

A: 1. finish my MSc

2. Hiasan dalaman (english country)

3. Baju budak2 pompuan

4. Pakaian wanita

5. Girlz accessories

6. handphone

7. blogging

8. cooking with my colleagues


17)8 things I say too often:

A:1. Hello

2. Assalamualaikum

3. Yang!

4. Najwa!

5. Adik!

6. Tak tahu

7. Adoi penatnya

8. Ya Allah!


18)4 books I’ve read recently:

A: 1. Magazine dari Sogo (promotions!!!)

2. Impiana

3. Anjung Seri

4. Biotech Colloquium VII abstract collections


19)8 songs I could listen to over and over again:

A : Sekarang dok layan lagu Bayangan Gurauan dari Mega..tapi lagu2 lama 80-an & 90-an memang boleh layan whole day la..

20)8 things I learned last year:

A: Last year..adus kena rewind balik nih..

1. Belajar jd student yg commited dan rajin
2. Belajar jadi ibu kepada 2 girls
3. Belajar jadi jiran baru yg peramah
4. Belajar menguruskan rumah double storey
5. Belajar guna photoshop
6. Belajar masak guna oven built in yg digilai oleh my hubby
7. Belajar mengejar dateline
8. Macam2 la..


Fuh..habis dah..yay!!!Thanks to K'wan yg menge'tag' saya dan memaksa rela saya memerah otak utk menjawab tag itu..hehehe.

Wednesday, August 27, 2008

Rojak

Assalamualaikum wbt..

Entry hr ni wpun tajuknya rojak..tapi bukan ler nak citer psl rojak..tp 'rojak' sebab macam-macam benda yg nak dibebelkan kat sini..

1st - pastinya pasal keputusan pilihanraya P44 Permatang Pauh yg telahpun dimenangi oleh DSAI yg sememangnya telah dijangka oleh semua. Kubu kuat memang susah nak goyah..orang P44 memang pekakkan telinga dan butakan mata dgn isu2 yg mnimpa DSAI..harap semua berpuas hati dgn keputusan itu dan takde lagi yg mempertikaikan ketelusan SPR..kesian diaorg..tapi kalau calon BN yg menang sudah pasti SPR jadi mangsa..apa2 pun semoga kehadiran DSAI dlm parlimen akan lebih membawa faedah dan bukannya lebih menggamatkan suasana dewan rakyat yg dah macam pasar ikan tu..

2nd - MAHA 2008 dahpun melabuhkan tirainya..hmm..macam2 ragam manusia..tapi MAHA kali ni agak teratur sikit la..public transport pun banyak and perkhidmatan utk OKU dan warga emas pun bleh dikira bagus la..sempat jugak bwk Najwa masuk kandang rabbit RM3/entry tu..Nabila sian tak bleh masuk sbb selsema..teruja jugak tgk pokok2 orkid yg berbunga mekar tu tapi nak beli takut tak terbela..simpan dulu la..next MAHA mungkin boleh kot..






3rd - Najwa, setelah seminggu cuti tak masuk taska sbb nenek & cousin dia ada kat rumah, minggu ni start taska balik..sbuk nak bawak goodies ke taska dia tp mama asyik lupa nak beli beg goodies..nanti2 la yer

4th - Nabila minggu ni dah ada improvement..dah berani bangun tanpa sokongan and menapak 4/5 langkah..hopefully sebelum raya ni dia dah boleh jalan..baru cantik pakai baju kurung..huhu..bila nak shopping raya ni???


5th - Next week my parents akan berangkat ke Mekah utk mengerjakan umrah di awal bulan puasa..nampak gaya 2nd day puasa kitaorg semua kena berbuka di airport sebab flight daorg pkl 8pm.Mesti best kan puasa kat tanah suci..sembahyang terawikh kat masjidil haram tu...rindunya..

Seronoknya membebel dlm blog nih..jumaat ni dateline kena htr abstrak utk postgrad seminar..br td first time jumpa Prof utk review abstrak tu..byk gak correction..esok kena kacau Prof lg utk re-review sebelum dptkn approval and submit jumaat before 5pm..

Merdeka?tak rasa pun macam nak sambut merdeka tahun ni..kerajaan pun tak berkempen sgt mungkin sbb banyak sgt masalah dalaman and sibuk dgn kes DSAI sampai tak sempat nak kempen merdeka..apa2 pun semoga Malaysia sentiasa aman dan damai di bawah lindungan Allah SWT.

Minggu depan dah start puasa..kejap jer masa berlalu..insyaAllah kita sama2 pertingkatkan ibadah dan amalan di bulan puasa ini..mana tahu kan puasa tahun ni adalah puasa yg terakhir utk kita? So, di kesempatan ini sy nk mintak maaf kepada semua yg membaca coretan2 di blog saya mana la tahu kalau2 ada ayat2 yg menyinggung hati sapa2 kan..maaf la yer..

SELAMAT BERPUASA SEMUA!!!

Friday, August 22, 2008

All in One

Assalamualaikum wbt..

Hahhh..penat..baru balik merendek kat gerai2 MAHA 2008. Hari2 menapak..sakit kaki pun tak hilang lagi..tp nak gak pegi..tak beli apa pun, cendawan goreng jer..menjamu mata je banyak..teringin nak beli pokok orkid, tapi takut tak terbela..next MAHA mungkin boleh kot..well, hari ni nak upload himpunan entry2 yg tak sempat nak upload before..

Dah agak lama tak blogging..byk peristiwa2 penting yg tak smepat nk update kat sini..sibuk and memang tak sempat nk mengadap blog. So hr ni kena himpunkan entry2 yg sepatutnya..

19/8/08-Leganya….

Alhamdulillah…selamat dah pun semuanya…hr ni dah start keje balik..banyak nak kena mengadap nih..nak kejar dateline..huhu…skrg ni plak tengah berlangsung MAHA 2008 kat sebelah ofis ni..and diaorg kat ofis ni dok sibuk dgn burung puyuh yg dijual kat gerai pusat kitaorg..sorry la yer..tak dpt tolong korang sebelum ni..hr ni onwards insyaAllah I will contribute..



Lega betul dah habis majlis..actually a ‘majlis kesyukuran’ was held last Saturday @ my house in Bangi..ajak sedara mara dari Kelantan & yg ada kat kl/selangor, kawan2 sekolah & ofis and jiran2 jer..terima kasih banyak2 kpd yg sudi datang memeriahkan majlis..di samping merapatkan silaturrahim..yg lama tak jumpa dan yg selalu jumpa..hehe..terima kasih banyak2..and to my neighbours yg sanggup menolong dan memberi pinjam apa2 yg patut…terimas byk2..tak lupa kepada k’Ija & k’ Aja yg datang tolong kupas bawang tu..terima kasih daun keladi..hehe..alhamdulillah semuanya berjalan lancer..dan yg bestnya walaupun ramai yg datang tapi makanan masih banyak dan boleh sedekah kat masjid lagi..alhamdulillah rezeki Allah bagi..Cuma ada satu je yg agak terkilan..kitaorg tak sempat snap satu gambar pun..huhu..takde masa..rugi plak rasa…gambar masa preparation je ada..






11/8- MAHA 2008

Esok MAHA 2008 (Ekspo Pertanian Terbesar kat Malaysia) akan bermula..dah sibuk dah kat luar tu..nak masuk ofis pun terpaksa bwk kereta gear 2 jer sbb ikut belakang tram yg very slow & steady…tengah rehearsal utk bwk passenger esok sampai la 23/8 nanti..siren ambulans, siren polis kejap2 kedengaran..test power la tu..pak guard pun sibuk dok meronda..



Me? Still busy dgn preparation for the ‘big day’..hehe..bukan kawin tp majlis kesyukuran sempena rumah baru (takdela baru pun dah lama duduk)..takut jugak sbb tak pernah buat kenduri yg agak besar la kiranya..bila list down guests tu ada la around 300-400 jugak..kena downsize jugak ni..takut nti terlebih budget..mulanya kitaorg nak catering je tp my brother in laws sanggup nk masak..so takut plak diaorg kecik ati..terpaksa la biar diaorg masak..so kena la mencari dan meminjam periuk2 besar, periuk masak nasi, kuali2 besar, buffet set, tong air etc..menggagau jugak la..nasib baik ada rakan2 kat ofis (terimas to K’ros, K’yan & Hj Mat) yg ada periuk/kuali/dapur yg sesuai utk kenduri..ok la..jap lg nak keluar ni nk pegi beli brg2 utk buat goodies..chow!

4/8/08-HAPPY BIRTHDAY TO ME!!!

Aha..hr ni dah masuk 28 tahun dah aku hidup atas bumi Allah ini…Alhamdulillah Ya Allah..sepanjang 28 tahun ni aku amat bersyukur atas kurniaanMu dengan kesihatan dan kebahagiaan. Engkau berikan aku suami yg penyayang dan anak2 yg comel..Alhamdulillah..semoga Engkau sentiasa memberkati kami..

Hmm..sekarang ni kat Awana Genting sebenarnya..ikut hubby training..pkl 9 td sampai bertolak dr bangi pkl 8am..hubby pun dah pegi training..tinggal dgn the kids kat bilik jer lepas breakfast td…bilik kat Awana ni memang style lama la..ala2 dlm kartun flinstone plak rasanya..hehehe..kitaorg dpt family suite yg agak besar siap ada dapur tpt masak, bilik king size, ruang tamu yg besar..okla..puas la si Nabila merangkak ke sana ke mari…Najwa plak hr ni asyik mengadu pening kepala..agaknya sebab naik bukit tinggi ni kot tu yg dia rasa semacam tu..bagi dia tidur jer.

Ptg hubby ajak naik cable car..kesian Najwa still tak sihat..tp sebab dah takde masa yg sesuai,terpaksa la jugak bwk dia naik cable car tu…tp kalau dibandingkan, Langkawi punya cable car lg adventure la..Nabila plak masa naik atas ok..tp bila nak turun mungkin sbb dah malam gelap agaknya dia takut..kat atas konon2nya nak mkn McD..sekali mahal dah..beli Big Mac + Happy Meal pun dah RM30++…tak jadi la..nasib baik ada kedai Nasi Kandar kat seberang awana tu..sedap jugak and harga pun standard la..

Esoknya 5/8, Najwa dah ok..bangun pagi pegi breakfast..haha..hari2 nasi dagang..huhu lari diet..lepas breakfast terus ajak pg swimming pool..layan la sekejap..sian Nabila tak boleh masuk pool lagi..ptg pun masuk pool lagi..mlm tu kitaorg turun makan kat genting sempah..

6/8..dah nak check out…lepas breakfast (nasi dagang jugak la), terus kemas2 brg..pkl 12.30 check out and pegi naik genting kejap..time tu plak angina kuat..sejuk giler…telinga nabila dah tukar kaler jd putih sbb sejuk sgt..tak masuk genting park pun sbb kesian budak2 ni sejuk (mak budak pun sejuk)..jalan2 jap lepas t uterus balik bangi..smapai rumah dlm pkl 4pm.











2/8/08- Rehal Center’s Sports Day

Hari ni Najwa punya Taska ada sports day kat seksyen 8. So dlm pkl 8am kitaorg pegi..biasa la budak2 py sports day..suka2 ajer..Najwa plak kena pakai Tweety Bird punya costume utk acara pembukaan..yg lain ada yg pakai bunny, elephant, tiger, mouse costume..hehe..kesian budak2 ni..berpeluh dlm costume tu..nasib baik kejap jer..





Antara acara yg Najwa masuk-bawa bola ping ponbg dlm sudu, bawa bola dan isi gula2 dlm bakul Excited sangat dia time dapat hadiah..Nabila jd pompom girl tepi padang jer ler…overall ok la..siap ada lunch nasi goreng ayam lagi…tu yg best tuh..hehe..balik rumah terus terbongkang semua..penat…

Wednesday, July 30, 2008

27 Rejab..

Assalamualaikum wbt.

Hari ni 27 Rejab 1429H. Puasa pada hari 27 Rejab seperti berpuasa 60 bulan pahalanya.Jika disertai dengan sedekah seperti puasa selama 1000 tahun, kerana kebesaran hari Israk mikraj. (Al-Hadis).

Kejap jer..lagi sebulan kita akan mula puasa, then raya puasa, lepas tu raya haji..then dah habis thn 2008..kejap jer msa berlalu..dan umur dunia pun semakin tua dan sudah pasti kita semakin hampir ke penghujungnya..bersediakah kita?Sempat ke kita melihat anak2 kita dewasa, berkerja dan berkahwin?Sempat ke kita melihat cucu kita?Dan yg penting sempat ke kita membersihkan diri kita dari segala dosa supaya hanya pahala yg dibawa untuk bertemu Yang Maha Esa?Sama2 la kita meningkatkan amal ibadah dan menjauhi segala larangan supaya kita semua akan bersama dgn orang2 yg soleh di 'sana'nanti.

Hehe..ceramah agama la plak..anyway..hr ni sebenarnya takde mood nk wat keje..igt nk wat protein & enzyme analisis, sekali pegi tengok sampel dlm cold room, contaminate la plak..hadus..ni yg geram ni..terpaksa la repeat balik treatment tu..next week la buat..tak larat la..tugasan utk subjek Research Topics pun blum start buat lagi ni..kena buat Literature Review..dateline 9 oct..nampak mcm senang tapi itulah bab paling susah nak karang dlm thesis sebenarnya (sumber dari yg berpengalaman). Bil nak start buat?hmm..esok kot..hehe..

Next week hubby kena naik genting ada kursus 3 hari..nak ikut ke tak nak?dahla dia kursus sampai mlm..kalau ikut, bab makan yg susah skit tu..bwk periuk?hmm..sounds ok but leceh jugak tu..kalau tak ikut, me terpaksa la menguruskan puteri dua beradik tu sorang2..jenuh jgk..tapi ok sikit la kot..and kerja pun bleh jalan..cuma kesian my hubby la..kena pegi sana naik teksi je la..hmm..ikut ke tak?tk ikut la kot..kan?

Skrg ni me & hubby dah start invite people for our majlis kesyukuran which will be held on 16th August. Canopy tak cari lagi..nasib baik periuk belanga pinjam member2 ofis..kalau ikutkan nk catering jer..tapi my brother in-laws sanggup nak masak plak..takut diaorg kecik ati plak..so biarlah diaorg nak masak..save budget sikit..cuma rumah bersepah la sikit...habis dapur i tau!..hehe..hope semuanya akan brjalan lancar nanti..risau jugak sbb ni first time nak wat kenduri yg agak besar jugak la for us..guests dlm 400 org gak bila dikira2..family jer dah lebih 100, jiran2, member ofis me & hubby, kawan2 seperjuangan..huh!macam nk kenduri kawin la plak..

My daughter macam biasa la diaorg..this coming saturday najwa ada sports day taska dia kat seksyen 8..tak pikir lagi nk contribute apa..hmm..ntahla..

Apa2 pun selamat berbuka puasa kpd semua umat Islam yg berpuasa pada hr ini!Semoga ibadat kita diterima Allah.

Wassalam.

Thursday, July 24, 2008

More saving step..

Assalamualaikum..

Todays entry is of course another story of my daughters..enough to talk about politics and masalah negara yg ntah bila akan selesai..sometimes all these political issues make me feel yucks to think about and just let ALLAH finalized it.

Ah..talking about my elder one, Najwa. She's growing up day by day and last weeks we've successfully treated her to sleep at night without the diapers! And of course this will save a number of money to us. Takut jugak takut ter'k****ng* on her bed..but Alhamdulillah so far so good..

Si adik, Nabila..still malas nak belajar berjalan..but she's more aggresive than her sister. And dah pandai merajuk..bila merajuk jer, tunduk muka ke lantai..mana dia belajar ntah..suka baling2 barang kalau dia tak nak..pagi tadi dgn selambanya dia baling hp papa dia dari atas katil..nasib baik tak apa2..

Hmm..itu jelah..nak gi timbang sample plak..ptg ni ada kelas plak tu..kena get ready..kalau tak karang dok melangok je dlm kelas tu nanti..hehehe





Wednesday, July 16, 2008

Politk lagi

Assalamualaikum wbt…

Hari ni still nak cerita pasal politik..saya ni pun memang minat gak dgn masalah negara ni..teringin pulak nak aktif dlm politik..hehehe..tapi ini hanyalah sekadar pandangan peribadi saya yg memang tak arif dlm hal2 ni..just nk meluahkan perasaan yg terbuku ni..



Still waiting comments from che det..susah nak cakap sebab kita bukanlah orang yg tahu selok belok pasal ekonomi..Cuma dari pandangan seorang yg daif, perdebatan semalam tidak byk membantu dlm menangani masalah yg sebenarnya..nampaknya Shabery bukanlah lawan Anwar. Kenapalah Pak Lah atau Najib yg turun padang?

Secara peribadi, sedikit kecewa dgn hujah yg diberikan oleh Shabery yg asyik menyerang peribadi Anwar dan mengungkit peristiwa lama berulang2..walaupun mungkin fakta dan strategi yg dicadangkan oleh Anwar itu tidak relevan, sekurang2nya ada usaha di pihak Anwar utk menerangkan kpd rakyat mengenai cara utkmenangani masalah ekonomi negara, tapi di pihak Shabery langsung tidak menerangkan kpd rakyat mengapa kerajaan tidak perlu ditukar utk mengatasi masalah ekonomi negara. Pada pandangan saya, itu yg sepatutnya diterangkan kpd rakyat. Supaya rakyat tahu yg kerajaan yg ada sekarang ini mampu membela nasib rakyat tanpa perlu bertukar ke kerajaan baru.

Terlalu sukar untuk rakyat sekarang ini untuk membuat penilaian dan memilih pemimpin kerana pelbagai masalah. Pelbagai pandangan dari cerdik pandai mengenai debat semalam juga agak bervariasi. Ada yg mengatakan hujah Anwar tidak relevan, Shabery banyak memberi isi dlm hujah, Anwar byk membuat andaian mengikut logik akal manakala shabery menceritakan realiti sebenar yg berlaku tapi dinafikan oleh Anwar,pelbagai…

Mungkin debat seperti ini patut diadakan lagi tapi kali ini antara Anwar, Pak Lah@Najib dan juga Tun Mahathir. Dari sudut pandangan peribadi saya, Tun Mahathir lebih berpengalaman dlm mendebatkan isu ekonomi negara. Kenapa Pak Lah tak pegi mintak nasihat Tun M untuk membantu menyelesaikan masalah sekarang? Tolonglah Pak Lah..jgn ler ego sangat..apala salahnya berbincang dan dptkan nasihat dari mereka2 yg lebih arif…tolongla…

p/s: kawe meme suko politik nih..tapi tokdey nok bergiat aktif..banyok komitmen laing..kalu buleh nok jugok aktif politikni..tengok dari jauh jah la.

Monday, July 14, 2008

Negaraku Malaysia



Assalamualaikum wbt…

Entry hr ni agak beremosi sikit..sebab dah penat dah dgn isu politik yg makin menjadi-jadi di Malaysia ni…apa la nak jadi dgn negara kita ni? Bila difikir2kan risau pulak mengenangkan nasib anak2 kita nanti..ternyata sekarang ini ketuanan Melayu telah diperkotak-katikkan oleh mereka yang sebenarnya langsung tak berhak untuk mempersoalkan hak dan keistimewaan orang Melayu di bumi Malaysia ini..saya bukanlah seorang yang arif tentang sejarah dan politik apatah lagi tentang undang2..tetapi sebagai orang Melayu yang beragama Islam, saya rasa terpanggil untuk lebih mendalami isu2 ini demi masa depan anak-anak kita semua..

Saya teruja membaca artikel2 yang ditulis dalam laman blog Tun Dr M mengenai kontrak social Malaysia yang dibangkitkan semula oleh pihak2 yg tidak sedar diri..mempersoalkan kembali kontrak yg telah diterima sejak 50 tahun yg lalu..

Mengapa harus mempersoalkan semula keistimewaan orang Melayu sedangkan Negara Malaysia ini sememangnya hak milik orang Melayu?
Mengapa ada orang Melayu sendiri yang sanggup menggadaikan maruah bangsa semata-mata untuk mendapatkan kuasa dan harta?

Puas saya berfikir mengenai keadilan yang diperjuangkan oleh sesetengah pihak yg kononnya mahu semua kaum diberi hak yg sama..wajarkah?apakah ‘keadilan’ sebenar yg dicari?tidakkah kita sedar bahawa orang melayu semakin terpencil sama ada dari segi ekonomi, politik dan pendidikan..tanah2 yg ada di Malaysia ini pun sedang dikuasai oleh kaum lain tanpa kita sedari..bukan kita orang melayu mahu mementingkan diri sendiri tapi kita harus memperjuangkan hak kita supaya kita tidak menjadi hamba di negara sendiri..

Setahu saya tidak ada satu pun negara di dunia ini yang membenarkan bangsa asing masuk campur urusan politik dan pentadbiran negara melainkan Malaysia. Kita lihat saja contoh terdekat iaitu Indonesia, Singapura dan Thailand. Perlembagaan negara langsung tidak dipertikaikan tapi mengapa di Malaysia bangsa asing begitu taksub memperkotak katikkan hak orang melayu yg secara jelasnya memiliki Malaysia?Mereka patut bersyukur dapat hidup aman dan mengamalkan cara hidup dan agama mereka dengan bebas di Malaysia.

Saya amat berharap agar Allah memberi petunjuk dan kebijaksanaan kepada pemimpin2 Melayu yg ada sekarang untuk bersatu dan bangkit memperjuangkan agama dan bangsa bukan bertelagah fitnah memfitnah sesame sendiri.

Jika UMNO boleh duduk semeja dengan MCA dan MIC…
Jika PAS boleh duduk semeja dengan PKR dan DAP…
Mengapa UMNO dan PAS tak boleh duduk semeja?

Kepada umat Islam di luar sana, marilah kita sama2 mengadakan solat hajat memohon agar Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada pemimpin2 kita demi memperjuangkan agama dan bangsa dan mendaulatkan negara kita yg tercinta ini.

p/s: wah..panjang lebar pulak den berceloteh pasal politik ni..haha..sekali sekalo membincangkan masalah negaro apo salah eh..hidup Islam!

Friday, July 11, 2008

Batuk oh batuk!

Assalamualaikum..
Petang2 jumaat ni dah takde mood nak buat keje lagipun dari pagi sampai pkl 3pm tadi dok mengadap ayam buat carcass...so relax la sikit..tp ah..dugaan Tuhan bagi ni belum reda2 lagi..dah dekat seminggu dok batuk kering..rasa macam kahak tersekat kat dada tak nak kuar..dah dua kali pegi klinik, dah tukar ubat and siap amik nebulizer lagi..tp tak jalan gak..sampai skait dada & perut dok batuk..malam pun tak bleh lena tidur..geli ajer dlm tekak..bernafas pun agak susah..cepat2le baik harapnye..tak larat dah..penat batuk ni..nk buat keje pun tak senang..kalau solat tu punyala seksa..asyik terbatuk jer...hubby ckp kalau 2/3 hari lagi tak hilang gak kena pegi specialist pulak..

Hmm..nak citer pasal aper yer?takde yg menarik pun minggu ni..just that i've to drop one of the subject that i've registered for this semester just after i attend the first lecture..the subject is very tough..nama macam senang..but then i've to be a lab demonstrator for undergrade student and have to conduct their amali..huh..tak larat tu..so terpaksa la replace with another subject..

This week eksperimen pun tak bleh nk jalan sbb batuk ni la..takkan tengah batuk ni nk main dgn habuk pkc tu..lagi la teruk batuk ni nanti..hopefully next week i can proceed with my next experiment..nk kena arrange supervisory commitee py meeting ni..so before taht kena kumpul data sebanyak mungkin ler..;)

Other than that, my niece yg dah 2 bln stay kat rumah tu dah habis praktikal and he will be leaving tomorrow..legala sikit..tak payah nak masak dinner every night..huhuhu...and last night got a call from mom-durian kat kampung dah start luruh..wah bestnya kalau bleh blk kampung ni..tapi tu la..minyak mahal..gaji bln lepas pun tak dpt lagi ni..camno nk balik!!!!Mak!Pos je la durian tu!!!!!!!!!!!!!!!

Lagi..batuk, batuk dan batuk laaa..apalagi............

Monday, July 07, 2008

Back to school

Assalamualaikum..

Haah...today, 7th July 2008, is the first day of class for those who have registered back as postgrade student in UPM..including me! Ah..dah lama dah tak mengadap muka Prof nih..dah la sem lepas masa defer langsung tak jumpa dia..hehe..segan plak rasanya..azam memang la nak habiskan cepat tp tu la..kejap je azam tu datang..lama2 hilang le dia..sem ni register satu subjek utk cukupkan kredit kursus dlm syarat MSc.still don't know how the class will be conducted but rumously this subject MCB5709 involve undergrade student-kena monitor undegrade punya lab..hmm agak2 tak bleh bawak karang, drop je le..hehehe..pening nk pilih subjek sbb kebykan yg ditawarkan tak berkaitan, kalau ada pun kelas weekend la plak..susah tu!

Anyway..hope this sem my research progress will goes well..cheer up ladies!

I'm still waiting for:
1. my second princess to start her first step
2. my first princess to start learning in class with her friends
3. the result of last interview