Friday, August 12, 2005

Jerebu..

Assalamualaikum..

Just to share my feelings with all..

Jerebu..salah satu bencana yg diturunkan oleh Allah Subhanahuwata'ala kepada hamba2Nya yang telah lalai dan leka dengan dunia..mungkin tidak ramai yg sedar..mungkin juga ada yg sedar tapi sengaja buat2 tidak sedar...dunia ini sudah semakin hampir kepada penghujungnya..

Tidakkah kita merasa sedih apabila melihat anak2 muda lelaki/perempuan yang beragama Islam berpakaian seperti barat? Mendedahkan segala apa yg boleh didedah..bercampur gaul dengan yg bukan muhrim, bertindik di mana saja yg boleh ditindik, tidak menghormati org tua, solat? (Wallahu'alam), bila tengok bebudak ni kat shopping2 complex..Ya Allah sedihnya..adakah parents diaorang tau apa yg anak2 mereka buat tu?Atau parents mereka sendiri pun tak tau hujung pangkal? Mengapa ini terjadi? Tidakkah mereka merasa takut dengan segala bencana yg telah menimpa dunia sekarang ini? Tahukah mereka akan perhitungan di Padang Mahsyar nanti?

Marilah kita sama-sama renungkan..Allah tidak akan mengubah hambaNya melainkan hambaNya itu mengubah dirinya sendiri dan ingatlah akan janji Allah pada hambaNya bahawa tidak akan ada walau sebesar zarah pun amalan kita sama ada baik/buruk yang tidak akan dihitung di hari pengadilanNya nanti..

Yang baik itu datangnya dari Allah..Wallahu'alam.

Monday, August 01, 2005

Kita telah hampir...

Assalamualaikum...

Ni nak meluahkan perasaan & berkongsi sedikit sebanyak dgn kengkawan semua tentang hampirnya kita semua ke tempat asal kita...semoga luahan ini akan sama2 memberi kesedaran kepada kita untuk menambahkan amal ibadat dan meninggalkan segala laranganNya..

Sesungguhnya, berdasarkan apa yg telah terjadi pada dunia kita hari ini...peperangan sesama manusia,bencana alam,banjir,gempa bumi semakin kerap berlaku di mana2, gunung2 berapi kembali aktif mengeluarkan muntahnya, pembunuhan sesama manusia,wujudnya nabi2 palsu...ini semua adalah tanda akan munculnya Imam Mahdi..
Ya Allah..takut sungguh apabila memikirkan keadaan yang akan berlaku pada kita & orang2 yang amat kita sayangi di sekeliling kita dan seterusnya umat manusia di dunia ini..apakah telah cukup amalan kita untuk dibawa ke sana?apakah telah diampunkan Allah segala dosa2 kita yang telah kita lakukan?apakah kita telah bersedia?

Aku ada terbaca satu petikan dari sebuah buku yang menyebut bahawa antara tanda2 yang Imam Mahdi akan muncul ialah;
- akan berlakunya dua gerhana iaitu gerhana bulan & matahari dalam satu bulan Ramadhan (NASA meramalkan bahawa akan berlakunya gerhana bulan/matahari pada 3/10/2005 (29 Syaaban)& 17/10 2005 (13 Ramadhan)-andainya ramalan NASA pada 3/10 itu tidak tepat dan dengan kehendak Allah ia terjadi pada awal Ramadhan, maka..
-pada musim haji di tahun itu, akan berlakulah huru hara di Mina dan kemudian akan muncullah Imam Mahdi..
Wallahua'lam

"Ya Allah..sesungguhnya kami adalah hambaMu yang lemah..Ampunilah segala dosa kami,kedua ibubapa kami, kaum keluarga kami,sahabat handai kami serta umat Islam seluruhnya..Kau terimalah segala taubat & amalan kami..lindungilah kami dari segala bencana, mala petaka dan godaan syaitan..peliharalah kami dan keturunan kami dari fitnah dajjal...Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengampun,Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani..Amin ya Rabbal A'lamin.."

Aku bukan nak menakut-nakutkan korang tapi sekadar untuk menginagtkan sesama kita bahawa kita semua telah hampir samapi ke penghujung hidup kita di dunia yang fana ini.

Wallahua'lam.