Assalamualaikum..
Just to share my feelings with all..
Jerebu..salah satu bencana yg diturunkan oleh Allah Subhanahuwata'ala kepada hamba2Nya yang telah lalai dan leka dengan dunia..mungkin tidak ramai yg sedar..mungkin juga ada yg sedar tapi sengaja buat2 tidak sedar...dunia ini sudah semakin hampir kepada penghujungnya..
Tidakkah kita merasa sedih apabila melihat anak2 muda lelaki/perempuan yang beragama Islam berpakaian seperti barat? Mendedahkan segala apa yg boleh didedah..bercampur gaul dengan yg bukan muhrim, bertindik di mana saja yg boleh ditindik, tidak menghormati org tua, solat? (Wallahu'alam), bila tengok bebudak ni kat shopping2 complex..Ya Allah sedihnya..adakah parents diaorang tau apa yg anak2 mereka buat tu?Atau parents mereka sendiri pun tak tau hujung pangkal? Mengapa ini terjadi? Tidakkah mereka merasa takut dengan segala bencana yg telah menimpa dunia sekarang ini? Tahukah mereka akan perhitungan di Padang Mahsyar nanti?
Marilah kita sama-sama renungkan..Allah tidak akan mengubah hambaNya melainkan hambaNya itu mengubah dirinya sendiri dan ingatlah akan janji Allah pada hambaNya bahawa tidak akan ada walau sebesar zarah pun amalan kita sama ada baik/buruk yang tidak akan dihitung di hari pengadilanNya nanti..
Yang baik itu datangnya dari Allah..Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment