Thursday, June 26, 2008

Kenduri

Assalamualaikum wbt..

Yesterday kitaorg kat ofis buat kenduri ayam..hehe..biasa la kitaorg kat sini buat eksperimen makanan ayam, so drpd membazir eloknya ayam2 eksperimen tu dibuat kenduri jamu ramai2 (ayam tu selamat dimakan tau!)..ye dak?best..masak rewang2 and makan ramai2..meriah sungguh..tak terasa walaupun makan banyak..huhu (edisi membadakkan body la masing2 ni)





dan hasilnya...



:( ada satu lagi menu yg tak sempat nak disnap fotonya..sambal petai ikan bilis..huh..sedap sungguh lunch itu..disamping dapat mengenyangkan perut, dapat juga mengeratkan silaturrahim dan menenangkan fikiran dari tekanan kerja..hehe..walaupun ada yg tak dpt join the club, majlis tetap meriah dan riuh rendah..thanx to our main chef, k'ros (mama ros) and semua yg menolong termasuklah minah rempit yg keluar beli rempah sup di tengah panas..lain kali kita masak2 lagi ok!
GENG PKC MEMANG BEST!!!HIDUP PKC!!!

Wednesday, June 25, 2008

Anak-anakku

Assalamualaikum wbt...

Lama dah tak citer kisah anak-anakku...hehe..
Si kakak dah masuk taska but kesian dia takde kawan perempuan.bila tanya nama kawan2 dia semua yg disebut nama lelaki, patutle..dlm kelas dia ada 3 org je perempuan including her tp yg 2 org lagi tu umur 3 thn, yg lain sume lelaki..so she's quite rimas tambah pulak ada budak lelaki yg suka kacau dia, siap panggil dia 'isteri' lagi..kesian dia tak bleh nk belajar dgn tenang..that's why dia tak nak belajar ramai2 dlm kelas..so her teacher terpaksa bagi dia special class sorang2..susah jugak camtu..nak tukar sekolah pun, susah gak..tengok je dulu perkembangannya..kalau agak2 dia dah tak bleh nak belajar sgt, baru tukar cari taska lain...oh..this coming saturday dia ada Sports Day kat kompleks sukan seksyen 15..tak tau la macammana nti..

The youngest one still malas nak belajar berjalan..kitaorg pun malas nk paksa2 dia..biar dia pandai sendiri je nanti..tapi dia ada habit baru..suka baling barang..tak kira la botol susu, puting, cawan, remote tv,kalau dia tak nak, dia main baling je..don't ever give her ur handphone unless u want to buy the new one!Kat nursery dia ada budak bwk botol susu kaca, dh 2 botol dipecahkannya..sabar je la..dah baling boleh gelak plak tu..nakal betul si kecik ni skrg..kakak dia dah tak larat nk layan dia..

Latest pics of them..

Monday, June 23, 2008

Mini gathering @Seoul Garden Rest.

Assalamualaikum wbt...

Entry for today sepatutnya dah diupload lama dah tp sebab beberapa masalah teknikal & kekurangan masa, hr ni baru dpt upload..

Kisah mini-gathering yg kitaorg buat kat Seoul Garden Restaurant, Plaza Pantai 7/6/08 yang lepas..It was great to lepak and makan2 with old time frens..ada yg selalu gak jumpa, ada yg dah about 10 years tak jumpa, ada yg still bachelor and mostly yg dah beranak pinak..including me la!The food was great..paling best udang steambot..berekor2 gak me melantak udang mlm tu...thank to my hubby coz bagi peluang me to makan and chit chat with my frens..and to my daughters for their good habits on that night..for those yg belum join hopefully next time boleh luangkan masa utk jumpa balik kawan2 lama ni..

Penjelasan Oleh CEO PETRONAS

Assalamualaikum wbt..

Act entry ni dah ditulis beberapa hari yg lalu (the day after the live telecast from RTM-an interview with PETRONAS's CEO) tp tak sempat nk upload due to some technical error..hope it's not too late..

Entry hari ni masih lagi mengenai isu minyak..hehe..boleh tahan jugak den ni..best pulak rasanyo mengkaji pasal ekonomi dan politik ni..dulu den saloh ambik course agaknya kat U dulu..patut amik ekonomi & politik, bukannya amik Biokimia..hehehe…bukan apa just nak share information yg ada..

Semalam pada sapa2 yang tengok “:Bersemuka dengan CEO Petronas; Tan Sri Hassan Merican’ kat TV1, NTV7 & TV9 mungkin serba sedikit boleh memahami apakah sebenarnya fungsi dan sumbangan petronas terhadap rakyat dan Negara…dan mungkin jugak ada segelintir yg berfikir negative ‘alah..tipu je tu..mesti ada lagi yg terselindung’..susah kan?Bak kata Tan Sri tu semalam, ‘nak telus macammana lagi?’..yg harus memberi penjelasan lanjut mengenai subsidi adalah pihak kerajaan yg bertanggungjawab sepenuhnya menguruskan segala hasil yg diberi oleh petronas dan syarikat2 GLC(syarikat berkaitan kerajaan) yg lain.

Sepatutnya wawancara semalam tu patut ada wakil dari pihak kerajaaan (kalau PakLah sendiri lagi bagus)..so takdela Tan Sri tu pening nk menjawab soalan2 yg di luar bidang kuasanya..tapi wawancara semalam sedikit sebanyak memberi pemahaman kpd rakyat antaranya mengenai perbandingan harga minyak M’sia dgn negara2 pengeluar minyak yg lain (sbb Negara lain gali minyak di darat, M’sia gali di laut dalam..so kos jauh lebih tinggi of course la!)..tp1 jam wawancara tu memang tak cukup la nk puaskan hati semua especially berkaitan subsidi yg sepatutnya dijawab oleh kerajaan..hopefully RTM boleh buat wawancara berkaitan subsidi pulak dengan orang yg bertanggungjawab..telus jgn tak telus!

Kesian jugak kat staf2 petronas yang dah ‘dibenci’ oleh rakyat sebab kononnya diaorang dapat gaji banyak, bonus berbulan2 tapi tak boleh bagi subsidi minyak pada rakyat..ni la pemahaman yg pada den agak salah..pado pandangan den la...sepatutnya kita appreciate la diaorg sanggup pegi bekerja di tengah2 lautan dok atas platform berbulan2 tinggalkan anak bini dan keseronokan di darat semata-mata nak dapatkan minyak dan bagi duit pada kerajaan..kalau dikaji lebih sikit, gaji & bonus yg diterima oleh staf petronas tu ciput sgt jika dibandingkan dengan syarikat2 oil & gas yg lain..dan rasanya berbaloi la mereka diberi ganjaran dengan risiko kerja yg tinggi jika dibandingkan mereka yg hanya bekerja di daratan, dlm bilik aircond, makan sedap2, tinggal dgn anak bini, gaji & bonus boleh tahan jugak…bukanle den ni nk membela tp sekadar nk kongsi pendapat. Bersyukurla dgn apa yg ada dan jgnle nak dengki mendengki sesame kita..tak ke mana pun..balik2 yg dpt untung orang luar..sbbnya kita sendirila, marahkan nyamuk, kelambu dibakar, gajah di ladang ditatang dipuja, lama2 gajah tu pijak kepala, habis satu kampong dimusnahkan (apa yg aku melalut ni?)..secara telusnya apa yg den nk maksudkan ialah kita marahkan petronas syarikat milik bumiputera tempatan, so kita boikot petronas, pi la isi minyak kat stesen minyak lain Esso ke Shell ke yg nyata milik orang asing, diaorg dpt untung boleh sumbang byk mana sgt kat negara kita?silap2 untung yg diorang dpt pi dok sumbang kat Israel (sumber tak pasti..kena kaji balik ni)..
Banyak sebenarnya yg den nk tulis ni..tapi yo la panjang berjela pulak nanti..oh ya..ada satu lg wawancara semalam yg agak menarik yg disiarkan di TV9 slps rancangan tu iaitu ‘Hujah’ yg menampilkan Dr Mahfuz Omar (ahli parlimen pokok sena) vs wakil kerajaan (tak sure sapa) sbb tak tengok sangat, tapi nampak menarik sebab Dr Mahfuz tu memang tak dinafikanlagi kehebatannya dlm berhujah..

Anyway...Marilah kita sama2 ubah cara pemikiran dan tingkatkan pemahaman kita dalam membuat keputusan yg tepat. Memang kita mengharapkan kerajaan membuat perubahan yg drastik untuk menurunkan harga minyak dan seterusnya harga barang2 lain supaya tidak membebankan rakyat..tapi kita sendiri perlu berfikiran positif dan bertindak bijak dlm menangani setiap masalah yg datang. Kaji dan dengar dari kedua-dua belah pihak..jgn main ikut sedap cakap jer…dan jauhkanlah dari fitnah memfitnah sbb fitnah tu dosanya lagi besar dari membunuh (semua org tau tu kot)…org luar memang suka bila kita dok bertelagah sesame kita, diaorg dok kaut untung atas angin jer..yg rugi kita la..

Sama2 lah kita berdoa supaya kita dan keturunan kita yg seterusnya nanti akan sentiasa dilindungi oleh Allah SWT dan negara kita ini sentiasa di dalam keadaan yg aman damai dan semoga Pak Lah dan kuncu2 nya diberi hidayah untuk membuat keputusan yg bijak dan efektif.

Pohon maaf jika ada tulisan sy yg mengguris hati mana-mana pihak. Sekadar pandangan untuk difikirkan bersama...Yg baik itu datangnya dari Allah dan yg buruk itu dari kelemahan saya sendiri. Wallahua’lam.

Tuesday, June 17, 2008

Mana satu nak percaya ni??

Assalamualaikum..

Just nak share something yg membuatkan saya agak keliru. Dah tak tau mana satu yg harus dipercayai. Dalam dunia yang tiada sempadan ni, segala benda yg tak terjangkau dek fikiran kita boleh berlaku dan manusia sekarang sanggup buat apa saja demi kepentingan sendiri.Yang kaya makin kaya, yg miskin makin papa.

Isu minyak la apa lagi..sejak minyak asyik naik ni, macam2 email yg diterima yg cuba membongkar fakta sebenar pihak2 yg bertanggungjawab dalam isu minyak ni..sama ada fakta2 yg diberikan itu benar atau fitnah, susah nak diselidiki sebab nampak macam semuanya tak boleh dipercayai..sesetengah pihak cakap jgn guna minyak shell/mobil yg merupakan pengaut keuntungan yg besar dlm industri minyak, setengah pihak pulak ckp jgn pakai minyak tempatan sebab minyak kita beli di stesen minyak tempatan tu tak berkualiti dan ditipu oleh syarikat yg bertanggungjawab demi utk mengaut keuntungan yg lebih..mana satu yg betul ni???(p/s:entry semalam den siap promote suruh guna minyak tempatan, tup2 pg ni den dpt email ckp minyak tempatan tu tak berkualiti..huhu..poning den!)

Bila pihak berwajib mengeluarkan kenyataan yg menunjukkan fakta sebenar, dikatakan masih ada yg disembunyikan..habis dari mana nak dapat fakta yg sebenarnya yg keasliannya tidak dpt disangkal? Kerajaan bagi fakta, tak boleh percaya, pembangkang buat fakta, tak boleh nk percaya jugak, masing2 ada kepentingan masing2...habis kita sbg rakyat ni nak percaya pada sapa?

Monday, June 16, 2008

Minyak oh Minyak!

Assalamualaikum wbt..

Wah terasa lamanya tak update my blog nih..dari harga minyak RM1.92/L sampai dah RM2.70/L dah…huhu..lama sungguh..ramai yg kecewa bila kerajaan naikkan harga bahan bakar kan??ye la..minyak adalah satu keperluan asas yang memang orang tak boleh hidup tanpanya (betul ker?)..nak pegi keje guna minyak,nak pegi kedai guna minyak, nak htr anak sekolah guna minyak, nak balik kampung guna minyak..habis macammana nak hidup kalau takde minyak??memang kenaikan harga minyak yg mendadak ni amat membebankan especially bagi mereka yg berpendapatan rendah..bila minyak naik automatically semua barang akan naik sbb nak dptkan barang2 tu mesti kena guna minyak..dah memang ‘azali’nya macam tu, nk buek camno? Tapi tu la..kena berjimat cermat la..

Kalau sebelum ni makan 3 kali sehari, kurangkan jd 2 kali sehari (jgn makan malam so that pada masa yg sama boleh slimkan badan..hehe)..
Kalau mandi 3 kali sehari, mandilah 2 kali sehari…ala setakat duk dlm aircond kat ofis tu tak busuk mana pun..
Kalau asal cuti je mesti nak berjalan, bawak2la duduk rumah, berkebun ke, kemas rumah ke, ajar anak baca Quran ke..ada gak pekdahnya..
Kalau sebelum ni pegi keje naik kereta asing2,kongsi2 lah naik kereta tu (kalau dekatla), disamping jimat, boleh merapatkan lagi hubungan suami isteri..
Kalau sebelum ni sekali sebulan balik kampung, kurangkan sikit jd 4 bulan sekali ke baru balik (mak ayah kita mesti paham tapi kena la selalu talipon tanya khabar)…
Kalau sebelum ni asyik makan kat luar, Mcdonals la, KFC la, Pizza Hut la, bawak2 la masak kat rumah, lagi sedap wo!...

Memang tak dinafikan memang banyak pembaziran yg kita buat tanpa kita sedari..so pakat2 la muhasabah diri and ubah apa yg patut..di samping mengharapkan kerajaaan membantu kita menangani masalah kenaikan harga minyak dan keperluan hidup ni, kita tolonglah diri kita sendiri jugak..sejauh mana pun kemarahan kita pada pihak yg menaikkan harga minyak ni, takkan dapat menolong kita pun, melainkan kita yg kena tolong diri kita sendiri..mengikut sumber2 yg dipercayai, rizab minyak yg ada di negara kita ni dah tak banyak mana pun (tak caya rujuk wikipedia), so kena la belajar2 hidup berpada2..kalau kita yg tergolong dalam golongan yg berpendapatan sederhana ni dah rasa susah, apatah lagi mereka yg pendapatan tak seberapa tu..lagi susah..so belajar2 la bersyukur dengan apa yg ada..

Huh…agak panjang pulak syarahan den hr ni..hehe..takpe kan?sekali sekala..lagipun isu minyak ni memang hangat banget sekarang…pagi tadi dgr berita kat radio era yg kerajaan nk perkenalkan kad subsidi minyak..baru betui! Kad subsidi tu la yg dikatakan tindakan yg bijak..bagi limit penggunaan minyak dengan harga subsidi pada setiap rakyat and sapa yg guna over limit nak letak harga RM5/L pun letak la..akak tak kiisah..baru adil..dok gitu?jangan pulak lepas ni ada yg buat kad subsidi palsu pulak..ni yg pelik manusia nih..bila diberi kemudahan salah guna pulak..habis camno? Nak promote sikit…Sokonglah minyak tempatan!


Sama-sama la kita berdoa semoga negara kita yg tercinta ini kekal dlm aman makmur nahi mungkar.Aminnn.

Wednesday, June 04, 2008

The first day of school..

Salam,

Today is the first day for my first daughter at Rehal-Centre playschool..hopefully she can adapt with the new environment, teachers & friends. For the first week, belum start kelas lg coz the teachers nk bagi the children adapt dgn tempat baru..then next week baru start kelas..


and si adik still maintain stay kat tadika raudhatul ulya sbb dia dah biasa dgn babysitter kat situ..
These some pics during nabila's 1st bday celebration

Monday, June 02, 2008

Happy Birthday Sweet Little Princess

Assalamualaikum wbt..

Hari ni Nabila dah pun genap setahun..cepat betul masa berlalu.Rasa baru semalam mama lahirkan Nabila.So far Nabila dah boleh bangun sendiri tapi berjalan belum lagi..takpe sayang, take your time..tapi aktifnya mak ai..kalau dlm kereta memang tak bleh duduk diam..penat melayan..bila time dia tido baru lah lega sikit..itupun dengan gaya tido yg bermacam ragam..but she's so sweet..


And last 31st May 2008 was mama & papa's anniversary yg ke-5..hmm dah 5 tahun rupanya mama & papa hidup bersama dan dikurniakan 2 puteri yg comel2..semoga rumahtangga kami sentiasa dirahmati dan dirahmati Allah dan kekal hingga ke syurga.. To my beloved hubby, thank you for being a very patient partner to me ..i'll give u all my best and will always love you now and forever.


Actually last wednesday we all balik kampung to attend 2 wedding ceremonies and just sampai kl pkl 12.30am semalam..these a few pics taken during balik kampung..sempat gak singgah pantai irama bachok makan sotong goreng..and it was the first time Nabila tengok pantai..huhu