Tuesday, June 17, 2008

Mana satu nak percaya ni??

Assalamualaikum..

Just nak share something yg membuatkan saya agak keliru. Dah tak tau mana satu yg harus dipercayai. Dalam dunia yang tiada sempadan ni, segala benda yg tak terjangkau dek fikiran kita boleh berlaku dan manusia sekarang sanggup buat apa saja demi kepentingan sendiri.Yang kaya makin kaya, yg miskin makin papa.

Isu minyak la apa lagi..sejak minyak asyik naik ni, macam2 email yg diterima yg cuba membongkar fakta sebenar pihak2 yg bertanggungjawab dalam isu minyak ni..sama ada fakta2 yg diberikan itu benar atau fitnah, susah nak diselidiki sebab nampak macam semuanya tak boleh dipercayai..sesetengah pihak cakap jgn guna minyak shell/mobil yg merupakan pengaut keuntungan yg besar dlm industri minyak, setengah pihak pulak ckp jgn pakai minyak tempatan sebab minyak kita beli di stesen minyak tempatan tu tak berkualiti dan ditipu oleh syarikat yg bertanggungjawab demi utk mengaut keuntungan yg lebih..mana satu yg betul ni???(p/s:entry semalam den siap promote suruh guna minyak tempatan, tup2 pg ni den dpt email ckp minyak tempatan tu tak berkualiti..huhu..poning den!)

Bila pihak berwajib mengeluarkan kenyataan yg menunjukkan fakta sebenar, dikatakan masih ada yg disembunyikan..habis dari mana nak dapat fakta yg sebenarnya yg keasliannya tidak dpt disangkal? Kerajaan bagi fakta, tak boleh percaya, pembangkang buat fakta, tak boleh nk percaya jugak, masing2 ada kepentingan masing2...habis kita sbg rakyat ni nak percaya pada sapa?

No comments: