Monday, June 16, 2008

Minyak oh Minyak!

Assalamualaikum wbt..

Wah terasa lamanya tak update my blog nih..dari harga minyak RM1.92/L sampai dah RM2.70/L dah…huhu..lama sungguh..ramai yg kecewa bila kerajaan naikkan harga bahan bakar kan??ye la..minyak adalah satu keperluan asas yang memang orang tak boleh hidup tanpanya (betul ker?)..nak pegi keje guna minyak,nak pegi kedai guna minyak, nak htr anak sekolah guna minyak, nak balik kampung guna minyak..habis macammana nak hidup kalau takde minyak??memang kenaikan harga minyak yg mendadak ni amat membebankan especially bagi mereka yg berpendapatan rendah..bila minyak naik automatically semua barang akan naik sbb nak dptkan barang2 tu mesti kena guna minyak..dah memang ‘azali’nya macam tu, nk buek camno? Tapi tu la..kena berjimat cermat la..

Kalau sebelum ni makan 3 kali sehari, kurangkan jd 2 kali sehari (jgn makan malam so that pada masa yg sama boleh slimkan badan..hehe)..
Kalau mandi 3 kali sehari, mandilah 2 kali sehari…ala setakat duk dlm aircond kat ofis tu tak busuk mana pun..
Kalau asal cuti je mesti nak berjalan, bawak2la duduk rumah, berkebun ke, kemas rumah ke, ajar anak baca Quran ke..ada gak pekdahnya..
Kalau sebelum ni pegi keje naik kereta asing2,kongsi2 lah naik kereta tu (kalau dekatla), disamping jimat, boleh merapatkan lagi hubungan suami isteri..
Kalau sebelum ni sekali sebulan balik kampung, kurangkan sikit jd 4 bulan sekali ke baru balik (mak ayah kita mesti paham tapi kena la selalu talipon tanya khabar)…
Kalau sebelum ni asyik makan kat luar, Mcdonals la, KFC la, Pizza Hut la, bawak2 la masak kat rumah, lagi sedap wo!...

Memang tak dinafikan memang banyak pembaziran yg kita buat tanpa kita sedari..so pakat2 la muhasabah diri and ubah apa yg patut..di samping mengharapkan kerajaaan membantu kita menangani masalah kenaikan harga minyak dan keperluan hidup ni, kita tolonglah diri kita sendiri jugak..sejauh mana pun kemarahan kita pada pihak yg menaikkan harga minyak ni, takkan dapat menolong kita pun, melainkan kita yg kena tolong diri kita sendiri..mengikut sumber2 yg dipercayai, rizab minyak yg ada di negara kita ni dah tak banyak mana pun (tak caya rujuk wikipedia), so kena la belajar2 hidup berpada2..kalau kita yg tergolong dalam golongan yg berpendapatan sederhana ni dah rasa susah, apatah lagi mereka yg pendapatan tak seberapa tu..lagi susah..so belajar2 la bersyukur dengan apa yg ada..

Huh…agak panjang pulak syarahan den hr ni..hehe..takpe kan?sekali sekala..lagipun isu minyak ni memang hangat banget sekarang…pagi tadi dgr berita kat radio era yg kerajaan nk perkenalkan kad subsidi minyak..baru betui! Kad subsidi tu la yg dikatakan tindakan yg bijak..bagi limit penggunaan minyak dengan harga subsidi pada setiap rakyat and sapa yg guna over limit nak letak harga RM5/L pun letak la..akak tak kiisah..baru adil..dok gitu?jangan pulak lepas ni ada yg buat kad subsidi palsu pulak..ni yg pelik manusia nih..bila diberi kemudahan salah guna pulak..habis camno? Nak promote sikit…Sokonglah minyak tempatan!


Sama-sama la kita berdoa semoga negara kita yg tercinta ini kekal dlm aman makmur nahi mungkar.Aminnn.

No comments: