Monday, June 23, 2008

Penjelasan Oleh CEO PETRONAS

Assalamualaikum wbt..

Act entry ni dah ditulis beberapa hari yg lalu (the day after the live telecast from RTM-an interview with PETRONAS's CEO) tp tak sempat nk upload due to some technical error..hope it's not too late..

Entry hari ni masih lagi mengenai isu minyak..hehe..boleh tahan jugak den ni..best pulak rasanyo mengkaji pasal ekonomi dan politik ni..dulu den saloh ambik course agaknya kat U dulu..patut amik ekonomi & politik, bukannya amik Biokimia..hehehe…bukan apa just nak share information yg ada..

Semalam pada sapa2 yang tengok “:Bersemuka dengan CEO Petronas; Tan Sri Hassan Merican’ kat TV1, NTV7 & TV9 mungkin serba sedikit boleh memahami apakah sebenarnya fungsi dan sumbangan petronas terhadap rakyat dan Negara…dan mungkin jugak ada segelintir yg berfikir negative ‘alah..tipu je tu..mesti ada lagi yg terselindung’..susah kan?Bak kata Tan Sri tu semalam, ‘nak telus macammana lagi?’..yg harus memberi penjelasan lanjut mengenai subsidi adalah pihak kerajaan yg bertanggungjawab sepenuhnya menguruskan segala hasil yg diberi oleh petronas dan syarikat2 GLC(syarikat berkaitan kerajaan) yg lain.

Sepatutnya wawancara semalam tu patut ada wakil dari pihak kerajaaan (kalau PakLah sendiri lagi bagus)..so takdela Tan Sri tu pening nk menjawab soalan2 yg di luar bidang kuasanya..tapi wawancara semalam sedikit sebanyak memberi pemahaman kpd rakyat antaranya mengenai perbandingan harga minyak M’sia dgn negara2 pengeluar minyak yg lain (sbb Negara lain gali minyak di darat, M’sia gali di laut dalam..so kos jauh lebih tinggi of course la!)..tp1 jam wawancara tu memang tak cukup la nk puaskan hati semua especially berkaitan subsidi yg sepatutnya dijawab oleh kerajaan..hopefully RTM boleh buat wawancara berkaitan subsidi pulak dengan orang yg bertanggungjawab..telus jgn tak telus!

Kesian jugak kat staf2 petronas yang dah ‘dibenci’ oleh rakyat sebab kononnya diaorang dapat gaji banyak, bonus berbulan2 tapi tak boleh bagi subsidi minyak pada rakyat..ni la pemahaman yg pada den agak salah..pado pandangan den la...sepatutnya kita appreciate la diaorg sanggup pegi bekerja di tengah2 lautan dok atas platform berbulan2 tinggalkan anak bini dan keseronokan di darat semata-mata nak dapatkan minyak dan bagi duit pada kerajaan..kalau dikaji lebih sikit, gaji & bonus yg diterima oleh staf petronas tu ciput sgt jika dibandingkan dengan syarikat2 oil & gas yg lain..dan rasanya berbaloi la mereka diberi ganjaran dengan risiko kerja yg tinggi jika dibandingkan mereka yg hanya bekerja di daratan, dlm bilik aircond, makan sedap2, tinggal dgn anak bini, gaji & bonus boleh tahan jugak…bukanle den ni nk membela tp sekadar nk kongsi pendapat. Bersyukurla dgn apa yg ada dan jgnle nak dengki mendengki sesame kita..tak ke mana pun..balik2 yg dpt untung orang luar..sbbnya kita sendirila, marahkan nyamuk, kelambu dibakar, gajah di ladang ditatang dipuja, lama2 gajah tu pijak kepala, habis satu kampong dimusnahkan (apa yg aku melalut ni?)..secara telusnya apa yg den nk maksudkan ialah kita marahkan petronas syarikat milik bumiputera tempatan, so kita boikot petronas, pi la isi minyak kat stesen minyak lain Esso ke Shell ke yg nyata milik orang asing, diaorg dpt untung boleh sumbang byk mana sgt kat negara kita?silap2 untung yg diorang dpt pi dok sumbang kat Israel (sumber tak pasti..kena kaji balik ni)..
Banyak sebenarnya yg den nk tulis ni..tapi yo la panjang berjela pulak nanti..oh ya..ada satu lg wawancara semalam yg agak menarik yg disiarkan di TV9 slps rancangan tu iaitu ‘Hujah’ yg menampilkan Dr Mahfuz Omar (ahli parlimen pokok sena) vs wakil kerajaan (tak sure sapa) sbb tak tengok sangat, tapi nampak menarik sebab Dr Mahfuz tu memang tak dinafikanlagi kehebatannya dlm berhujah..

Anyway...Marilah kita sama2 ubah cara pemikiran dan tingkatkan pemahaman kita dalam membuat keputusan yg tepat. Memang kita mengharapkan kerajaan membuat perubahan yg drastik untuk menurunkan harga minyak dan seterusnya harga barang2 lain supaya tidak membebankan rakyat..tapi kita sendiri perlu berfikiran positif dan bertindak bijak dlm menangani setiap masalah yg datang. Kaji dan dengar dari kedua-dua belah pihak..jgn main ikut sedap cakap jer…dan jauhkanlah dari fitnah memfitnah sbb fitnah tu dosanya lagi besar dari membunuh (semua org tau tu kot)…org luar memang suka bila kita dok bertelagah sesame kita, diaorg dok kaut untung atas angin jer..yg rugi kita la..

Sama2 lah kita berdoa supaya kita dan keturunan kita yg seterusnya nanti akan sentiasa dilindungi oleh Allah SWT dan negara kita ini sentiasa di dalam keadaan yg aman damai dan semoga Pak Lah dan kuncu2 nya diberi hidayah untuk membuat keputusan yg bijak dan efektif.

Pohon maaf jika ada tulisan sy yg mengguris hati mana-mana pihak. Sekadar pandangan untuk difikirkan bersama...Yg baik itu datangnya dari Allah dan yg buruk itu dari kelemahan saya sendiri. Wallahua’lam.

No comments: