Monday, July 14, 2008

Negaraku Malaysia



Assalamualaikum wbt…

Entry hr ni agak beremosi sikit..sebab dah penat dah dgn isu politik yg makin menjadi-jadi di Malaysia ni…apa la nak jadi dgn negara kita ni? Bila difikir2kan risau pulak mengenangkan nasib anak2 kita nanti..ternyata sekarang ini ketuanan Melayu telah diperkotak-katikkan oleh mereka yang sebenarnya langsung tak berhak untuk mempersoalkan hak dan keistimewaan orang Melayu di bumi Malaysia ini..saya bukanlah seorang yang arif tentang sejarah dan politik apatah lagi tentang undang2..tetapi sebagai orang Melayu yang beragama Islam, saya rasa terpanggil untuk lebih mendalami isu2 ini demi masa depan anak-anak kita semua..

Saya teruja membaca artikel2 yang ditulis dalam laman blog Tun Dr M mengenai kontrak social Malaysia yang dibangkitkan semula oleh pihak2 yg tidak sedar diri..mempersoalkan kembali kontrak yg telah diterima sejak 50 tahun yg lalu..

Mengapa harus mempersoalkan semula keistimewaan orang Melayu sedangkan Negara Malaysia ini sememangnya hak milik orang Melayu?
Mengapa ada orang Melayu sendiri yang sanggup menggadaikan maruah bangsa semata-mata untuk mendapatkan kuasa dan harta?

Puas saya berfikir mengenai keadilan yang diperjuangkan oleh sesetengah pihak yg kononnya mahu semua kaum diberi hak yg sama..wajarkah?apakah ‘keadilan’ sebenar yg dicari?tidakkah kita sedar bahawa orang melayu semakin terpencil sama ada dari segi ekonomi, politik dan pendidikan..tanah2 yg ada di Malaysia ini pun sedang dikuasai oleh kaum lain tanpa kita sedari..bukan kita orang melayu mahu mementingkan diri sendiri tapi kita harus memperjuangkan hak kita supaya kita tidak menjadi hamba di negara sendiri..

Setahu saya tidak ada satu pun negara di dunia ini yang membenarkan bangsa asing masuk campur urusan politik dan pentadbiran negara melainkan Malaysia. Kita lihat saja contoh terdekat iaitu Indonesia, Singapura dan Thailand. Perlembagaan negara langsung tidak dipertikaikan tapi mengapa di Malaysia bangsa asing begitu taksub memperkotak katikkan hak orang melayu yg secara jelasnya memiliki Malaysia?Mereka patut bersyukur dapat hidup aman dan mengamalkan cara hidup dan agama mereka dengan bebas di Malaysia.

Saya amat berharap agar Allah memberi petunjuk dan kebijaksanaan kepada pemimpin2 Melayu yg ada sekarang untuk bersatu dan bangkit memperjuangkan agama dan bangsa bukan bertelagah fitnah memfitnah sesame sendiri.

Jika UMNO boleh duduk semeja dengan MCA dan MIC…
Jika PAS boleh duduk semeja dengan PKR dan DAP…
Mengapa UMNO dan PAS tak boleh duduk semeja?

Kepada umat Islam di luar sana, marilah kita sama2 mengadakan solat hajat memohon agar Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada pemimpin2 kita demi memperjuangkan agama dan bangsa dan mendaulatkan negara kita yg tercinta ini.

p/s: wah..panjang lebar pulak den berceloteh pasal politik ni..haha..sekali sekalo membincangkan masalah negaro apo salah eh..hidup Islam!

2 comments:

Anonymous said...

And also we ensure that when we enter in this specific blog site we see to it that the topic was cool to discuss and not a boring one.

Anonymous said...

Damu pa kmu to?.. Nano ni klase blog man?