Wednesday, February 18, 2009

Balik Kampung

Assalamualaikum wbt..

Hmm...esok ptg we all 3 beranak akan balik kampung to visit ayah yg still kat ward HTM. End of Feb br blk KL balik. Tadi dh call my niece yg amik shift jaga ayah kat ward..Alhamdulillah ayah dah makin ok cuma still x bleh gerak/bangun..dah bleh borak la..mungkin take time jugak nak recover tulang rusuk yg patah tu..hopefully there'll be no other complication la..insyaAllah.

So..until then take care everybody..and thanx to semua yg concern..

Wassalam.

Tuesday, February 17, 2009

Bad News

Assalamualaikum wbt..

Tengahari td dpt call dr my sister kat kampung..bad news..ayah accident motor..dia on the way dari pasar TM nak balik rumah..mungkin sbb panas sangat so tak nampak..dia langgar motor yg berhenti tepi jalan..teruk jugak..patah 4 tulang rusuk belah kiri..mungkin sbb dia jatuh terhentak dada kuat..hati aku meronta2 nak balik tapi nk wat camne hubby xde..susah la..skrg ni ayah dah admit kat wad HTM..hopefully dia takde complication lain..insyaAllah..aku cuba cari solution nk blk..mgkin dgn flight..tp tu la airport PC dgn umah aku tu jauh..dlm 40min-1 jam jgk la..kalau bleh tak nak menyusahkan orang pegi amik pegi htr..tp nk wat camne..aku lone ranger dgn amnak2 kecik..nak naik cab tak konfiden la plak..abang aku yg kat sini plak nk kena pegi penang esok and dia direct terus blk kampung..kalau tak aku bleh tumpang dia jer..

Tp aku try gakla balik..sian mak..mesti dia risau..dahla dia pun tak habis lagi sisa2 cikugunya yg dia kena 2 minggu lepas..sian mak..smeoga Allah beri mak aku ketabahan dan ringankan sakit ayah aku..Aminn.

Sunday, February 15, 2009

Menghitung hari...detik demi detik..

Assalamualaikum wbt...

Hehehe..menghitung hari tunggu hubby balik..huhu..lagi 3 minggu..nasib baik bulan ni ada 28 hari je..takla lama sgt rasanya.hehehe..boring btul hubby takde lama ni..especially weekend la..

Hmm..weekend ni takde apa..mostly spent time online dgn hubby je..keluar jap pegi bintang beli brg dapur tu je la..ptg tadi jiran depan rumah buat majlis solat hajat utk anak dia yg nk fly ke AUS buat degree..pegi la kejap..banyak plak Nabila makan nasi dagang..sedap..

Oh ya..hari jumaat hr tuh terpaksa pegi bengkel kereta sbb window kereta belakang tak boleh tutup rapat..hubby ckp mungkin sbb dia py dlm dah pe..memang pecah pun..kena tukar baru..huhu..for the first time of my life bwk keta pegi bengkel..heheh..kopak jgk RM200 utk satu pintu tu..kalau yg ori lagi mahal..hmm..



Hari ni pagiterus buat breaklunch...for the first time aku try buat sizzling yee mee by myself..boleh la..tp aku terlebih letak cili kering & black pepper..pedas..kesian nabila x dpt makan..and masin skit..mgkin terlebih sos tiram..will improve later...

Thursday, February 12, 2009

Kutu kepala..

Assalamualaikum wbt...

Hmm..jap td Najwa mengadu gatal kepala..aku pun try la selak2 rambut dia..sekali jumpa TELUR KUTU!!!Adus...leceh betul ni..dh mula dah..ni la risiko nya budak2 kat nursery/taska/sekolah..bila ada pembawa semua kena...banyak gak aku dpt 'tindas' telur kutu tu td..ada la dlm 7-8 biji (biji ke penjodoh bilangan dia?hehe)..esok kena pegiklinik mtk ubat kutu ni..karang dgn aku2 sekali berjangkit kutu tu..ni info psl kutu kepala yg aku jumpa

Kutu Kepala

Kutu kepala adalah serangga yang pipih dan tidak mempunyai sayap. Kutu kepala hidup pada rambut manusia. Panjang kutu kepala adalah kira-kira 2-4 mm dan mereka biasanya ditemui pada kulit kepala di bahagian belakang. Kutu kepala menghisap darah manusia. Semasa menghisap darah, air liur mereka tertumpah pada kulit kepala. Ini menyebabkan rasa gatal.

Kutu kepala betina menghasilkan kira-kira 6 biji telur setiap hari. Telur ini yang dipanggil ‘nit’, adalah terlekat dengan kuat pada pangkal rambut. Telur ini menetas dalam masa satu minggu, dan menghasilkan lebih banyak kutu. Kutu kepala tidak hanya memilih persekitaran yang kotor sahaja. Mereka hidup dalam keadaan rambut yang bersih mahupun yang kotor. Masalah kutu kepala adalah biasa di kalangan kanak-kanak sekolah.

Kitar hidup

Kutu kepala menyerang pada kulit kepala. Parasit-parasit ini makan dengan menghisap darah perumah mereka. Kutu betina menghasilkan telur yang melekat kepada bahagian bawah lembaran rambut. Telur kutu ini akan menetas dalam masa 8 -10 hari dan menjadi matang dalam masa 2 minggu dan seluruh kitar hidup akan bermula lagi. Kutu kepala dapat disebarkan daripada seseorang kepada orang lain sama ada dengan merangkak atau jatuh ke atas pakaian atau cadar dan berpindah ke perumah lain, atau melalui perkongsian aksesori rambut seperti sikat, berus, tuala dan sebagainya.

Simptom
v Rasa yang sangat gatal pada kulit kepala atau di belakang telinga dan leher.
v Sentiasa menggaru sehingga menyebabkan ruam yang kerapkali kelihatan di belakang
telinga.
v Bintik-bintik putih pada rambut (iaitu telur kutu) yang melekat kepada rambut.
v Nodus limfa yang bengkak di sebalik telinga dalam keadaan yang teruk.
v Dalam kes-kes yang teruk, jangkitan bakteria sekunder mungkin berlaku pada kawasan
kulit yang pecah akibat digaru dengan kuat.

Apa yang anda boleh buat

v Gunakan syampu berubat atau losen kutu kepala (Tanya doctor atau ahli farmasi mengenai losen yang sesuai) untuk membunuh kutu. Keringkan rambut anda dengan sempurna,kemudian buangkan semua kutu yang mati dan telur kutu dengan sikat yang bergigi halus(sikat kutu). Ulangi rawatan sekali setiap minggu yang berikutnya sehingga semua kutu yang baru menetas dibunuh. Ini kerana syampu ini tidak membunuh telur kutu. Contoh losen yang boleh digunakan untuk merawat kutu kepala adalah seperti losen yang mengandungi lindane (gamma benzin heksaklorida) dan permethrin. Bagi kanak-kanak, lindane harus digunakan seperti yang diarahkan. Penggunaan yang berlebihan akan menyebabkan kesan mudarat yang teruk. Secara umumnya, bagi rawatan yang lengkap,sapukan produk tersebut (50 ml losen atau 50-100 ml pembilas krim) pada kulit kepala lebih kurang 2 kali dengan selang masa 7 hari di antara kedua-duanya. Kulit kepala harus dibalut dengan tuala dan ubat harus dibiarkan di situ selama sekurang-kurangnya 12 jam.
v Buangkan telur kutu – Celupkan sikat bergigi halus ke dalam cuka suam sebelum menyikat rambut, kerana cuka boleh melonggarkan bahan seperti gam yang melekatkan telur kutu kepada rambut.
v Periksa rambut ahli keluarga dan rawat jika perlu. Elakkan daripada menggunakan losen kutu pada bayi di bawah usia 1 tahun dan wanita hamil. Dalam kes-kes ini, pembuangankutu secara manual harus dilakukan secara perlahan-lahan.
v Topi harus dicuci-keringkan.
v Semua berus dan sikat dan bahan lain yang telah digunakan pada rambut yang telah
dijangkiti dengan kutu kepala harus direndam dalam losyen kutu atau alkohol selama
beberapa jam, dicuci dan dikeringkan sepenuhnya.
v Semua cadar dan alas kerusi harus dicuci dengan air panas dan dikeringkan di bawah
cahaya matahari atau dalam kitar panas mesin pengering.
v Vakumkan semua tilam, permaidani, alas kaki dan perabot yang dibalut dengan kain.
v Bagi jangkitan sekunder pada ruam atau calar, berjumpalah dengan doctor untuk rawatan.
v Gunakan semua ubat kutu seperti yang diarahkan.

Pencegahan

v Elakkan daripada berkongsi berus, sikat dan aksesori rambut dan sebagainya.
v Elakkan daripada berkongsi tuala.
v Jangan menghantar kanak-kanak yang diinfestasi kutu ke sekolah sehingga mereka telah dirawat dengan sempurna.

Aku pun tak perasan sejak bila dia membela telur kutu di kepalanya..masalah..masalah...

Wassalam

Tuesday, February 10, 2009

Wishlist

Assalamualaikum wbt..

nak wat N3 lagi hr ni..hehe..semalam hubby suruh tgk satu website ni utk survey stroller..dia ckp kat ca murah la and takde kt dlm M'sia ni..tapi bila browse web tu aku berkenan benda lain la plak..all for the kids..tgk la kt bwh ni..bestnya kalau dpt..ye la aku masa kecik2 dulu tak dpt benda2 ni semua..so dpt bagi kat anakpun jadi la..






Tapi..kt M'sia ni mana nk cari ek??aku ni memang agakobses la dgn pink..tak tau la knape..tp memang agak 'pantang' jumpa benda2 yg pinky2 nih..sampai akak kt ofis aku kata kalau nk jual apa2 kat aku bwk je yg warna pink mesti aku beli..hehe..xdela sampai mcm tu..kalau xde duit takdenya aku nk beli..tp benda2 kt atas tu memang aku berkenan..Najwa pun mesti berkenan sebab dia pun mewarisi gen aku yg minat dgn pink tu..hehehe..(mama yg lebih2 plak)..

Wallahu'alam.

Pecah Rumah & Cubaan Samun

Assalamualaikum wbt..

Pagi ni bukak je email ada satu lagi berita yg menakutkan aku..satu cubaan samun telah berlaku tapi telah digagalkan oleh pasukan RELA yg bertugas mengawal kat situ..baru je minggu lepas jiran aku selang 3 buah rumah je kena pecah masuk..dua2 kejadian ni berlaku waktu siang..rumah jiran aku tu kena pecah masuk waktu hujan lebat antara jam 3-4pm dan masa tu semua org keluar bekerja..and cubaan samun tu plak berlaku semalam hari cuti lebih kurang jam 4pm..tp tak tahul sama ada tuan punya rumah tu ada ke tidak..berani betul diaorg ni kan..tak kira masa..heee takut jgk aku..dahla hubby xde nin..Na'uzubillah.

Kepada penyamun2 atau perompak2 yg terbaca blog aku nih (hehe..macam la ada)..tolongla..kesianla..cuba la cari rezeki dgn cara yg halal..org lain pun mengalami kemelesetan ekonomi jgk..kalau nk buat jahat tu ingatla dosa pahala..

Hmm..hr ni tak byk keje sgt sbb just nk kene baca pH jer..so blehla nk wat N3 tapi..idea xdela..takde apa sgt nk citer..weekend 3 hari pun xde wat ape sgt..sabtu aku sakit kepala and tak sedap badan sikit so xde la nk bwk bdk2 ni pegi jalan ke apa..ahad pun sama..lepak kat rumah jer..isnin pagi aku terpaksa pegi lab jgk so budak2 aku tumpang kat nursery kejap..lepas amik diaorg tengahari tu pegi warta jap beli apa yg patut esp susu najwa yg dah habis..nak beli susu banyak2 tak larat nk bwk (seksa betul hubby xde ni)..then balik rumah.semua tido penat..ptgnya online skype dgn hubby kejap..pastu bwk budak2 ni main kat luar rumah jap sampai maghrib..mlm kitaorg mkn maggi jer..hehehe...tu je la kisah weekend yg boring tanpa hubby...

Skrg ni M'sia sedang dilanda krisis politik yg agak melampau..ntahla..apa nk jadi pun aku tak tau..masing2 pikirlah sendiri mana yg baik dan mana yg buruk..memang tak semuanya perfect..cuma bagi aku kita tak perlu terlalu obses dgn sapa2 individu atau mana2 parti politik...Islam mengajar kita untuk bersabar, bermusyawarah dan bertolak ansur serta menghormati sesama Islam..bagi aku cara demonstrasi menunjukkan kemarahan seperti yg berlaku skrg ni akan lebih memburukkan imej Islam..orang yg ingin melihat keruntuhan Islam hanya akan bertepuk tangan melihat orang Islam berpecah belah dan berperang sesama sendiri..ini pendapat peribadi aku la..aku pun takde nk sebelah mana2 pihak (tapi biar aku je yg tahu sapa yg aku undi p/raya lepas..semoga aku berada di pihak yg benar Aminnn!)..

Wallahu'alam...

Monday, February 02, 2009

Kajian yg menarik untuk difikirkan

Assalamualaikum wbt..

Just nak share dgn semua psl satu email yg aku dpt pagi ni..bagi aku ia satu kajian yg menarik dan ada logiknya..sama2 kita fikirkan dan jadikan panduan..insyaAllah..

Petikan dari email:

"Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California , ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa. "

Diterjemahkan dari tesis Dr. Stephen Carr Leon "Why the Jews Are Genius?"


Mostly yg diamalkan oleh mereka tu sebenarnya memang dah tercatat dlm al-Quran macam makan kurma, badam, pas tu sukan memanah etc..cuma kita je yg tak buat..sedar tak sedar cara hidup kita sekarang memang byk dipengaruhi oleh Yahudi..sejak kecil kita guna barangan johnson & johnson, makan maggi and sampai sekarang pun still enjoy makan McD, pakai Levis etc..betapa besarnya sumbangan kita pada tabung Yahudi ni..

Tapi walaupun sekarang kempen boikot barangan/premis Yahudi agak memberangsangkan, ramai lagi yg belum sedar/buat2 tak sedar/memang tak nak sedar..masing2 py hal..insyaAllah me & my family akan cuba sedaya upaya utk ubah cara hidup yg berpayungkan Yahudi ni..tp apa yg dah terbeli tu kena la gun jugak..membazir pun amalan syaitan jugak...tepuk dada tanya iman.

Wallahu'alam.