Thursday, January 29, 2009

Buzy skit..

Assalamualaikum wbt..

Lebat plak hujan petang ni..jam dah pkl 5pm tp aku masih kat ofis..camne nk balik ni??tp kalau balik pun susah gak nk amik budak2 tu dlm hujan lebat ni..so update dulula blog ni..

lately aku tak dpt nak update blog ni..so many things to do..disebabkan hubby takde so aku memang membzkan diri sebusy-busynya so that aku takde la teringat sgt kat dia..tuhan saja yg tahu..kalau sebelum ni paling lama pun 2 minggu jer hubby tinggalkan korang..kali ni..esok genap sebulan hubby kat Calgary..huh..dan masih ada sebulan lebih lagi utk aku menguruskan segala2nya seorang diri di sini tanpa hubby..schedule labwork aku full dgn aktiviti fermentation dan enzyme extraction..haha..merangkak jgk aku nak buat benda baru ni..enzyme extraction ni memang baru bagi aku sbb aku tak pernah deal dgn enzyme sblm ni..byk benda yg aku kena recall balik and belajar balik..huhu..

weekend ni anak sedara aku nak dtg lepak kat rumah sebelum masuk kolej balik..sabtu plak my oldtime biochem frens nak datang rumah..so dapurku akan berasap dgn hebatnya weekend ni..hahaha..apa nak masak ni??esok kena shopping lauk pauk la nampaknya..

hmm..cuti raya cina?sabtu/ahad aku just lepak kat rumah dgn budak2..cuma ptg2 bwk diorg pegi main kat playground..isnin tu kitaorg pegi jusco equine shopping baju budak2 ni sbb masing2 baju semua dah ketat metat..dekat RM200 gak aku tarah credit card hr tu..hehehe...hajat di hati nak masuk kenny rogers tapi memandangkan takde org pun yg makan kat situ (kenny rogers pun kena boikot jugak ek?), jenguk kfc kat sebelah tu pun takde org masuk gak..so kitaorg mkn sizzling yee mee je la kat foodcourt..huhu..bagu sbetul bokiot kali ni...
hr selasa plak kitaorg pegi lepak umah my brother kat bukit puchong sbb malamnya my maksu & anak2nya akan singgah dinner kat situ sebaik shj diaorg sampai dr kedah..my sil masak nasi beriani..byk gak makan hr tuh..kitaorg balik rumah pun dh pkl 10pm..bdk2 ni tertidur dlm keta..penat..

lambat lagi ke nk reda hujan nih??nak balik ni..redah je la kot..okla..insyaAllah nti ada kelapangan aku update lagi..

Wassalam.

Monday, January 19, 2009

Hari malaszzz

Assalamualaikum wbt..

Hari ni aku memang malas..semalas-malasnya..tak pernah aku rasa semalas ini...nak layan fb pun malas..pagi tadi lepas htr budak2 igt nk balik rumah kejap je nk jemur kain and lepas tu nak pegi lab buat apa yg patut..sekali angin malasss datang..and aku bleh bantai tido sampai pkl 11.30am..bangun je pert lapar la plak td x breakfast apa pun..bukak pintu mak ai panas betul kat luar..malasnya nak kuar...tp kena gak keluar nk pegi pharmacy cari petroleum jelly for my lips yg allergy akibat try nak tukar brand lipstick..huhu..gatal and kering jadinya..bibir aku ni memang boleh terima maybelline je..tp sebab maybelline dah diisytiharkan sbg brand yahudi, aku try nk tukar brand lain..aku try pakai silkygirl..x bleh gak..membazir duit rm17.90 beli lipstick tu..xleh pakai..nk kena cari brand lain plak..adus..

Oklah..nak solat jap pastu layan citer Jelita..panas btul hr ni..nk hujan kot..so sbb malas entry hr ni skit jer..hehehe..hubby skrg ni tengah lena tidur kat sana..miss him so much!!

Oh ya..tak puas hati dgn anugerah juara lagu semalam..lagu yg ntah apa2 dpt anugerah juara lagu..hmm..terjerit2 macam org tak betul..tu semua unsur2 yahudi tu..ramai plak tu peminatnya..dunia akhir zaman...sorry pd peminat dia...yg pasti aku memang tak suka..Wallahua'lam..

Wassalam.

Thursday, January 15, 2009

Bayar Hutang Tag

Assalamualaikum wbt..

Sebelum mulakan keje hr ni..nk byr tag dari cikwankembang yg dah berkurun..maa tak mengizinkan la nak jwb..so kejap lagi nak fokus pada penulisan journal plak..baik jawab dulu..karang tumbuh fungus plak tag tuu...

Soalan:
Nyatakan 5 kedai yang anda pantang jumpa mesti nak masuk dan beli barang

Fuh...soalan ni memerlukan penggunaan akal yg panjang nak pikir nih..well..aku ni bukannya jenis yg suka sgt shopping..hehe..(ye ke??)..bukannya byk sgt pun duit nk shopping menyopping ni..sejak kitaorg beli rumah ni byk duit dihabiskan utk rumah jer..kena la jimat cermat sikit..tapi wanita dan shopping memang tak dpt dipisahkan..cuma berduit dgn tak berduit jer..aku ni plak jenis yg takde la nak beli brg yg mahal2 + brand yg glam2 tu..cukup asal sedap mata memandang dan berbaloi membelinya..kedai yg aku suka masuk..

1) Manjaku
Kedai ni just depan area rumah aku jer..bagi aku kedai ni complete utk keperluan brg baby..kalau time sale memang best borong baju utk budak2 ni

2) Romantika
Kedai ni kat dalam WARTA shopping complex kat bangi jugak..jual kelengkapan rumah ala english country style..i like!!!brg2 dia lebih kurang vantage py style la tp lebih murah..kalau masuk kedai ni mesti beli wpun brg kecik yg harga dia less than RM10..

3) JUSCO
Kalau nak cari baju budak2 ni memang tuju kat sini la..banyak choice and puas hati.

4) Dunkin Donut
Memang favourite.kalau lalu kat stall dia dlm alamanda putrajaya tu mesti nak singgah beli..Najwa pun suka..tapi lately dah stop dah sebab aku dah berazam nak boikot produk israel & US!

5) Sinma
Kedai ni mesti nak masuk kalau lalu..selalunya beli getah rambut and sepit utk budak2 ni la...getah rambut asyik hilang je..

Hmm..tu je la kot..aku pun bukannya kaki shopping sgt..kalau shopping barang dapur kat supermarket pun selalu hubby yg lebih2 shopping..aku tak leh nak fokus sgt sbb dok layan karenah budak2 ni..

So okla..nak fokus benda lain plak..

Wassalam

Tuesday, January 13, 2009

Semangat baru??

Assalamualaikum wbt..

Hari ni aku berjaya menggagahkan diri ke lab..Najwa seperti biasa akan menangis bila aku tinggalkan dia kat taska berbeza dgn Nabila yg excited mandi pagi and pegi nursery..aku pun tak tau camne la nak counteem si Najwa ni..berlembut pun dia nangis, marah pun dia nangis jugak..tak tau la apa silapnya..takkan nak tukar taska plak..dah byr dah..tgk la sebulan dua lagi kalau dia keep on nangis tiap2 pagi mungkin kena try tukar taska plak..tp yg pelikny bila ptg kita ambik tu elok je dia main2..
So..back to work..quite leceh plak sekarang bila fakulti wajibkan each student fill in lab book..siap hard cover lagi tu..ISO la katakan..
apa aku nak isi dlm tu aku pun blur lagi..hmm..hari ni nak plan experiment dulu and hopefully by friday aku dah boleh start inoculate..wish me luck!

Wassalam.

Monday, January 12, 2009

Di malam hari..

Assalamualaikum wbt..

Huh...hr ni agak membosankan jugakla..kalau ikut plan aku dah start masuk lab hr ni tp tiba2 ptg semalam badan Najwa panas dan dia mengadu pening kepala la plak..mlm tadi pakaikan cool fever and pagi tadi badan dia still panas lagi sikit..so aku decide tak htr la dia pegi taska tp si kecik tu htr nursery sbb susah nk cover dua2kalau sorang tak sihat...takut berjangkit pun ye jgk..sorry ye dik..

Lepas mandi Najwa dah agak ok sikit..suka la dia tak payah pegi sekolah hr ni..dok rumah layan cd cartoon je la dia hr ni..aku plak ntah la..bila hubby takde memang rasa malas sgt nak masak..takde selera..pagi td makan nasi goreng yg semalam py ada lebih..ptg td keluar pegi post office poskan gambar passport hubby kat ayah, lepas tu pegi bank kejap bank in duit sikit utk budak2 ni than pegi cari makan..Najwa plak nak mkn ABC..so singgah ler kat Cempaka Rimba dlm kompleks PKNS tu. Gabak betul ABC dia..tak habis pun kitaorg mkn..aku plak order mee ladna..boleh tahan la..agak bosan kan bila tak bleh mkn fastfood (aku cuba melawan nafsu supaya tak tergoda dgn McD/KFC/Pizza Hut etc sbb nk boikot)..

Lepas mkn pegi pusing2 kejap pastu balik terus amik adik kat nursery and singgah jap kat playground..dah penat main balik rumah..dinner?adus..malas la..mlm ni mkn je apa yg ada kat rumah..nasib baik teringat mlm ni ada Awan Dania episod last plak tu..nasib tak miss..layan betul aku dgn citer ni..best..sempoi jer..so skrg ni budak2 semua dah tido.Nak tido pun rasa mcm tak ngantuk lagi..layan fb sambil blogging jap..Papa sekarang ni dah mula pegi tempat keje dia kat sana kot..




So..okla..hopefully esok aku akan mula balik labworks yg tergendala sekian lama dan dpt siapkan all the experiments by middle of this year..adios!

Wassalam.

Friday, January 09, 2009

Gadget Sementara

Assalamualaikum wbt..

Saje jer nak wat entry lagi hr ni dah alang2 blogging nak add new temporary gadget kat blog nih..hehe..temporary gadget kat sebelah tu sbb sng nak tahu time kat Calgary..my hubby on the way dan insyaAllah akan sampai tengahari esok..sekarang ni dia kat dlm flight menuju ke Toronto..petang tadi dlm pkl 4.40pm dia kat airport Hong Kong transit kat situ..sempat Skype kejap dgn dia..flight Hong Kong ke Torornto amik masa lebih kurang 15 jam (business class takpe la) dari Toronto dia akan naik lagi satu flight lebih kurang 2 jam setengah ke Calgary..
Hmm..Nabila dah tidur pkl 9pm tadi..ngantuk sgt la tu..Najwa plak tengah khusyuk menulis buku aktiviti yg aku belikan petang tadi..ingat mlm ni dah nak start buat journal (dateline 21hb ni)..tapi takde mood la..kepala otak blank lagi..mlm ni aku masak mee berkuah seafood campak2..mls nak mkn nasi..budak2 ni pun suka..byk gak diaorg makan tadi..
TV pun takde citer best..layan je la Raja Lawak kat astro prima tu..jeling2 macam tu jer la sbb dok mengadap labtop ni..hehe..jap lagi nak tido dah la..pagi esk ingat nk pegi rumah Mama Ros (ex-colleague kat PKC) jap..nak mtk dia tolong tambahkan getah kat seluar taska Najwa..ketat..
So..oklah..panjang plak melalut nih..nak tidur dah la...ala tak bestnya tidur hubby takde..huhu..until the next entry..take care everybody..Gudnight!

Wassalam.

Jom Boikot Produk Israel!!Allahuakbar!

Assalamualaikum wbt...

Entry ke-2 hari ni after entry luahan perasaan pagi tadi..balik rumah sidai kain etc and terus bukak labtop sbb nk update dgn gso pasal deferment approval..ok dah..sambil2 tu tengok program nasi lemak kopi O kat TV9.discuss pasal palestin la yg semakin teruk dikerjakan oleh orang Yahudi yg langsung takde perikemanusiaan..Siapa Israel sebenarnya?Aku pun nk gak study sikit psl puak Israel ni..

Israel sebenarnya lebih kepada sebuah jajahan takluk semata-mata oleh yahudi zionis di Asia Barat.Islam tidak mengiktiraf kenegaraan Israel walaupun Israel telah mencanangkannya pada dunia. Pada tahun 1947, Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu PBB memutuskan untuk membahagi-bahagikan daerah mandat British, iaitu negara Palestin. Keputusan ini ditentang keras oleh negara-negara Timur Tengah serta negara Muslim lain di seluruh dunia. Menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu PBB, kaum Yahudi perlu mendapat 55% dari seluruh wilayah tanah di Palestin tersebut meskipun penduduk Israel hanya merupakan 30% dari seluruh penduduk di daerah ini. Manakala Baitulmuqqadis, Muslim dan Kritisan dirancang oleh mereka untuk dijadikan kelompok bandar antarabangsa.
Israel mendapat kemerdekaan pada tanggal 14 Mei 1948. Namun keesokan harinya, Israel telah diserang oleh tentera Islam dari negara Lubnan, Syira, Jordan, Mesir, Iraq serta negara Arab yang lain.Peperangan ini adalah satu usaha bagi merosakkan rancangan jahat Israel dari merampas tanah suci Palestin.
Walaubagaimanapun, dalam peperangan ini, Israel telah mengalahkan tentera bersekutu Islam tersebut malah merampas lebih kurang 70% dari keluasan wilayah Palestin.
Dan kini Israel semakin ganas dan kejam membedil dan mengebom rakyat palestin yg tidak berdosa..apa tujuan mereka sebenarnya?Kenapa negara Islam lain takut utk bertindak?Betapa besarnya pengaruh Yahudi ke atas seluruh negara2 dunia hinggakan tiada siapa yg berani bersuara..Apa yg perlu kita buat sebagai tanggungjawab kita membantu saudara Islam kita?
Mungkin kita tak mampu utk berjuang menggunakan senjata fizikal..tetapi mungkin satu2nya cara yg kita boleh lakukan utk membantu mereka ialah memboikot segala yg berkaitan dgn Yahudi..boikot ni bkn saja produk2 yg berkaitan tapi juga cara hidup yahudi yg sekarang ni semakin menular di kalangan remaja2 Islam. Nau'zubillah...
Antara produk2 yg selalu digunakan tapi harus diboikot adalah
1) McDonalds (xleh mkn prosperity burger dah)
2) KFC (yg ni x sure mgkin blkeh check dlm web JAKIM)
3) Johnson & Johnson (brg baby selalu guna brand ni)
4) Brylcreem (hubby guna minyak rambut ni)
5) Disney (slalu gak bli bajuk brand ni utk anak2)
6) Danone (biskut2)
7) Carrefour (haha..selalu beli brg dapur kat pasaraya ni)
8) Maybelline (brg make-up aku ni..nk tukar brand apa ek?)
9) Nestle (kitkat Najwa suka tu..)
10) Maggi (stok byk kt rumah..huhu..dr kecik dok bai duit kat israel bei maggi nih..ceh..)
11) Ambi Pur (pewangi dlm kereta aku ni)
12) Kotex (kena tukar brand lain dah ler..)
13) Huggies (nasib baik dha tukar pakai Drypers)
14) Kimberly-Clark (tisu kat lab byk pakai brand ni)
15) Nokia (handset hubby..aku dah tukar sony ericsson)

Byk jugak nak kena tukar ke brand lain ni..kuat betul pengaruh Yahudi ni kan?dari kita kecik lagi kita tak sedar yg kita dah secara tak langsung 'menderma' kepada Yahudi..Nau'zubillah..so mulai hari ini tak nak beli dah produk2 ni..habiskan stok yg ada..nk cuba caroi alternatif produk2 keluaran orang Islam..

Wallahua'lam.

WAAAA!!!

Assalamualaikum wbt..

Tajuk entry yg sedih..sbb tgh sedih..just now dlm pkl 6.45am tadi hubby dah berangkat ke KLIA dgn cab..flight dia pkl 9.15am..best la tu bleh merasa naik business class...aku tak bleh nk htr sbb the kids tgh tidur and kesian plak nak angkat pagi2 lagi ni..aku hanya mampu iring dia sampai pintu rumah jer...dalam 2 bulan jugak dia pegi..I'll miss you Sayang!!Semoga dia selamat dan sentiasa dilindungi Allah walau di mana dia berada..Aminn..
So until the day he come back, i've to settle all the things alone..kurang la sikit aktiviti hujung minggu bila papa takde ni..susah gak aku nak drive kalau si kecik tu tak nak duduk dlm car seat..hmm..insyaAllah everything will be fine..to my hubby-Sayang jgn risau yer..me & the kids will be fine..cume Najwa tu mesti agak best sikit sebab takde org nk marah dia selama 2 bulan ni..dgn au dia tak takut sgt..nasib baik la aku defer study sem ni kalau tak jenuh gak aku..
So..oklah..just nak luahkan perasaan pagi2 ni..rekod ni tulis entry lepas subuh ni..hehe..everybody doakan 'kesurvive'an aku yer..

Wassalam.

Thursday, January 08, 2009

Entry ke-2 hr ni..

Assalamualaikum wbt..

Hehe..sementara ada masa ni sempat wat entry ke2 hr ni..just nak update kisah Najwa pegi taska hari ke-4 hari ni..

Najwa & pakaian seragam taskanya...kat rumah memang la ceria jer..tapi bila sampai taska..huh..tak larat betul..tiap2 pagi nangis tak bagi kita balik..tapi masa ambik ptang ok jer main dgn kawan2..camne tu??tiap2 pagi kena tabahkan hati tgk dia meraung kat depan pagar taska sbb kena tinggal..kalau teman pun bila nak balik dia macam tu jugak..takkan nak duduk kat taska tu sampai petang...biarlah dia..harap2 dia ok jugak lama2 nanti...
Hmm..semalam papa dah start packing barang2 dia..insyaAllah pagi esok papa akan berangkat ke kanada bersama 2 org lagi colleagues dia selama 2 bulan..waaa..kena tinggal..semoga aku jadi wanita & ibu yg tabah sepanjang ketiadaan hubby nanti..
Lagi satu..buku ASB aku plak hilang..act aku pun tak sedar yg aku da akaun ASB..ntah bila aku bukak aku pun tak igt...kena pegi report & buat buku baru kat PNB kl la plak..buku tu kalau cari betul2 selongkar store etc mesti jumpa sbb misplace jer yg aku slalu buat..hehe..tp sbb malas..pegi je la wat buku baru..tak larat nak selongkar semua..
Oklah..mai kita semua pakat sokong kempen memboikot produk2 Israel sebagai salah satu tanggungjawab kita sesama Islam..maknanya dah tak bleh makan "Prosperity'" dah la kat McD..huhu..faveret tuuuu...takpela..demi agama tercinta..korbankan le..nasibbaik sempat rasa hr tu...hehe..

Wassalam.

Monday, January 05, 2009

First week of 2009

Assalamualaikum wbt..

Hari ni life cycle start for the first week of 2009...semalam jenuh jugak aku nak twist the kids supaya diaorg bleh tidur awal and banun awal pagi esoknya..si kakak takle susah sgt sebab dia tak tidur seharian tapi si adik tu susah sikit sebab dia dah tidur pkl 5pm dan bangun sejam kemudian so agak susah nak tidurkan dia..pkl 10pm aku dah bawak masuk bilik, bukak tv kejap supaya si kecik tu tak nangis..agak2 dah ok tv ditutup dan mula lah si adik gelisah tergolek2 atas katil..bak kata org kelantan 'guling bating' atas katil tu..kejap dia bangun pastu baring balik bila tengok kakak dia dah baring dan mama pun dah tutup mata...dlm pkl 10.30 si kakak dah lena tapi si adik masih terkebil2..akhirnya dlm 10.50pm aku berjaya tidurkan si adik..kalau tak mahunya pkl 12.30 midnight baru dia tidur...baju2 utk ke nursery & taska aku dah siapkan awal2 so that esok takla sibuk sgt..

Pagi tadi susah gak nak kejutkan kakak utk bangu mandi pagi..first pegi htr adik kat nursery dulu..nasib baik adik ok tak nangis pun..lepas tu htr papa pegi ofis dulu sebab dah lewat..sampai ofis papa pun dah pkl 8.05am..kesin papa kena jalan kaki pegi ofis dia dari gate sebab rules baru dah start..org luar even wife yg htr husband pun dah takleh masuk or kena amik pass kat pa guard dulu baru bleh masuk..takpe la papa..exercise sikit pagi2...lepas htr papa, terus pegi taska nak htr kakak..singgah petronas station jap kakak request nak beli susu and roti for breakfast kat taska..sampai taska dia dah start nangis..hee..tension jugak..tapi ye la dah lama tak pegi taska..lepas register and settle all the fees, dia tak bagi balik la plak..so kena la teman dia kejap kat taska tu bagi dia adapt dgn kawan2..dlm 10.30 aku try la nak tinggal dia kat situ tp nangis jugak..aku gagahkan diri utk just let her cry and biar umi (pengetua taska tu aka senior aku masa UKM dulu) pujuk dia..harap2 ok la tu..bila sampai rumah call umi and dia ckp Najwa dah ok..Alhamdulillah..ni antara gamba yg sempat disnap kat taska-Najwa dan geng dia..


So, hari ni aku sepatutnya report kat IPTS yg offer aku post lecturer tu tp sebab belum negotiate salary and HR manager still cuti, so aku decide to postpone (tak nak sebenarnya)..hehe..tolak rezeki ke?harap2nya takla..bila fikirkan keje jauh2 penat and pikirkan jauh dgn hubby and anak2..aku terpaksa pilih decision ni..mungkin ada hikmah di sebaliknya..insyaAllah..

So..hari ni byk keje nak buat kat rumah, esok pagi nak start pegi lab balik and focus back to my MSc works..so i leave here a few pics yg disnap masa pegi bersantai di dataran putrajaya weekend hr tu..nanti bila papa dah pegi kanada weekend dok rumah je la..huhu...











Ops..tag dari mommyotai belum jawab lagi..next time la yer..perut dah bergendang ni belum lunch lagi..nti next entry baru kyu sjwb tag yer farah..

Wassalam..

Friday, January 02, 2009

Maal Hijrah 1430H & 2009..

Assalamualaikum wbt..

Hari ni first time blogging for 1430H & 2009..kejap je kan??Kita dah tinggalkan 1429H & 2008 dgn segala pahit manis suka duka dan kita semua psti mengharapkan yg lebih baik di masa hadapan..insyaAllah..

Awal tahun ni aku sambut dgn penuh ke'confuse'an dlm otak fikiran..all about my MSc and seeking for new jobs la.. actually tengah confuse giler nii..aku dpt offer from one of IPTS yg agak jauh dari rumah aku.gaji pun takdela menarik sgt..so aku tak tahu nak accept ke tak..aku sepatutnya daftar masuk this coming monday..huhu..x sure nk pegi ke tak ni...last week ingat nk negotiate dulu offer yg diaorg kasi tu tp semua org on leave for the whole week..apa patut aku buat??dah la bonded 1 year dgn iaorg..kalau tak aku join je dulu 2/3 bulan pastu cabut la..tp dah bonded la plak..camner tu??Kalau tolak rasa rugi plak..tapi....adus..malas btul nk pikir la..

My kids next week will start their routine back..kakak akan start masuk pre-school and adik masuk nursery balik after a long holiday at home with mama..yg sia dik tak risau sgt sebab dia ok dgn nursery tu..yg si kakak ni risau sikit sebab dia tak nak pegi sekolah..mungkin kena belikan dia beg baru baru dia semangat sikit kot..

So..apa2 pun doakan semoga tahun baru ini akan lebih memberi kebahagiaan dan keharmonian dalam rumahtangga kami..semoga Allah semtiasa melindungi kita dan keturunan kita semua dari segala bencana dan fitnah dajjal.

p/s: tima kasi la byk2 pada mommyotai sebab rajin bagi tag & award kat akak..nti ada masa akak jwb tag tu yer...

Wassalam.